Di dalam sebuah makmal di Fukushima, Jepun, mesin dan peralatan canggih sedang dikendalikan oleh wanita berpakaian kot makmal yang bergerak dari stesen ke stesen.

Mereka memeriksa segala-galanya, dari nasi, penyedut hampagas, makanan laut sehinggalah kepada lumut dan tanah, untuk mengetahui tahap radiasi toksik.

Akan tetapi, para pekerja makmal dan klinik ini bukanlah ahli sains biasa, tetapi mereka adalah para ibu yang telah menubuhkan sebuah klinik luar biasa.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Menurut direktor makmal tersebut, Kaori Suzuki, tujuan mereka adalah untuk melindungi kesihatan dan masa depan kanak-kanak di situ.

Pada Mac 2011, reaktor nuklear meletup di loji Fukushima Daiichi berikutan gempa bumi dan tsunami. 

sukarelawan memastikan penggunaan jumlah oksigen dan gas yang sesuai untuk merawat sampel

Didorong oleh keperluan yang sangat terdesak untuk menjaga keselamatan anak-anak mereka, sekumpulan ibu mula menguji makanan dan air di wilayah itu.

Wanita-wanita ini yang tidak mempunyai latar belakang saintifik telah membina dan membangunkan makmal ini sepenuhnya serta mempelajari semua perkara di makmal.

Makmal ini diberi nama "Tarachine", yang bermaksukd "ibu yang cantik" dalam bahasa Jepun. Selepas kemalangan nuklear tersebut, penduduk Fukushima menunggu pakar radiasi untuk datang membantu.

Akan tetapi, tiada seorang pun pakar yang tahu tentang pengukuran radiasi datang kepada mereka dan ia sesuatu yang sangat membimbangkan.

Pada hari-hari selepas tragedi itu, satu keputusan oleh kerajaan Jepun mencetuskan ketidakpercayaan dalam maklumat rasmi yang berterusan hingga ke hari ini.

bencana loji nuklear fukushima daiichi

(Bencana loji nuklear Fukushima Daiichi yang berlaku pada Mac 2011)

Kerajaan gagal untuk mendedahkan dengan pantas arah di mana bahan-bahan radioaktif hanyut dari kilang kuasa dengan cepat.

Komunikasi dalaman yang lemah menyebabkan kelewatan, tetapi akibanya beribu-ribu orang melarikan diri ke arah yang sama di mana bahan radioaktif bergerak.

Bekas menteri perdagangan Banri Kaieda, yang mengawasi dasar tenaga pada masa itu, mengatakan bahawa beliau "berasa malu" tentang kurangnya pendedahan tersebut.

Tetapi Kaori Suzuki berkata dia masih sukar untuk mempercayai kerajaan. Ini kerana kerajaan berbohong dan memandang rendah kepada mereka.

"Jadi, sangat sukar untuk orang yang mengalaminya untuk mempercayai mereka (kerajaan)," kata Kaori Suzuki.

Beliau dan beberapa ibu lagi yang bekerja sambilan di klinik itu berasa bertanggungjawab untuk melindungi kanak-kanak di Fukshima, namun ia bukanlah satu perkara yang mudah.

kaori suzuki pengarah makmal radiasi jepun

(Kaori Suzuki)

Ketika mereka sedang membina makmal tersebut, mereka bergantung kepada peralatan yang didermakan dan tiada seorang pun di antara mereka yang mempunyai pengalaman dalam memeriksa radiasi.

Tiada siapa pun yang boleh mengajar mereka cara menggunakan mesin-mesin tersebut.

Malah, perisian analisa dan perisian mesin pada ketika itu dalam bahasa Inggeris, yang mana menyukarkan lagi pemahaman mereka.

Pada awalnya, ibu-ibu hebat ini bermasalah dengan bahasa Inggeris dan bermula dengan mendengar penjelasan daripada pengilang. 

Namun akhirnya mereka mendapat beberapa perisian Jepun sebaik sahaja mula menggunakan mesin. 

Pakar radiasi dari universiti-universiti terkemuka di Jepun memberikan latihan kepada ibu-ibu ini, dan kini peralatan mereka menjadi antara yang paling canggih di negara ini.

Keselamatan makanan masih menjadi masalah

cendawan shiitake diletakkan pada skala seberat sebelum rawatan 91

(Cendawan Shiitake diletakkan di atas penimbang sebelum dirawat)

Loji di Fukushima itu kini telah stabil dan radiasi telah turun ke tahap yang dianggap selamat di kebanyakan kawasan.

Tetapi pencemaran makanan dari Jepun masih menjadi isu yang sering dipertikaikan. Australia adalah salah satu negara pertama yang mengangkat sekatan import ke atas makanan import Jepun selepas bencana tersebut.

Tetapi lebih daripada 20 negara dan blok perdagangan telah mengekang larangan import atau sekatan ke atas perikanan Jepun dan produk pertanian.

Di klinik di Fukushima, Kaori Suzuki berkata beliau menerima keputusan itu.

"Ia tidak bermakna ia betul atau salah, saya rasa ia hanya keputusan yang dibuat buat masa ini," kata Kaori Suzuki.

Kebanyakan keputusan dalam makmal mereka adalah rendah dari segi toksik radioaktif, tetapi ibu-ibu ini mengatakan bahawa adalah penting untuk mewujudkan ketelusan supaya ibu bapa tahu apa yang anak-anak mereka makan.

tragedi loji nuklear fukushima daiichi

Kanak-kanak di Fukushima diawasi dengan teliti selepas tragedi ngeri ini.

Noriko Tanaka adalah salah satu daripada ramai ibu di rantau ini yang berasakan bahawa pegawai kerajaan tidak bersedia sepenuhnya untuk bencana yang berlaku.

Ketika bencana itu melanda, Noriko sedang 3 bulan mengandungkan anak lelakinya, Haru dan tinggal di Iwaki City, kira-kira 50 kilometer dari loji kuasa itu.

Di tengah-tengah krisis nuklear ini, dia menjadi panik kerana iodine radioaktif yang dibebaskan dari loji itu akan membahayakan anaknya yang belum lahir.

Oleh itu, Noriko melarikan diri pada malam bencana itu berlaku. Sewaktu dia pulang ke rumah 10 hari kemudian, ketakutan terhadap pencemaran dari bahan radioaktif yang tidak kelihatan dan tidak berbau sangat mengerikan.

"Saya hanya berharap saya dapat menyusukan bayi saya," kata Noriko.

Bahan radiokaktif caesium dikesan dalam susu tepung domestik, jadi Noriko terpaksa membeli susu tepung yang dibuat di luar negara untuk memberi makan kepada anaknya.

megu dan haru

(Megu dan Haru)

Kini Noriko mempunyai dua orang anak iaitu Haru, 7, dan Megu, 3. Anak-anak Noriko sering dibawanya untuk pemeriksaan tiroid yang diberikan secara percuma oleh klinik ibu-ibu tersebut.

Pendedahan radiasi adalah faktor risiko yang terbukti bagi kanser tiroid, tetapi pakar mengatakan bahawa terlalu awal untuk mengetahui apa kesan nuklear terhadap anak-anak Fukushima.

Kebimbangan terbesar adalah bagi kanak-kanak yang berusia di bawah lima tahun ketika kemalangan itu berlaku. Risiko adalah lebih tingi bagi kanak-kanak perempuan.

Walaupun doktor memberitahu bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan dari segi perubatan, setiap ibu masih bimbang. Ibu-ibu ini berasa bertanggungjawab kerana mereka membenarkan anak-anak bermain di luar di minum air.

Dan jika mereka mempunyai pengetahuan radiasi yang betul, mereka tidak akan melakukan sedemikian. Ibu-ibu dan para doktor bimbangkan masa depan kanak-kanak Fukushima

Selepas bencana nuklear Chernobyl tahun 1986, kejadian kanser tiroid meningkat secara tiba-tiba selepas lima tahun.

Dr Yoshihiro Noso, yang bekerja di klinik tersebut, hanya menjalankan pembedahan ke atas seorang kanak-kanak dari Fukushima sahaja, tetapi adalah terlalu awal untuk mengetahui sama ada bilangan kanser tiroid semakin meningkat akibat bencana itu.

bencana chernobyl 1986

(Tragedi nuklear Chernobyl 1986)

Menurut beliau, tidak ada cara untuk membezakan antara kanser yang disebabkan secara semula jadi dan yang disebabkan oleh kemalangan itu.

Dalam kes Chernobyl, kadar kanser tiroid meningkat selama kira-kira 10 tahun. Setakat ini lapan tahun sudah berlalu sejak bencana itu berlaku dan Dr. Yoshihiro mahu melanjutkan pemeriksaan selama dua tahun lagi.

Apabila tahun-tahun berlalu, perhatian ibu-ibu ini secara beransur-ansur berubah kepada bagaimana penerimaan dan layanan yang akan dihadapi oleh anak-anak mereka pada masa akan datang.

Kebimbangan terbesar Noriko Tanaka sekarang adalah potensi diskriminasi yang mungkin perlu dihadapi oleh anak-anaknya.

kawasan di fukushima terbiar

(Kawasan di Fukushima yang terbiar)

Sesetengah kanak-kanak yang mana keluarga mereka berpindah dari Fukushima ke bahagian lain di Jepun berhadapan dengan kes buli yang berterusan sehinggakan tidak dapat hadir ke sekolah.

Kini tahap radiasi di Fukushima adalah rendah dan hampir sama dengan Tokyo, namun mereka akan dilayan sama seperti orang yang tinggal di kawasan beradiasi tinggi.

Dan bagi kanak-kanak perempuan, wujudnya kebimbangan mengenai perkahwinan dan memiliki anak kerana kemungkinan masalah genetik. 

Rujukan:

1. ABC

2. Vice

3. Japan Times




Hakcipta iluminasi.com (2017)