Oleh pada 23 Jul 2018 kategori

Hampir 80 tahun yang lalu, perang terbesar dalam sejarah moden telah berlaku yang mengakibatkan dunia menjadi porak peranda selama lebih 6 tahun.

Untuk mengetahui apa yang berlaku, kita pada hari ini hanya mampu melihat foto-foto di internet yang kebanyakkannya dalam bentuk hitam putih.

Namun kali ini iluminasi.com ingin kongsikan koleksi foto Perang Dunia Kedua yang berwarna yang jarang dilihat orang ramai.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Gambar tentera Amerika Syarikat ketika D-Day

tentera amerika syarikat ketika d day

Tentera Amerika Syarikat adalah antara yang pertama sampai ketika pencerobohan D-Day ke atas kuasa Axis, mendekati pantai Normandy, Perancis.

Foto ini kemungkinan diambil berhampiran Saint-Laurent-sur-Mer pada 6 Jun 1944.

2. Gambar menyelamat mangsa Pearl Harbor

tentera laut as menyelamat di pearl harbor

Kelihatan tentera Laut AS menyelamatkan seorang mangsa yang terselamat berhampiran dengan kapal perang ASS West Virginia yang tenggelam, di tengah-tengah serangan udara Jepun di Pearl Harbor pada 7 Disember 1941.

3. Gambar banduan kem tahanan

bekas banduan kem tahanan yang kurus

Kelihatan seorang bekas banduan kem tahanan Buchenwald di Weimar, Jerman sedang minum air daripada mangkuk logam sejurus selepas kem tersebut bebas dari cengkaman Nazi pada April 1945.

4. Gambar Menara Eiffel dulu-dulu

pelayar perancis dan 2 tentera amerika syarkat

Seorang pelaut Perancis dan 2 orang tentera AS memandang ke arah Menara Eiffel selepas Paris merderka pada September 1944.

5. Gambar tentera Jerman dengan penyembur api (flamethrower)

tentera jerman menyembur api

Seorang tentera Jerman sedang menyembur api menggunakan flamethrower ke arah rumput yang panjang di Kesatuan Soviet.

Foto ini di ambil di antara tahun 1941-1942.

6. Gambar Adolf Hitler dan Great Gustav

adolf hitler dan pegawai nazi melihat great gustav

Kelihatan Adolf Hitler bersama beberapa orang pegawai Nazi sedang mengamati Great Gustav.

Great Gustav adalah meriam artileri paling besar pernah dihasilkan di dunia dengan ketinggian 47.2 meter dan seberat 1,350 tan.

Setiap kelongsong peluru Great Gustav bersaiz 3.3 meter panjang yang mana setiap satunya seberat 7 tan.

Tarikh gambar diambil tidak diketahui.

7. Gambar bandar Hiroshima selepas kena bom

bandar hiroshima setelah dibom

Foto menunjukkan bandar Hiroshima yang terbentang dalam kemusnahan pada September 1945, sebulan selepas tentera AS meledakkan bandar ini dengan bom atom.

8. Gambar banduan kem tahanan

2 banduan di kem tahanan

2 orang banduan kem tahanan Buchenwald sedang merenung ke luar melalui pagar kawat pada tahun 1945.

Ketika ini kuasa Axis masih belum tewas.

9. Gambar pekerja kilang wanita

pekerja kilang wanita ketika perang dunia kedua 780

Seorang wanita yang bertugas sebagai pengendali pelarik menempa alat ganti untuk pesawat pengangkutan di kilang Consildated Aircraft Corporation di Fort Worth, Texas.

Gambar diambil pada Oktober 1942.

10. Gambar tentera Amerika Syarikat

tentera amerika syarikat ketika perang dunia kedua

Seorang tentera AS di dalam hutan dan sedang menyamarkan diri sambil memegang pistol dan membuat panggilan menggunakan walkie-talkie pada tahun 1943.

11. Gambar serangan Pearl Harbor

pearl harbor hawaii as

Asal yang sangat tebal datang dari kapal perang Amerika Syarikat yang terkena tembakan tentera udara Jepun. Kapal-kapal tersebut adalah USS West Virginia dan USS Tennessee, bersama-sama beberapa kapal lain.

Gambar diambil pada 7 Disember 1941.

12. Gambar bekas banduan kem tahanan Jerman

bekas banduan kem tahanan jerman

Sejurus selepas kem tahanan Buchenwald bebas dari Nazi Jerman, seorang bekas banduan memegang tulang manusia di sebelah longgokan tulang yang lain di tempat pembakaran mayat kem tersebut.

Gambar diambil sekitar April 1945.

13. Gambar tentera Amerika Syarikat

tentera ranger as ketika perang dunia kedua

Angkatan Tentera Ranger Amerika Syarkat kelihatan sedang duduk di atas kapal penyerang di Weymouth Harbour, England pada 6 Jun 1944.

Kapal ini sedang menuju ke pendaratan D-Day di Pantai Omaha di Normandy, Perancis untuk menyerang kuasa Axis.

14. Gambar Champs Elysees

champs elysees di paris pada tahun 1944

Kelihatan orang ramai berkumpul di Champs Elysees di kota Paris ketika kereta kebal Perancis melalui kawasan ini untuk meraikan pembebasan Perancis pada 26 Ogos 1944.

15. Gambar tentera udara Amerika Syarikat

tentera udara as mencuba mesingan perang dunia kedua

Jesse Rhodes Waller, seorang tentera udara Amerika Syarikat sedang mencuba mesingan yang baru sahaja dipasangnya di atas sebuah pesawat di pangkalan udara di Corpus Christi, Texas.

Gambar di ambil pada Ogos 1942.

Sumber:

Manhhai

Galerie Bilderwelt




Hakcipta iluminasi.com (2017)