Pelawak dan pengacara popular tanahair, Nabil Ahmad telahpun berada di Los Angeles demi menggalas tanggungjawab sebagai hos karpet merah untuk anugerah berprestij, Anugerah Akademi ke-89 (Oscars).
Selepas menunggu beberapa jam, impian Nabil untuk menemubual beberapa bintang terkenal Hollywood akhirnya termakbul.
Antara selebriti yang berjaya ditemuinya seperti Jackie Chan, Mario Lopez, Nicole Kidman dan Salma Hayek.
Bagaimanapun, misi untuk mendapatkan bintang-bintang tersebut untuk ditemubual ternyata bukanlah semudah yang disangkakan.
Suasana di karpet merah sangat meriah dan saya berpeluang untuk melihat sendiri artis antarabangsa lalu dihadapan saya. Memang tak mudah nak menemubual mereka tetapi saya bersyukur kerana berjaya mendapatkan Nicole Kidman dan Salma Hayek.
Saya cuba juga untuk dapatkan Emma Stone dan Ryan Gosling namun tidak berjaya. Apa yang saya boleh katakan ini merupakan pengalaman pertama yang hebat dan saya takkan lupakan sampai bila-bila
Sementara itu, wakil HBO Asia, Amyer Zulfadly sempat berkongsi telatah Nabil ketika menemubual selebriti di karpet merah tersebut menerusi Insta Story.
Anugerah Oscar dipancarkan secara langsung dari Hollywood Dolby Theatre, Los Angeles.
Sumber berita: Astro Gempak