Seorang lelaki yang dikenali sebagai Travel Guru, Rick Steve, telah membeli sebuah bangunan apartment yang dianggarkan bernilai 4 juta USD dan telah menyerahkan kepada organisasi tidak berasaskan keuntungan (non-profit organisation), YWCA, untuk dikendalikan bagi menempatkan ibu-ibu tunggal dan gelandangan wanita dan kanak-kanak untuk tinggal di situ, tanpa sebarang bayaran.
BESARKAN TEKS A- A+
Beliau membeli apartment itu pada 2005, dan semenjak itu bekerjasama dengan YWCA untuk membantu dan menempatkan ibu tunggal yang berpendapatan rendah di apartment tersebut. Steve berkata di dalam blog miliknya bahawa antara salah satu projek yang menjadi kegemaran dan berharga baginya adalah projek rumah mampu milik.
Menurut Steve, 20 tahun lalu, dia telah membuat satu skim di mana beliau boleh menyimpan wang persaraannya bukan ke dalam bank untuk mendapatkan faedah, tetapi untuk membeli apartment murah untuk membantu jiran yang tidak mampu dan susah.
"Daripada mendapat keuntungan dengan mengutip sewa, 'keuntungan' dan 'pendapatan' saya adalah apabila melihat kegembiraan yang terpancar pada wajah mereka yang terdesak dan bergelut untuk terus hidup,"
- Rick Steve
Projek yang diusahakannya pada 2005 itu berkembang dan akhirnya beliau berjaya memiliki keseluruhan kompleks itu. Dengan bantuan rakan kongsinya iaitu YWCA dan Rotary Club of Edmonds, mereka kemudiannya melakukan penambahan dan pengubahsuaian kepada unit-unit apartment tersebut dengan bantuan daripada kerajaan tempatan serta daripada Gates Foundation.
Ibu tunggal dan anak-anak mereka kemudiannya berpindah masuk ke kompleks milik Steve, yang dinamakan 'Trinity Place'. Kompleks itu hampir penuh, sejak dari 2005 hingga 2016.
Steve telah menyerahkan kompleks tersebut kepada YWCA pada tahun ini dan rancangan seterusnya adalah untuk memberikan inspirasi kepada mereka yang bernasib baik dan berkemampuan agar menggunakan rancangannya bagi membantu mereka yang tidak bernasib baik.
Kita semua boleh mengambil iktibar daripada kisah ini, yang mana kita tidak perlu menjadi kaya terlebih dahulu untuk membantu orang lain. Mula dengan langkah kecil membantu mereka yang tidak bernasib baik dengan apa yang termampu dan dunia ini akan menjadi lebih baik.
Sumber rujukan :
1. AJC.com