Oleh pada 12 Nov 2022 kategori

Ketampanan wajah memanglah sesuatu yang subjektif. Ada orang wajahnya mungkin taklah menarik pada kita, tetapi tetap digilai orang lain.

Kita pula sering merasakan wajah kita menarik, malangnya tak ada pula seorang pun terpikat kepada kita. Mungkin kita patut sedar diri dan menerima hakikat, realitinya wajah kita kurang kacak berbanding apa yang kita andaikan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kurang kekacakan memang menyulitkan hati! Apatah lagi bila ada orang lain berterus terang memperakui kita memang bukan taste dia dengan ayat yang menyucuk hati. Namun jika difikirkan ada juga faedah kita ni kurang kacak, jika dibandingkan dengan orang lain yang yang diberikan wajah lebih menawan semua.

1. Orang takut dengan kita

wajah garang ditakuti dan dihormati

Abang diatas handsome sebenarnya. Garang dan handsome.

Satu anugerah paling bermakna bagi seseorang yang kurang kacak serta mempunyai riak muka yang bengis, garang dan menghampiri muka 'pecah rumah' - wajah kita membuatkan orang lain takut dengan kita.

Takut bukanlah bermakna takut seperti nampak hantu, tetapi takutnya merujuk kepada kegelisahan orang lain untuk cari pasal dengan kita. Apabila orang lain perlu berhati-hati hanya disebabkan penampilan kita, kita jarang diganggu anasir jahat seperti kaki pau, kaki pukul, pemeras ugut dan sebagainya.

Nak berjalan di tempat sunyi pada waktu malam gelap pun orang tak tegur, siap orang lain cuba elakkan bertembung dengan kita walhal hati kita baik dan kita sebenarnya sangat periang, siap ada teddy bear lagi di rumah.

2. Tak diganggu gadis gatal

bintang kpop peluk gadis bertudung

Gadis-gadis zaman sekarang semakin ramai yang maaflah - hilang maruah diri, sehingga sanggup mencium dan memeluk selebriti pujaan mereka walaupun mereka sedar perbuatan itu berdosa.

Semuanya berlaku kerana dua sebab - tarikan populariti dan ketampanan wajah lelaki lain.

Seseorang yang tidak mempunyai paras rupa yang kacak harus bersyukur mereka mempunyai pelindung diri yang berkesan menjauhkan diri mereka daripada gadis-gadis gatal dan merenyam, sehingga gadis-gadis seperti ini tidak sama sekali mahu menggedik-gedik dengan anda.

Anda terpelihara daripada terjebak dengan godaan gadis-gadis tidak beretika seperti ini, membolehkan anda menumpukan masa anda sepenuhnya kepada aktiviti yang anda gemari. Dosa pun tak dapat.

3. Buat benda baik orang lain mudah kagum

orang kurang kacak melakukan kebajikan

Anda perasan tak - ada perbezaan yang ketara dalam cara sebahagian besar masyarakat kita menilai perbuatan seseorang. Kita sebenarnya toleran meraikan kejayaan mereka yang tak kacak.

Tak perasan ke?

Kita ambil contoh mudah, tolong mengutip sampah. Sekiranya seseorang yang kacak cuba membantu mengutip sampah di tempat awam, pasti ada yang akan menuduh dia menunjuk-nunjuk. Tetapi kalau muka pecah rumah buat benda baik ni, orang kita akan puji melambung-lambunglah walaupun bendanya mudah saja pun.

Samalah seperti seorang yang kacak dan tidak kacak berjaya sama-sama menamatkan pengajian dengan kelulusan serupa. Anda rasa pihak mana dilihat berjaya mencapai kejayaan lebih besar? Yang tak kacak!

Berwajah kacak meletakkan pemilik wajah itu dalam penanda aras lebih tinggi di pandangan masyarakat. Bila handsome, kejayaan-kejayaan kecil ni orang tak pandang kerana automatik orang ramai anggap anda boleh lakukan lebih lagi.

Bagi yang kurang kacak, anda buatlah apa pun asalkan perbuatan anda murni, orang ramai lebih mudah meraikan apa saja usaha kejayaan anda. Ini kerana persepsi orang ramai cenderung memandang rendah anda.

Situasi itu jika bijak dimanfaatkan, adalah kelebihan buat anda. 

4. Anda lebih tenang dalam hidup

orang kurang kacak banyak masa sendiri

Mungkin anda sering memikirkan bagaimana nak memperbaiki penampilan.

Mungkin juga hidup anda dihantui beribu persoalan apabila menyedari anda kurang kacak, melihat hidup orang yang lebih kacak dengan rasa iri hati.

Dalam perspektif berbeza, kurang paras rupa sebenarnya memberikan anda banyak masa untuk anda menjadi anda. Anda bebas menjadi personaliti anda yang sebenar di depan orang ramai tanpa perlu 'control macho' atau 'act cool.'

Kebabasan yang anda ada membolehkan anda melakukan perkara yang anda suka, ketika menjadi siapa yang anda sebenarnya.

Oleh kerana kecenderungan masyarakat untuk 'tidak menghiraukan' mereka yang kurang kacak berbanding yang ada rupa, anda juga akan memperolehi sikap berdikari sendiri kerana tahu hanya dengan sikap sebegitulah anda boleh terus memajukan diri.

Orang kurang kacak, sebenarnya kurang bergantung dengan orang lain. Betul kan?

5. Anda akan menemui wanita sejati untuk anda

muka pecah rumah cinta sejati

Tarikan fizikal memang menjadi salah satu faktor penting semasa awal pertemuan. Faktor ini menyebabkan ramai menyimpan tanggapan wajah kurang kacak mengakibatkan peluang kita bertemu jodoh menurun.

Maaflah. Tanggan itu memang benar. Tetapi ada sinarnya juga! Kita semua tahu manusia semulajadi tertarik dengan seseorang yang dia rasakan 'cantik.'

Tetapi kekacakan tak kekal lama pun. Sampai ke satu peringkat usia bila mana usia telah mengurangkan tarikan yang ada dan kita sendiri sibuk nak mengurus penampilan kita, kelebihan yang sebelum itu ada akan luntur.

Apa yang penulis cuba sampaikan di sini? Anda mungkin tidak kacak dan anda rasa frust gila nak cari pasangan kerana 'kesukaran' itu.

Tetapi sekiranya ada perempuan yang jatuh hati dengan anda, anda boleh yakin dia jatuh hati dengan seikhlas-ikhlasnya - bukan hanya kerana tarikan fizikal semata-mata.

Dia mungkin suka anda disebabkan perwatakan, cara anda membuat dia ketawa atau apa saja yang dia rasa selesa dengan anda. Nasihat kami, seandainya anda tahu anda tak berapa kacak tetapi ada wanita minat anda - janganlah pula anda jual mahal pula. 

Kalau anda buat jual mahal, memang anda mengada-ngada. Dah terlepas, kami senyum dan kata padan muka.




Hakcipta iluminasi.com (2017)