Sekiranya anda membuat carian di internet mengenai makanan eksotik di seluruh dunnia, anda pastinya akan menemui pelbagai makanan yang dianggap sangat pelik atau tidak keterlaluan, sangat "jelik" dan tidak sanggup ditelan. Lebih teruk, membayangkannya sahaja sudah cukup membatkan anda berasa mual.
Apabila berbicara mengenai makanan dalam tin, kita pastinya terbayangkan ikan tuna yang biasanya dijual dalam tin. Makanan dalam tin biasanya menjadi pilihan bagi mereka yang mahu menyimpan stok makanan dalam tempoh lama di rumah, pergi berkelah dan seumpanya.
BESARKAN TEKS A- A+
Namun, tahukah anda bahawa di luar negara banyak makanan eksotik ini turut dijual dalam tin? Ya. Kali ini kami ingin berkongi hanya 7 daripada makanan dalam tin yang dianggap sangat pelik dan eksotik di dunia.
1. Burger keju
Burger keju atau cheese burger merupakan antara menu wajib di setiap restoran makanan segera mahupun gerai burger di tepi jalan. Ianya sedap di makan panas dan mudah didapati mana sahaja.
Namun, Katadyn Group sebuah syarikat dari Switzerland datang dengan idea pelik untuk menjual burger dalam tin. Harganya? $6. Dengan harg ini, ianya tidaklah terlalu murah. Dengan harga yang sama, anda mungkin boleh membeli lebih daripada 2 burger yang sama dari mana-mana kedai makanan segera.
2. Haggis
Bagi yang tidak tahu, "haggis" dibuat daripada organ kambing seperti jantung, hati dan paru-paru dan mencampurkannya dengan bawang, oatmeal dan rempah. Kemudian, bahan-bahan ini dimasukkan ke dalam perut haiwan tersebut sebelum dimasak.
Haggis dianggap sebagai sejenis puding dan merupakan makanan kebangsaan negara Scotland. Walaupun tidak ada sejarah yang jelas daripada mana asal-usul makanan ini, huggis dahulunya dianggap sebagai makanan harian untuk golongan lelaki kelas pekerja pada waktu itu dan kini telah menjadi makanan istimewa Scotland yang sangat disukai semua kelas.
3. Kala jenking
Kala jenking umumnya dikenali sebagai haiwan yang berbisa. Namun, tahukah anda bahawa haiwan ini merupakan antara hidangan popular untuk sebahaggian kawasan di Thailand? Kala jengking Heterometrus Longimanus adalah bi ditemui di kebanyakan kawasan di Thailand dan menjadi makanan istimewa bagi mereka yang tinggal di timur laut.
Oleh kerana berasal dari nenek moyang haiwan amfibia, rasanya dikatakan serupa dengan udang laut dengan rasa sedikit pahit. Peminat haiwan ini boleh menikmatinya langsung dari tin atau disajikan dengan pelbagai jenis sos.
4. Lemak itik
Kebanyakan orang biasanya akan membuang lemak haiwan sebelum memasak dagingnya. Begitu juga bagi mereka yang memasak daging itik. Namun, tidak bagi sebuah syarikat ini yang membuat duit dengan lemak itik yang biasanya hanya dibuang ke dalam tong sampah.
Harga jualannya juga bukan murah, boleh dianggap premium untuk bahagian yang biasanya dibuang sahaja ini. Namun, lemak itik yang juga dikenali sebagai foie gras adalah makanan istimewa di Eropah, sering dinikmati dengan minuman wine atau iringan buah manis.
5. Pupa ulat sutera
Bagi yang pernah menonton pertandingan Fear Factor versi luar negara, anda mungkin pernah menyaksikan satu episod di mana peserta dikehendak untuk memakan seranggan. Namun, makanan pupa ulat sutera yang dijual dalam tin ini mungkin lebih teruk lagi.
Walau bagaimanapun, serangga ini yang digoreng rangup dipercayai merupakan sejenis makanan ringan atau snek yang dijual di tepi jalan di Korea Selatan. Adakah menjual makanan ini dalam tin befrsama sos perisa barbeku akan menjadikannya lebih sedap? Kami sendiri tidak pasti.
6. Ayam
Ini bukanlah sekadar isi ayam, sebaliknya keseluruhan seekor ayam itu dimasukkan ke dalam tin. Dengan label sudah dimasak dan mempunyai ramuan kuah, rupa ayam ini sebaik dikeluarkan daripada tin sahaja sudah cukup menutup selera.
Seekor ayam penuh akan dimampatkan dalam sebuah tin bersaiz 50 auns (sekitar 1.5L). Kami tidak pasti siapakah yang akan membelinya, tapi rasanya membeli seekor ayam yang sudah dimasak daripada restoran berhampiran rumah anda adalah pilihan yang lebih baik.
7. Otak khinzir
Otak khinzir merupakan hidangan popular di negeri-negara selatan Amerika Syarikat. Tidak ada apa-apa yang perlu dijelas lagi, membayangkannya sahaja sudah cukup membuatkan tekak berasa loya.
Pada pendapat anda, mana satukah makanan dalam tin dalam senarai ini yang paling pelik?
Kredit: