Oleh pada 18 Feb 2020 kategori

Cuba tengok lensa kamera pada kamera DSLR, kamera kompak mahupun pada telefon pintar anda, pasti bentuknya bulat. Tapi, mengapakah gambar-gambar yang diambil menggunakan kamera akan menghasilkan gambar yang berbentuk segi empat tepat?

Persoalan ini nampak mudah tetapi tetapi kami pasti mungkin tidak ramai yang mampu menjelaskannya. Jawapan bagi persoalan ini dapat diterangkan dari aspek sains dan juga sebab estetik.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Fungsi lensa pada gambar

kanta cahaya

Nota: Lens (English) boleh diterjemahkan kepada lensa atau kanta.

Untuk memahami kenapa lensa yang digunakan biasanya berbentuk bulat, anda perlu mengetahui sains disebaliknya. Fungsi utama lensa adalah untuk  menumpu (converge) cahaya. Objek visual atau imej yang hendak ditangkap menggunakan kamera akan memantulkakn cahaya matahari atau cahaya buatan kepada lensa yang terletak dalam kamera.

Lensa kemudian akan membiaskan dan memfokuskan sinar-sinar cahaya ini ke arah kawasan kecil yang sejajar dengan pusatnya. Kualiti imej yang biasanya ditentukan oleh kecerahan dan ketajamannya, adalah berkadar dengan jumlah cahaya yang diserap oleh lensa.

Maka, sudah tentulah lensa yang terbaik adalah yang menyerap cahaya sebanyak yang mungkin yang dipantulkan oleh visual atau objek dihadapannya. Lensa yang bagus berkemampuan untuk menghasilkan imej yang jelas walaupun objek berada dalam keadaan gelap dan kurang cahaya.

Bagi manusia pula, apabila berada dalam keadaan gelap, anak mata akan mengembang (membesar) untuk meningkatkan kadar penyerapan cahaya, seterusnya membolehkan kita melihat dengan lebih jelas dalam keadaan kurang cahaya.

Sebab lensa berbentuk bulat

proses penghasilan gambar

Setelah mengkaji, para saintis mendapati bahawa kanta cembung yang berbentuk bulat yang terdapat dalam mata manusia merupakan bentuk yang paling optimum untuk meningkatkan kadar serapan cahaya. Daripada kajian inilah mengapa bentuk bulat merupakan pilihan terbaik untuk lensa kamera.

Sebaliknya, apabila lensa berbentuk segi empat tepat digunakan, kadar penyerapan cahaya akan berkurangan. Pengurangan kadar penyerapan cahaya ini seterusnya mengurangkan kualiti gambar disebabkan terdapat pengurangan kecerahan dan ketajam gambar.

Selain itu, imej yang dihasilkan oleh lensa segi empat tepat akan berbeza bergantung pada orientasi lensa, manakala imej yang dihasilkan oleh kanta bulat tidak dipengaruhi oleh orientasi lensa semasa ianya digunakan. Maka, ianya lebih mudah digunakan dan dianggap lebih praktikal.

kamera dslr 668

Selain faktor sains, faktor kos juga mempengaruhi mengapa lensa bulat yang digunakan pada kamera. Secara umumnya, lensa bulat lebih murah dan lebih mudah dihasilkan. Berbanding lensa berbentuk petak, lensa bulat lebih mudah dipusingkan, dibersihkan dan dikilatkan. 

Mungkin anda yang tertanya, bukankah lensa yang digunakan pada cermin mata biasanya berbentuk segi empat tepat?

Benar. Walau bagaimanapun, lensa tersebut asalnya adalah bulat sebelum ianya dipotong untuk mengikut bentuk bingkai cermin mata. Setelah membaca sedikit sebanyak mengenai lensa ini, maka fahamlah anda bahawa bentuk lensa tidak sekali-kali mempengaruhi bentuk gambar yang dihasilkan oleh kamera. 

Fungsi sensor pada kamera

sensor kamera

Setelah cahaya diserap, ia akan ditumpukan pula kepada sensor kamera. Sensor pada kamera inilah sebenarnya yang berperanan membentuk gambar anda kepada bentuk segi empat tepat. Tidak kira bentuk lensa yang digunakan, sensor yang ada pada kamera sentiasa berbentuk segi empat tepat.

Dalam kamera lama, sensor ini wujud pada negatif filem gambar yang digulungkan. Bentuk segi empat petak dianggap lebih ekonomikal kerana dapat memaksimumkan penggunaan ruang negatif filem. Sekiranya bentuk bulat yang digunakan, maka sudah tentulah banyak ruang kosong pada negatif yang sudah tentu merupakan satu pembaziran.

Pada masa kini, sensor pada kamera digital atau telefon pintar adalah cip segi empat tepat yang digelar Digital Signal Processor (DSP). DSP inilah yang akan menghasilkan gambar yang berbentuk segi empat tepat. DSP ini cukup kecil dan boleh dimuatkan dalam gajet yang lebih kecil seperti telefon pintar.

bahagian kamera dslr 759

Sebab utama mengapa sensor digital pertama dibuat dalam bentuk segi empat tepat ialah kerana sebab estetik dimana sejak sekian lamanya kita sudah terbiasa melihat gambar dalam bingkai berbentuk segi empat tepat. Imej berbentuk segi empat tepat lebih komprehensif dan oleh itu lebih intuitif dan menyenangkan untuk dilihat.

Daripada segi kualiti pula, sensor yang mengjadikan gambar berbentuk segi empat tepat ini tidak sama sekali menambah kualiti gambar, sebaliknya hanya mengubah gambar yang diambil daripada bulat kepada bentuk segi empat.

Gambar dibawah adalah gambar yang diambil pada abad ke 19 oleh seorang perisik. Gambar ini diambil dengan menggunakan sebuah kamera khas yang tidak mempunyai sensor berbentuk segi empat tepat. 

gambar bulat

Kredit:

DPReview

Wonderopolis




Hakcipta iluminasi.com (2017)