Kredit foto: Mstar

Penyanyi sensasi awal 1990-an, Zaiton Sameon, menceritakan keajaiban yang berlaku terhadapnya ketika menyempurnakan ibadah umrah di Makkah baru-baru ini.

Zaiton, 61, berkata, urusan ibadahnya menjadi begitu mudah kerana secara tiba-tiba beliau mampu berjalan sepenuhnya.

Walhal semasa bertolak dari Kuala Lumpur, penyanyi Kabut Serangkai Mawar ini terpaksa menggunakan bantuan kerusi roda untuk bergerak.

"Alhamdullilah... jejak sahaja kaki di Kaabah, saya dan boleh berjalan dan menyelesaikan tawaf tanpa masalah.

"Ini semua keajaiban daripada Allah. Bersyukur ibadah saya dipermudahkan atas doa semua peminat," katanya.

Zaiton membuat kenyataan menerusi Facebook pengurus acara, Syed Wafa.

Beliau mengerjakan umrah bersama 23 artis veteren, antaranya Ibnor Riza, Hamid Gurkha, Sulaiman Yassin (Mat Over), Harun Hashim, Mat London, Sahara Yaacob, Shima, Aida Agil, Zaleha Hamid, Ayati Tasrip dan Halil Chik.

Program itu merupakan anjuran bersama Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Yayasan Mustika Kasih dan Yayasan Perdana Ummah.

menakjubkan keajaiban berlaku pada zaiton sameon di depan kaabah 2

Kredit foto: Mstar

Ibadah umrah tersebut berlangsung dari 26 Januari hingga 6 Februari lalu.

Difahamkan, menerusi beberapa portal hiburan, Zaiton sebelum ini dilaporkan mengalami masalah berjalan hingga terpaksa bertongkat dan berkerusi roda kerana kecederaan pada kaki selepas terjatuh tahun lalu.

Sementara itu, Zaiton berkata, ini adalah kali kedua dia menjejakkan kaki ke Tanah Suci itu.

"Saya pertama kali ke Makkah sekitar tahun 1995 dan sejak itu perasaan rindu terhadap Makkah sentiasa ada cuma tiada peluang untuk ke sana.

"Alhamdulillah selepas 23 tahun akhirnya doa saya untuk kembali ke sana akhirnya tercapai. Rasa macam nak pergi sana lagi dan kalau boleh nak menetap terus di Kota Makkah," katanya.

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)