Oleh pada 24 May 2018 kategori

Kredit foto: Facebook Dr Wan Azizah Wan Ismail

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk golongan suri rumah dicadangkan melibatkan 2% daripada gaji suami dan RM50 daripada dana kerajaan.

Datuk Seri Dr Wan Azizah yang juga merupakan Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga ditemui ketika sidang media memulakan tugas di Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga, Putrajaya, pagi tadi.

kwsp suri rumah 2 gaji suami rm50 dana kerajaan datuk seri dr wan azizah 1

Kredit foto: Facebook Dr Wan Azizah Wan Ismail

Tambahnya, satu pertemuan akan diadakan dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KWSP minggu depan berkaitan pelan tindakan caruman berkenaan.

Ia bagi membincangkan tentang mekanisme terbaik pelaksanaannya iaitu siapa yang layak dan kaedah pemberian yang akan dikaji secara mendalam kerana membabitkan dana kerajaan terhadap mereka yang layak.

Caruman KWSP untuk suri rumah itu akan diwujudkan dalam tempoh terdekat berikutan ia merupakan janji utama manifesto 100 Hari Pakatan Harapan.

 

Sumber:

1. Facebook Berita TV9

2. Facebook Malaysiakini

3. Facebook Astro Awani

4. Facebook Berita Harian Online

5. Facebook Free Malaysia Today

6. Facebook Agenda Daily

Penafian: Semua maklumat berita adalah hak milik sumber yang dinyatakan. Kami hanya berkongsi sebahagian kandungan yang dikemaskini menerusi media sosial sumber berkenaan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)