Kita biasanya melihat peta di seluruh muka bumi hanya menggunakan apa yang dipanggil "globe" dan juga peta di dalam buku teks. Jika diteliti dengan betul, terdapat perbezaan keluasan sesebuah negara di atas globe berbanding dengan peta di atas kertas. Tahukah anda, sebenarnya keluasan sesebuah negara di dalam peta 2 dimensi adalah tidak tepat?
Ada di antara negara yang sebenarnya mempunyai keluasan yang besar, tetapi kelihatan kecil apabila berada di atas peta, begitu juga dengan negara yang kecil tetapi kelihatan besar. Kerana sudah biasa dengan peta-peta yang kita lihat di buku teks ataupun di internet, kita kadang-kadang tersalah.
BESARKAN TEKS A- A+
Sebab mengapa sesetengah negara kelihatan besar atau kecil daripada negara lain adalah disebabkan sesuatu yang dipanggil "mercator projection". Untuk menghasilkan planet 3 dimensi dengan menggunakan peta 2 dimensi adalah sesuatu yang mencabar bagi pembuat peta pada masa dahulu. Jadi seorang ahli geografi dan seorang pembuat peta bernama Gerardus Mercator dapat satu cara penyelesaian.
Pada tahun 1569, beliau telah melukis sebuah peta yang tepat untuk tujuan pandu arah, namun ia mempunyai satu kelemahan, iaitu ciptaannya itu menjadikan sesetengah negara kelihatan lebih kecil atau besar, bergantung kepada kedudukan negara-negara tersebut dengan garisan khatulistiwa. Disebabkan ini, daratan seperti Antartica dan Greenland kelihatan lebih besar daripada saiz sebenar mereka.
Bagaimana peta 3 dimensi di atas globe ditafsirkan ke atas kertas menjadi 2 dimensi
Untuk menunjukkan betapa salahnya pemahaman kita terhadap keluasan sesebuah negara, satu laman web bernama thetruesize.com membolehkan anda mengubah daratan ke lokasi berlainan. Iluminasi.com ingin membongkar saiz sebenar beberapa buah negara di dunia.