Kalau cakap pasal makanan ni semua orang teringin nak makan kan. Tetapi, yang jadi masalahnya makanan juga merupakan soalan yang paling sukar untuk anda jawab apabila ditanya seperti 'Nak makan apa? Nak makan dekat mana?' Sampai ke sudah masih berfikir tentang makanan.

Tambahan pula, Malaysia sangat terkenal dengan pelbagai juadah makanan yang menarik untuk dinikmati bersama. Sedap-sedap pula tu kan? Ok, jom kita tengok pula makanan eksotik yang juga wujud di Malaysia ini. Mana nak tau kalau anda teringin untuk mencubanya nanti.

#1 Landak Masak Rendang di Sungai Besar, Selangor

BESARKAN TEKS     A-  A+

Selalunya kalau dekat nak raya ni makanan yang paling digemari semua adalah rendang ayam dan rendang daging yang dimakan bersama ketupat. Tak pernah pula terfikir ada rendang landak. Untuk pengetahuan anda, daging landak ini teksturnya seperti ayam cuma isinya liat sedikit. Kalau bab rasa pula, mestilah sedap dan unik. Cumanya, ia agak sukar untuk didapati di mana-mana. Ada sesetengah tempat sahaja yang menyediakan lauk landak kerana harganya agak mahal. 

img 3136 914

#2 Tupai Masak Black Pepper di Gopeng, Perak

squirrel

Tupai yang comel dimasak dengan 'black pepper' ? Ok agak janggal untuk makan sebab jarang melihat ada daging tupai dijual dan tidak pernah terfikir ia boleh dimasak dengan 'black pepper'. Dah macam makanan 'high class' ni sebab sudah tentu harganya sangat mahal. Bagi yang sudah merasanya, mungkin ini adalah menu istimewa. 

tupai masak black pepper 95

#3 Telur Buaya dari Tuaran, Sabah

telur buaya 1

Ramai yang mengatakan bahawa telur buaya ini dijadikan sebagai penawar untuk sakit lelah. Kalau tengok dari segi saiz, memang agak besar dua kali ganda dari telur ayam biasa. Pernah juga terlihat buaya dimasak pedas. Menarik pula tengok lauk buaya ni sebab selalunya banyak kes buaya membaham orang di sungai, tetapi kali ini orang pula yang membaham buaya. 

hidangan buaya 480

#4 Kerabu Bronok di Langkawi, Kedah

images 287

Nampak seperti gamat tetapi bukan gamat. Ini adalah bronok yang banyak ditemui di kawasan berselut di Langkawi. Ia merupakan menu istimewa yang wajib dicuba jika anda berkunjung di sini. Sungguh enak dimakan bersama dengan nasi.

17268122 191830871312499 5375186699481513984 n 914

#5 Belalang Goreng di Bachok, Kelantan

615442 grasshopper resized 600

Zaman kanak-kanak dulu suka tangkap belalang dekat padang tetapi tidaklah sampai hendak memakannya. Bagi penduduk di Thailand, ini merupakan makanan eksotik mereka. Bukan setakat belalang, banyak lagi serangga lain yang mereka goreng untuk dijual. Di Kelantan, belalang goreng ini agak popular cumanya nak makan atau tidak sahaja. Ada juga yang menambah santan supaya menjadi lebih enak dan lazat.

97f5 858

Terasa ingin mencuba? 




Hakcipta iluminasi.com (2017)