Bahan-bahan (untuk 5 cawan beras bashmati):
- 1/2 sudu makan serbuk lada hitam*
- 1 sudu makan serbuk jintan manis*
- 1 sudu makan serbuk jintan putih*
- 2 sudu makan serbuk ketumbar*
- 8 biji bunga cengkih*
- 10 biji buah pelaga*
- 3 helai daun salam (kering)*
- 2 sudu makan minyak sapi*
- 8 cawan air*
- garam secukup rasa*
- ayam 1 ekor potong 4* (bahagian peha dan kepak)
- 5 cawan beras bashmati (rendam 30 minit sebelum masak)
- sedikit pewarna kuning
- arang dan minyak masak
Cara penyediaan:
- Masuk semua bahan bertanda * ke dalam periuk dan rebus sehingga ayam masak. (Pemilik resepi guna Noxxa HP 15 minit).
- Keluarkan ayam dan guna air rebusan untuk masak nasi (untuk 5 cawan beras bashmati perlu 7 cawan air rebusan).
- Masak nasi seperti biasa. Apabila nasi sudah mula kering, titiskan sedikit pewarna kuning .
- Tutup semula tudung periuk dan tunggu sehingga nasi masak.
- Apabila nasi telah masak, buat lubang di tengah-tengah dan masukan mangkuk besi dan sedikit minyak ke dalamnya. Masukkan bara arang ke dalam mangkuk berisi minyak tadi dan tutup kembali penutup periuk nasi selama 15 ke 30 minit. Siap untuk nasi. Tips: Nasi jangan kacau sangat kerana nasi tersebut akan patah-patah dan tak cantik.
- Untuk ayam tadi boleh bakar sekejap atas nonstick pan supaya kelihatan efek hangit-hangit itu sedikit.
- Siap dan boleh dihidangkan bersama sambal , tomato, sup dan salat.
Bahan-bahan Tomato Salsa:
- 1 biji tomato (hiris)
- 5 biji cili besar hijau (tambah lagi jika nak pedas)
- 1 tangkai batang ketumbar (dihiris halus)
- 1 biji bawang besar
- garam
- gula
- perahan lemon
Cara penyediaan:
- Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur .
Bahan-bahan sup:
- Guna lebihan air rebusan ayam tadi. Other la sikit-sikit bagi sesuai dengan selera masing-masing. Tips: Untuk lebih senang, beli sahaja rempah nasi arab yang dah siap dijual di kedai.
Tips: Akhir skali perasap dengan bara arang supaya beri rasa Arab lebih sedikit.
Sumber: Are Peace