Oleh pada 22 Nov 2019 kategori

Roberto Saviano adalah bukti bahawa dunia kewartawanan merupakan salah satu kerjaya paling berbahaya. Wartawan Itali ini menjadi terkenal pada 2006 ketika berusia 27 tahun apabila dia menerbitkan bukunya berjudul Gomorrah, yang mendedahkan kejahatan organisasi jenayah Camorra di Naples atau Napoli, Itali.

Ketika bukunya itu laris di pasaran, Saviano telah menjadi individu paling dikehendaki oleh Mafia dan ahli-ahli politik besar di Itali. Dia menerima pelbagai ancaman bunuh dan keadaan itu membuatkan Saviano meminta bantuan perlindungan polis.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walaupun dirinya menerima pelbagai ancaman dari bos-bos Mafia, Saviano terus bersuara menentang jenayah terancang dan pelbagai lagi masalah semasa di Itali.

Keberanian dari kebencian

Roberto Saviano membesar di Napoli dalam persekitaran yang dipenuhi dengan kumpulan dan aktiviti Mafia Napoli yang ganas. Organisasi kumpulan jenayag terancang atau Mafia di Nalopi dipanggil Camorra.

Di bandar Saviano membesar, Casal, kumpulan jenayah Casalesi menguasai kawasan itu di mana mereka melakukan pelbagai aktiviti jenayah seperti pengedaran dadah, penyeludupan senjata, memeras ugut dan banyak lagi. 

Pertama kali Saviano melihat mayat seorang mangsa bunuh adalah ketika berusia 13 tahun. Tidak lama selepas itu, bapa Saviano yang juga seorang doktor telah mengajarkannya bagaimana menggunakan pistol untuk melindungi diri. Bapanya juga pernah dipukul kumpulan samseng kerana merawat salah seorang musuh mereka yang tenat.

giuseppe peppino diana

Giuseppe "Peppino" Diana

Kebencian Saviano terhadap Camorra sampai ke kemuncaknya apabila mereka membunuh Giuseppe "Peppino" Diana iaitu paderi tempatan yang disayangi ramai. Paderi itu sering mengkritik Mafia Camorra dalam kebanyakan ceramahnya.

Paderi Diana pernah menekankan tentang aktiviti peras ugut yang merencatkan pertumbuhan ekonomi bandar mereka. Selain itu, dia juga menyelar kumpulan jenayah yang sering menyasarkan golongan muda untuk direkrut sebagai ahli dan melakukan aktiviti tidak bermoral.

Pada tahun 1994, paderi itu dibunuh di dalam gereja ketika dia bersiap sedia untuk perjumpaan orang ramai pada hari Ahad. Tidak cukup setakat itu, kumpulan Camorra juga mengutuk paderi itu dalam akhbar dengan mengatakan Diana dibunuh disebabkan dia seorang kaki perempuan.

Ia adalah titik perubahan dalam hidup Saviano. Selepas tamat kolej, dia mula bekerja dengan seorang jurugambar yang mengambil gambar di perkahwinan ahli-ahli Camorra. Tidak lama kemudian Saviano mendapati dirinya semakin hampir dengan kehidupan dan organisasi Mafia itu.

Penulisan Gomorrah

roberto saviano penulis gomorrah

Roberti Saviano

Apa yang mengejutkan Saviano, dia mendapati bahawa Camorra bukan sahaja berpengaruh di Napoli tetapi juga menguasai aktiviti-aktiviti jenayah lain di seluruh dunia seperti penyeludupan dadah, pemerdagangan manusia dan banyak lagi.

Roberto Saviano telah menulis tentang penemuan dan interaksinya dengan ahli-ahli Camorra di majalah dan akhbar. Dia terus menentang Mafia Napoli dengan mendedahkan segala maklumat yang diperolehinya.

buku gomorrah 535

Pada tahun 2006, artikel-artikel Saviano telah dibukukan dan diberi nama Gomorrah iaitu penyiasatan terperinci mengenai rahsia kotor Camorra. Buku itu terjual lebih daripada 10 juta salinan di seluruh dunia. Namun, perjuangannya itu telah membuatkan dia berada dalam senarai kematian Mafia.

Saviano mendedahkan seseorang telah menghantar sepucuk surat ke alamat rumah ibunya di mana surat itu mempunyai gambar dirinya yang diacukan pistol di kepala. Pada bulan Oktober 2006, dia telah mendedahkan nama-nama ahli Camorra yang menguasai kampung halamannya di salah satu pesta keraian tempatan. 

anggota camorra yang ditahan

Anggota Camorra yang ditahan polis

Tidak lama selepas itu, dua orang anggota polis datang bertemunya dan membawanya menaiki kereta perisai. Dia tahu bahawa nyawanya dalam bahaya dan sejak itu, dia berada di bawah lindungan polis.

Pengorbanan sebuah perjuangan

wartawan roberto saviano 554

Roberto Saviano yang masih berumur 20-an ketika itu terpaksa meninggalkan kampung halaman, keluarga dan rakan-rakannya. Keluarganya juga terpaksa berpindah dan menukar identiti baru bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Saviano menyatakan bahawa sepanjang lapan tahun terakhi, dia pergi ke mana sahaja ditemani tujuh pengawal terlatih menggunakan dua kereta kalis peluru. Dia kerap tinggal di berek polis atau hotel yang dirahsiakan dan jarang berada di tempat yang sama untuk tempoh lama.

Pada tahun 2011, Saviano berpindah ke New York dengan harapan dapat menjalani kehidupan yang lebih normal. Pihak berkuasa telah membuatkan satu peta khas di mana mereka menanda semua kedai runcit dan restoran milik pendatang Itali yang disyaki mempunyai hubungan dengan Mafia Napoli.

Walaupun berada beribu-ribu batu dari Napoli, hidupnya masih dalam bahaya. Dia yang pernah mengajat di New York Universiti terpaksa meminta agar para pelajarnya merahsiakan kehadirannya di situ.

siri tv gomorrah

Pada masa yang sama, bukunya menjadi inspirasi kepada sebuah filem berjudul Gomorrah yang diterbitkan pada tahun 2008 dan siri televisyen pada tahun 2014. Pada tahun 2013, Saviano telah menerbitkan buku keduanya, ZeroZeroZero yang mendedahkan tentang perdagangan kokain dunia.

Pertarungan yang belum berakhir

salah seorang ketua camorra ditahan

Salah seorang ketua Camorra ditahan

Roberto Saviano melihat kemahsyuran yang diperolehinya sebagai sebuah aset bukanlah liabiliti. Dia berkata para pembacanya dan peminatnya adalah lebih kuat berbanding pengawal dan kereta perisainya.

Walaupun Mafia masih belum dapat menamatkan riwayat Saviano tetapi mereka menggunakan cara lain untuk menyekatnya. Mereka menuduh Saviano adalah seorang penipu yang sengaja mereka-reka cerita bagi melariskan jualan bukunya.

Saviano juga dituduh memalsukan dan melakukan plagiat dalam kajian mengenai perdagangan kokain dunia yang ditulis dalam bukunya, ZeroZeroZero. Malah, gangguan yang diterima Saviano bukan sahaja dari Mafia.

matteo salvini vs roberto saviano

Matteo Salvini vs Roberto Saviano

Kerajaan Itali juga berusaha untuk melemahkan reputasi Saviano. Percubaan paling ketara dilakukan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Itali, Matteo Salvini, yang baru bersara beberapa bulan lepas. Dia cuba menyaman Saviano atas tuduhan fitnah pada 2018. Jika didapati bersalah, Saviano boleh dipenjarakan selama enam tahun.

Walaupun menerima tekanan dari pelbagai pihak, Saviano tetap merancang untuk terus menulis dan bercakap demi kebebasan akhbar dan hak-hak lain. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)