Kami pernah menulis tentang apa yang anda akan telan jika anda terminum air laut.

Agak menakjubkan bukan apa yang ada dalam satu titis air laut? Bagaimana pula dengan ekosistem di bahagian kulit kita pula? Marilah kita berkenalan dengan sejenis hidupan yang tinggal di dalam atau berdekatan liang-liang rambut di muka kita.

Bukan semua orang ada hidupan ini di wajah mereka tetapi kebanyakan orang akan ada. Menurut kajian hampir 2/3 daripada mereka yang berusia 40 tahun, 1/2 orang dewasa dan 1/3 kanak-kanak mungkin mempunyai hidupan ini diwajah mereka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Inilah haiwan halus sebesar 0.4mm purata bernama kutu Demodex, yang tinggal di dalam kulit kita.

Kutu yang comel 

iluminasi demodex kutu wajah2 132

Walaupun terdapat 65 spesis Demodex, hanya ada dua jenis saja yang menjadikan tubuh manusia sebagai rumah; Demodex folliculorum dan Demodex Brevis.

Demodex folliculorum tinggal di dalam liang rambut sementara demodex brevis pula memilih untuk tinggal di dalam liang kulit yang menghasilkan minyak sebum (sebacous gland); diperlukan untuk melembapkan kulit dan rambut.

Kebiasaannya dua kutu ini menjadikan wajah, hidung, bulu mata dan kening sebagai rumah - tetapi boleh juga dijumpai di bahagian-bahagian kulit lain.

iluminasi demodex kutu wajah3

Demodex brevis bersaiz lebih kecil antara keduanya dan kedua-duanya mempunyai badan yang semi-lutsinar.

Oleh kerana tidak gemarkan cahaya, kutu-kutu ini hanya akan keluar ketika malam dan berjalan di wajah kita dengan kelajuan 8-16 cm satu jam. Mereka hidup dengan memakan sel kulit kita dan juga minyak yang dihasilkan oleh kulit.

Apa simptom jangkitan kutu demodex?

iluminasi demodex kutu wajah4 924

Jika kita kerap mengalami simptom-simptom jangkitan kutu Demodex, berikut adalah tanda-tanda yang boleh kita kenalpasti; kerap gatal di bahagian wajah, rasa seperti terbakar, rasa ada benda merayap, penglihatan kurang jelas, kulit kering merekah dan tompok merah pada kelopak mata.

Selain itu jika terdapat terlalu banyak kutu yang hidup di bahagian bulu mata, peluang untuk mengalami keguguran bulu mata secara lebih kerap menjadi tinggi.

Jerawat pada bahagian muka juga boleh salah satu tanda. Menurut kajian yang telah dijalankan, penghasilan minyak kulit atau sebum yang tinggi sehingga menyebabkan jerawat pada muka akan meningkatkan peratusan jangkitan kutu demodex pada bahagian wajah.

Jangkitan demodex dalam kuantiti sedikit sepatutnya tidak menjadi masalah tetapi apabila tidak dikawal akan menyebabkan penyakit blepharitis iaitu sejenis penyakit kemerahan pada kelopak mata dan rosacea, sejenis penyakit kemerahan pada kulit di bahagian wajah.

Apa penyebab jangkitan Demodex?

iluminasi demodex kutu wajah

Faktor utama jangkitan kutu Demodex adalah tahap kebersihan seseorang. 

Pastikan anda rajin membersihkan bahagian mata dan sekitarnya, untuk mengurangkan kadar kutu yang membiak. Mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak juga mungkin akan mempunyai jangkitan ini kerana kutu ini memang mencari kulit yang banyak minyaknya.

Jadi, cuci muka bersih-bersih.

Bagi kaum wanita pula, penggunaan maskara dan alat solek mampu meningkatkan jumlah kutu Demodex yang ada. Jadi, sebelum tidur, pastikan wajah dibersihkan dengan baik terlebih dahulu.

Kutu Demodex ini boleh berpindah-pindah melalui sentuhan kulit dan rambut di antara dua individu. Jika pasangan anda atau anak-anak anda didapati mempunyai jangkitan ini, ada kemungkinan anda pun turut sama ada.

Apa berlaku pada kutu demodex bila mati?

iluminasi demodex kutu wajah6

Demodex hidup dengan memakan sel kulit dan sebum, boleh membiak tetapi tidak mempunyai sistem perkumuhan.

Sepanjang hayat mereka, semua benda yang dimakan akan disimpan didalam badan mereka sehinggalah pada satu detik badan mereka terlalu besar dan meletup, lalu membebaskan semua isi perut mereka.

Isi perut kutu yang dirembeskan akan melekat pada wajah kita, mengandungi bakteria yang mampu menyebabkan wujud tompok-tompok merah pada kulit atau jika jangkitan terlalu banyak akan menyebabkan penyakit kulit yang lebih serius.

iluminasi demodex kutu wajah9

Pelakon wanita terkenal Hollywood, Cameron Diaz (The Mask, Charlie's Angels) dilaporkan salah seorang penghidap jangkitan kutu Demodex yang kronik, mampu menyebabkan alahan ini.

Jika dilihat wajah bintang terkenal itu tanpa solekan, ada banyak bintik-bintik merah di wajah beliau.




Hakcipta iluminasi.com (2017)