Semakin hari, sekatan yang ada di negara kita semakin dilonggarkan.

Kini ramai orang sudah mula bergerak ke sana sini dalam lingkungan yang dibenarkan, kembali menjalankan rutin biasa pra-Covid-19 seperti melancong atau makan di luar. 

Untuk itu mari kita imbas kembali perbuatan-perbuatan yang biasa kita buat, tetapi mampu membuatkan kita rasa bersalah dalam diam; bagi membiasakan diri kita semula dengan rutin hidup lama kita sebelum 'norma baru'.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Masuk dan keluar kedai runcit tanpa beli apa-apa

masuk kedai runcit dan keluar

Adakah penulis seorang saja rasa aneh kalau kita masuk ke kedai runcit dan keluar tanpa membeli apa-apa barangan sekalipun? Rasa macam bersalah pula keluar tangan kosong.

Kadang-kadang pembantu kedai pun pandang pelik kenapa kita keluar tanpa bayar apa-apa. Kita yang tak ada buat salah apa-apa pun, boleh rasa seolah-olah dipandang seperti pencuri pula.

2. Masuk kedai mamak hanya untuk guna tandas

tumpang tandas kedai mamak

Kadang-kadang bila berlaku 'urusan kecemasan' satu-satunya tandas yang paling mudah diakses adalah tandas kedai mamak, kerana kedai mamak terletak di mana-mana saja.

Bila kita masuk kedai tu dan terus ke tandas, rasa macam aneh pula kan? Penulis selalunya buat-buat tengok menu dulu sebelum ke tandas. Kalau line clear, selepas selesai urusan terus keluar kedai.

Sekiranya rasa bersalah yang amat sangat - penulis akan pesan air bungkus untuk sejukkan hati sendiri.

3. Potong kereta polis atas jalanraya

kereta polis pintas

Walaupun kelajuan lebuh raya dah tertera 110km/j dan kita sebagai pemandu mematuhinya, setiap kali nak pintas kereta polis atas jalan raya mampu membuatkan semua pemandu rasa bersalah.

"Ni kalau aku potong, aku laju sangat ke? Kalau dia nyalakan siren macam mana ya?" Itulah yang bermain difikiran penulis setiap kali situasi sama berlaku.

Tapi kalau kereta polis tu sendiri dah melebihi had laju dan kita berani juga potong dia, itu tandanya kita sendiri cari nahas ya!

4. Masuk butik jenama antarabangsa...

masuk butik branded

Bagi mereka yang berpendapatan sederhana macam penulis, anda pasti merasa janggal kan nak masuk butik-butik jenama 'branded' untuk tengok produk dalam tu walaupun kita boleh beli barangan dalam tu?

Seolah-olah ada saja mata yang memerhati dan menilai kemampuan kita, untuk berbelanja di situ. Ke penulis seorang saja yang rasakan macam tu?

5. Pakai kain pelikat waktu siang

pakai pelikat di siang hari

Sejak kena duduk kerja di rumah ni, penulis lebih gemar mengenakan kain pelikat saja semasa di rumah walaupun waktu siang. Kadang-kadang, sebab malas nak kenakan seluar punya pasal - pergi ke kedai pun pakai kain pelikat. 

Rasa semacam saja kan? Seolah-olah ada waktu sesuai dan waktu tak sesuai pula pakai kain pelikat siang ni. Padahal, setiap kali lepas solat Jumaat dulu, boleh saja penulis singgah ke kedai dulu beli barang keperluan hanya dengan berkain pelikat.

Tak ada pula rasa canggung. Hari lain, ada rasa pelik sikit. Anda ada rasa macam ni?

6. Beredar dari kedai makan selepas diberikan menu

menu restoran makanan mewah

Anda pernah tak masuk ke sebuah kedai makan, periksa menu dan bila tengok harga makanan dia mak ai punya mahal - anda rasa nak keluar tapi anda takut, malu, bersalah, kerana pelayan dah bagi anda menu untuk anda pilih?

Penulis yakin ramai pernah menghadap masalah macam tu, apatah lagi kalau kita dah duduk di meja. Ramai yang segan nak bangun angkat kaki. Biasanya penulis akan kata pada pelayan 'sekejap ya!' - tunggu dia ke ruangan berbeza sebelum cabut lari.

Ada satu hari tu penulis terpaksa jugalah buat pesanan. Satu hidangan kami kongsi 3 orang. 

7. Kentut di tempat awam

kentut di tempat awam

Ada masanya sesuatu proses semulajadi perlu berlaku di tempat yang tidak sepatutnya.

Apa yang sepatutnya berlaku, tidak boleh dihalang lagi daripada terus berlaku walaupun tubuh kita sedaya upaya cuba menahannya.

Kita pun mengawal dan mengawal diri agar bunyi tidak terhasil, membocorkan rahsia siapa pemiliknya. Selepas lega kerana berjaya mengawal kadar bunyi, bau mula menular ke udara.

Dengan tenang kita pun cuba buat-buat selamba, sambil menunggu reaksi orang lain dengan rasa bersalah - dengan harapan agar orang lain tidak mengesyaki bau itu milik kita.




Hakcipta iluminasi.com (2017)