Oleh pada 28 Oct 2019 kategori

Nasi arab Maqlubah mempunyai rasa yang hampir sama dengan nasi kabsah. Ia boleh dimasak dengan daging ayam atau kambing.

Daging kambing dikatakan lebih enak dari daging ayam untuk dinikmati dengan Nasi arab Maqlubah. Jika menggunakan daging kambing, gunakan daging kambing New Zealand berbanding kambing Australia yang dikatakan kurang enak. Namun, ia terpulang kepada citarasa masing-masing.

Untuk hasil yang lebih memuaskan, anda dinasihatkan supaya menggunakan beras basmathi. Sukatan yang dicadangkan untuk beras dan air ialah 1:2. Jangan lupa untuk membuat sambalnya sebagai pelengkap.

Nasi Arab Maqlubah

Gambar di atas merupakan nasi arab Maqlubah daging

Bahan-bahan nasi arab:

  • Beras basmathi (4 cawan)
  • Air (5 cawan)
  • Ayam (1/2 ekor atau lebih)
  • Rempah maqlubah (2 sudu besar)
  • Bawang besar (2 biji) - dipotong dadu
  • Bawang putih (4 ulas)
  • Kentang (2 biji) - dipotong syiling dan digoreng separuh masak
  • Terung (1 biji) - dipotong syiling dan digoreng separuh masak
  • CIli hijau (1) - pilihan
  • Halia (1/2) - dikisar
  • Serbuk saffron/serbuk kunyit (1/2 sudu kecil)
  • Minyak sapi (2 sudu besar)
  • Garam (secukup rasa)
  • Daun ketumbar
  • Bawang goreng
  • Kismis
  • Gajus

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak sapi. Tumis bawang putih, bawang besar, halia, cili hijau, rempah dan ayam.
  2. Masukkan garam, terung, kentang dan beras.
  3. Masukkan air.
  4. Tanak sehingga masak.
  5. Terbalikkan dan hias nasi arab bersama daun ketumbar, bawang goreng, kismis dan gajus.

Bahan-bahan sos nasi arab:

  • Tomato (1 biji)
  • Bawang Holland (1 biji)
  • Bawang putih (2 ulas)
  • Cili padi (10 biji)
  • Cili merah (2 biji)
  • Cili hijau (2 biji)
  • Daun pudina (4 helai)
  • Cuka
  • Minyak zaitun
  • Gula
  • Garam

Cara penyediaan:

Kisarkan semua bahan dan sesuaikan rasa.

Bahan-bahan salatah:

  • Timun/zucchini (1 batang)
  • Lobak merah (1 batang)
  • Bawang Holland (1 biji)
  • Gula
  • Cili merah - dihiris
  • Garam
  • Minyak zaitun
  • Cuka
  • Lemon

Cara-cara penyediaan:

  1. Potong dadu timun, lobak merah dan bawang Holland.
  2. Gaulkan semua bahan dan perahkan sedikit lemon.

nasi arab maqlubah 343

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Mar Tini [1, 2, 3]

2. Blog Masakku (blogmasakku.blogspot.com) [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)