Pokok lemuni hitam adalah tumbuhan dari jenis renek dan berkayu yang dapat mencapai ketinggian sehingga melebihi 4 meter.
Setiap satu tangkai daun memegang 5 helai daunnya yang tirus, dengan daun berkilat di bahagian atas.
Berlainan dengan pokok lemuni putih atau pokok lagundi (Vitex Trifolia var Linn), pokok lemuni hitam ini di bahagian bawah pucuk daunnya mempunyai pigmen berwarna ungu gelap.
Penduduk tempatan terutamanya di sebelah utara semenanjung Malaysia suka menggunakannya sebagai ulam-ulaman dan bahan campuran semasa memasak nasi lemak Lemuni.
Nasi Lemuni
Versi 1
Bahan-bahan:
- Beras (3 cawan)
- Kelapa parut (200gm)
- Halia
- Bawang merah
- Bawang putih
- Daun lemuni (secekak)- pucuk
- Kulit kayu manis
- Bunga lawang
- Halba
- Air (3 cawan)
Cara penyediaan:
1. Cuci beras dan toskan.
2. Kisar kelapa parut bersama daun lemuni yang dipotong dengan air.
3. Masukkan beras, halia, bawang merah dan bawang putih yang dihiris nipis.
4. Masukkan juga kulit kayu manis dan bunga lawang dan santan yg dikisar. Jadikan 3 setengah cawan.
5. Masukkan juga garam dan daun pandan yang disimpul.
6. Masak seperti nasi lemak biasa.
7. Apabila mendidih, kacau untuk mendapatkan nasi yang sekata.
8. Setelah nasi kering, baru masukkan halba dan kacau rata. Siap.
Nota: Ia boleh dihidang bersama sambal bilis atau lauk yang digemari.
Versi 2
Bahan-bahan (untuk nasi):
- Daun lemuni - ambil pucuk lembut*
- Bawang merah*
- Bawang putih*
- Santan*
- Halia*
- Buah keras*
- Lada hitam*
- Kayu manis
- Bunga lawang
- Daun pandan
- Garam (secukup rasa)
Bahan-bahan berhuruf condong* dikisar dan ditapis.
Cara penyediaan:
1. Basuh beras dan masukkan dalam periuk beras. Sukat bahan-bahan tapisan tadi mengikut jumlah sukatan beras yang dimasak.
2. Masukkan halba dan ketuk atau hiris halus halia.
Nota: Sukatan agak-agak sahaja.
Sumber: