Untuk berabad lamanya, patung-patung aneh yang sangat terkenal yang terletak di pesisir Pulau Easter yang terpencil di Pasifik tenggara telah memmbuatkan ahli-ahli arkeologi terpesona dan bingung dalam masa yang sama.

Namun kini, sekumpulan ahli arkeologi mendakwa telah berjaya menjawab salah satu persoalan terbesar yang menyelubungi patung batu misteri tersebut, iaitu "Apakah tujuan asal pembinaannya?".

BESARKAN TEKS     A-  A+

Mempunyai kaitan dengan sumber air tawar

Sepasukan penyelidik dari Universiti Binghamton telah mendapati bahawa bekalan air tawar utama untuk penduduk pulau ini mungkin menjadi alasan mengapa patung-patung itu tertumpu di pantai pulau itu.

Pasukan tersebut mendapati bahawa terdapat hanya sedikit air tawar yang terdapat di Pulau Easter, yang juga dikenali sebagai Rapa Nui, sehingga penduduk yang tinggal di sana kemungkinan besar bergantung pada air bawah tanah di kawasan pesisiran pantai sebagai sumber utama untuk minum.

patung misteri dikatakan ditempatkan di kawasan yang mempunyai sumber air tawar

Sebahagian besar daripada 900 patung-patung itu terletak di sepanjang pantai pulau itu dan lokasi mereka selalu menimbulkan kekeliruan bagi penyelidik.

Walau bagaimanapun, penemuan sumber utama air minum pulau itu telah menjawab soalan itu, kata pasukan itu dalam satu kajian yang diterbitkan dalam Journal Hydrogeology.

"Sekarang kita tahu lebih banyak tentang lokasi air tawar, bagaimanapun, lokasi monumen dan ciri-ciri lain menjadikannya agak masuk akal, iaitu patung-patung ini ditempatkan di kawasan yang mana air tawar boleh didapati dengan segera," jelas Carl Lipo, salah seorang penyelidik dan Profesor Antropologi dari Universiti Binghamton.

Langkah pertama bagi pasukan ini dalam mencari sumber utama air yang boleh diminum oleh penduduk pulau adalah untuk mengenepikan sumber air tawar yang terhad.

Terdapat sumber air tawar di pulau ini

patung ini tertumpu di kawasan pantai

Pulau ini hanya mempunyai dua tasik, yang mana kedua-duanya sukar untuk diakses, tiada sungai, dan satu mata air yang tidak begitu berair kerana mengalir ke tanah lembap.

Pasukan ini juga menyedari kehadiran taheta, atau tangki kecil diukir yang terdapat di pulau itu yang mana digunakan untuk mengumpul hujan.

Walaubagaimanapun, tangki-tangki tersebut hanya dapat mengumpulkan air hujan dalam jumlah yang kecil.

Para penyelidik percaya bahawa jika air tersebut digunakan sebagai sumber utama air tawar, sudah pasti tangki-tangki itu boleh mengumpulkan air dalam jumlah yang lebih banyak, yang mana tidak berlaku.

Menurut mereka lagi, pulau itu hanya menerima kira-kira 124 sentimeter hujan setiap tahun dan jika ia digabungkan dengan kadar penyejatan yang tinggi, para penyelidik menyimpulkan bahawa selama 317 hari tahun itu, tangki tidak akan dapat digunakan sebagai sumber air tawar.

patung di pulau easter 2

Setelah menolak fakta bahawa tangki-tangki ini bukan sumber air tawar utama, mereka tidak dapat memikirkan apa-apa sumber lain lagi selain daripada orang pulau itu menggunakan sumber air bawah tanah sebagai sumber minuman.

"Tanah gunung berapi yang berpori cepat menyerap hujan, menyebabkan kurangnya kewujudan sungai. Nasib baik, air di bawah tanah mengalir menuruni bukit dan akhirnya keluar dari tanah secara langsung di tempat di mana batuan bawah tanah berpori bertemu dengan laut. Apabila air pasang surut rendah, ia mengakibatkan aliran air tawar terus ke laut. Oleh itu, mereka boleh memanfaatkan sumber air tawar ini dengan menadahanya di tempat-tempat ini. " jelas Carl Lipo.

Sebagai konklusi, para penyelidik mendakwa bahawa patung-patung ini dibina di kawasan ini bagi menandakan kawasan yang mempunyai sumber air tawar yang digunakan dalam kehidupan seharian.

misteri batu pulau eastern

Selepas ini, sepasukan pakar akan meneruskan kajian air tawar pulau itu dan mengkaji bagaimana lokasinya dihubungkan dengan kaedah dan cara membina patung.-patung tersebut.

Penemuan yang luar biasa pasukan ini telah membuka jalan baru yang luar biasa kepada sejarah patung ini dan kehidupan para penduduk Pulau Easter, serta membawa penyelidik satu langkahke hadapan untuk merungkai segala rahsia tersembunyi pulau ini.

Rujukan:

1. Fox News

2. News AU

3. G Adventures




Hakcipta iluminasi.com (2017)