Tidak ramai orang yang mampu menulis dan menghasilkan karya penulisan yang baik. Ianya memerlukan minat dan kesungguhan untuk menghasilkan satu karya penulisan yang benar-benar bagus. Namun, ada individu yang menjadi penulis yang bagus dengan penceritaan pengalaman hidup mereka sendiri.
Itulah yang terjadi kepada beberapa orang penjenayah dalam senarai ini yang mempunyai rekod jenayah yang panjang dan sering keluar masuk penjara. Terdapat beberapa peristiwa yang menjentik hati mereka untuk memanfaatkan masa lapang dalam penjara untuk mula belajar menulis sehingga mampu sebuah karya untuk dikomersialkan.
BESARKAN TEKS A- A+
Kali ini, mari lihat antara 7 penjenayah yang berjaya menjadi seorang penulis profilik walau satu ketika pernah bergelar penjenayah dan meringkuk dalam penjara.
1. Jimmy Boyle
Pada tahun 1967, seorang samseng Glasgow bernama Jimmy Boyle bersembunyi di London di bawah perlindungan gangaster paling terkenal di British. Namun, dia berjaya ditangkap oleh polis yang menyamar kerana membunuh rakan gangster bernama Babs Rooney. Dia didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.
Pada tahun 1977, Boyle menulis buku pertamanya, novel semiautobiografi yang dipanggil Sense Of Freedom. Buku itu memperkatakan tentang didikan keras Boyle di jalanan Glasgow, jenayah pertamanya, dan hidup barunya kemudian apabila menemui seni dan sastera dalam penjara. Walaupun buku itu sama sekali tidak membersihkan nama Boyle, novel itu sangat kontroversi sehingga akhbar The Sun kemudiannya memanggilnya "Pembunuh Paling Terkenal Scotland."
Tiga tahun selepas keluaran novel itu, Boyle akhirnya berkahwin dengan pakar psikiatri yang telah mengatur untuk bertemu dengannya selepas membacanya bukunya itu. Dia menerima parol pada tahun 1982 dan tidak pernah kembali ke penjara sejak itu. Hari ini, Boyle adalah seorang novelis dan pengukir yang berjaya yang karyanya pernah terjual sekitar £10,000 sekeping.
2. Chester Himes
Chester Himes dilahirkan dalam keluarga Afrika Amerika kelas menengah yang berpendidikan tinggi pada tahun 1909. Walau bagaimanapun, selepas adik lelakinya buta dalam kemalangan, keluarga itu mula berantakan, dan Himes mula hanyut ke arah kehidupan alkohol, pelacur, dan jenayah sehingga berakhir di penjara pada tahun 1928.
Di penjara, dia mula menulis cerpen. Sebahagian daripadanya telah diterima dalam pelbagai majalah yang diminat golongan kulit hitam, memberikannya keyakinan untuk menghantar karyanya penerbit yang lebih besar. Walaupun karya pertamanya kebanyakannya adalah novel protes tentang hubungan kaum di AS, Himes kemudiannya berpindah ke Paris dan menghabiskan sepanjang hayatnya dengan menulis fiksyen detektif.
Dia kemudiannya menjadi penulis kulit hitam pertama (sekurang-kurangnya dari AS) yang menerima anugerah Grand Prix de Litterature Policiere, anugerah paling berprestij di Perancis untuk penulis jenayah dan fiksyen detektif.
3. Robert ‘Iceberg Slim’ Beck
"Iceberg Slim" dilahirkan Robert Lee Maupin di Chicago pada tahun 1918 tetapi sejak dari muda dia sudah terlibat dengan jenayah. Untuk mengelakkannya daripada masalah, ibunya mendaftarkannya di Institut Tuskegee namun kemudian dibuang kerana berjudi dan terlibat dengan pelbagai aktiviti jenayah seawal usia 18 tahun.
Selepas banyak kali tinggal masuk ke dalam pelbagai penjara, dia mula membaca dan menulis. Selepas dibebaskan, dia berpindah ke California, menukar namanya kepada Robert Beck dan mula menulis tentang pengalamannya. Minat menulis ini memuncak dengan penghasilan novel autobiografi 1967 Pimp: The Story of My Life.
Beberapa novel kemudiannya diterbitkan diikuti album dan pelbagai esei. Menjelang tahun 1971, beliau telah menjual lebih dua juta buku dan telah mengadaptasi satu buku ke dalam filem, Trick Baby, pada tahun 1972. Walaupun begitu, beliau hanya menerima sedikit royalti daripada penerbitnya.
4. Noel ‘Razor’ Smith
Kehidupan jenayah Noel "Razor" Smith bermula dengan ditangkap kerana mencuri beberapa epal. Pada usia 16 tahun, dia dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana merompak bersenjata. Dalam penjara, dia melatih dirinya menulis dan menyedari potensi yang ada pada dirinya sehingga berjaya memenangi pertanding menulis cerpen.
Pada tahun 1997, dia dibebaskan sekali lagi dan secara rawak bertemu dengan pengarang terkenal Will Self. Kedua-duanya menjadi rapat dan apabila Smith dipenjarakan sekali lagi, dia mula menghantar beberapa karyanya kepada Will Self untuk maklum balas. Nasihat Will Self adalah mudah, beliau memberitahu Smith bahawa kerjanya bagus tetapi dia tidak akanke mana-mana melainkan dia berhenti melakukan jenayah dan dipenjarakan.
Dia nekad berubah selepas kematian tragis anaknya. Dia berjaya menyiapkan novel pertamanya, A Few Kind Words and a Loaded Gun. Ia diterbitkan pada tahun 2004 dan menerima banyak ulasan positif. Akhirnya selepas dibebaskan pada 2010, dia mendapat pekerjaan sebagai penolong editor untuk akhbar Inside Time.
5. Edward Bunker
Edward Bunker terlibat dengan jenayah bermula pada usia awal. Dia memusnahkan generator jirannya dengan tukul ketika dia berumur tiga tahun dan kemudian membakar garaj jiran yang sama ketika dia berumur empat tahun. Pada usia 17 tahun, dia telah dipenjarakan di Los Angeles di mana dia kemudian menikam seorang pengawal dan melarikan diri. D
ia kemudiannya dipindahkan ke penjara San Quentin dan menjadi banduan termuda yang pernah mereka miliki. Dia mula berminat untuk menulis selepas dia diletakkan dalam kurungan bersendirian berhampiran sel pembunuh terkenal bernama Caryl Chessman, yang sudah pun menjadi penulis. Bunker terpesona dengan ideanya menceritakan pengalamannya dalam buku dan memutuskan untuk cuba menulis sendiri.
Dia terus menulis beberapa buku terlaris, menulis dan menghasilkan beberapa filem, dan juga mempunyai watak dan peranan dalam beberapa buah filem.
Kredit: