Pada bulan Ogos 2015, Abdul Halim al-Attar ditangkap gambarnya sedang mendukung anak perempuannya berjalan di bandar Beirut. Dengan tangan kanan memeluk anaknya yang sedang tidur dan tangan kirinya menggenggam beberapa batang pen biru, beliau cuba mencari makan dengan menjual pen di jalanan.

Bekas seorang pembuat coklat di kota Damascus, ayah tunggal itu lari ke Beirut, Lebanon dari Syria selepas peperangan berlaku setiap hari di kawasan khemah di Yarmouk, sebuah daerah berdekatan Damascus pada tahun 2012. Yang lebih menyedihkan, beliau sebenarnya berasal dari Palestine, lari ke Damascus akibat perang di Palestine. Abdul Halim lahir dari Syria tetapi adalah seorang warganegara Palestine.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi abdul halim al attar jual pen syria5 623

"Peluru berpandu seolah seperti hujan dan kami tak tahu dari mana datangnya peluru tersebut," kata beliau. "Anak saya ketakutan mendengar bunyi kapal terbang, jet, jadi saya tahu saya terpaksa melarikan diri dari khemah kami ke Beirut."

Keadaan di Beirut walaupun tiada peperangan, sukar bagi pelarian seperti Abdul Halim. Beliau cuba mendapatkan kerja dibanyak tempat tetapi tidak banyak yang mahu menerima beliau kerana tidak mahu anak beliau menurut sama ke tempat kerja. Abdul Halim tak mahu meninggalkan anak beliau yang bernama Reem, 9 tahun sendirian.

iluminasi abdul halim al attar jual pen syria

Beliau terpaksa memilih untuk menjual pen kerana itu sahaja kerja yang mampu dilakukannya untuk menyara hidup mereka, walaupun imbuhannya tidaklah seberapa. Kemudian pada satu hari, seorang jurufoto amatur melihat Abdul Halim mendukung anaknya di jalan lalu mengambil gambar anak beranak tersebut.

iluminasi abdul halim al attar jual pen syria2

Gambar itu dimuat naik ke media sosial dan orang ramai mula memikirkan cara untuk membantu.

AMAUN KUTIPAN YANG MENGEJUTKAN

iluminasi abdul halim al attar jual pen syria8

Seorang jurnalis dan pembangun web yang berasal dari Norway bernama Gissur Simonarson mencipta satu akaun twitter dengan menggunakan nama akaun @buy_pens dan memulakan satu kempen untuk mengumpulkan $5000 bagi Abdul Halim dan keluarganya. 3 bulan kemudian, jumlah kutipan yang diperolehi mencecah lebih daripada $190,000 (RM827 ribu).

Semua ini dilakukan tanpa pengetahuan Abdul Halim, sehinggalah pada satu hari apabila aktivis dan jurnalis dari Lebanon bernama Carol Malouf Khattab (gambar di bawah) dan beberapa orang lain yang mahu membantu berjaya dalam pencarian, akhirnya mengetuk pintu rumah usang Abdul Halim untuk menyampaikan berita mengenai bantuan yang bakal mereka terima.

iluminasi abdul halim al attar jual pen syria3

Apabila diberitahu mengenai kisah bagaimana sejumlah wang berjaya dikumpul untuk membantu beliau, hati Abdul Halim retak. Dia mula mempersoalkan mengapa gambarnya diambil dan kenapa ada orang yang mahu membantu beliau sedemikian rupa.

Ini semua memalukan, pada dia kerana fotonya yang tersebar dia anggap mencemar maruahnya. Dia malu melihat gambar dirinya yang diambil dan dikongsi satu dunia kerana itu mengingatkan dia tentang kegagalannya memberikan hidup yang baik pada anaknya.

"Kenapa dunia mempedulikan tentang nasib saya?" tanya Abdul Halim. Memori menjadi pelarian perang akibat pertempuran yang membuatkan hidupnya berubah seolah tidak mahu melonggarkan cengkamannya.

KEHIDUPAN BERUBAH

iluminasi abdul halim al attar jual pen syria4 593

Gissur Simonarson melantik Carol Malouf sebagai orang tengah untuk menyampaikan bantuan yang telah dikumpul. Berbekal $65,000 daripada jumlah terkumpul yang ada, Abdul Halim menggunakan wang tersebut untuk membuka sebuah kedai roti, kebab dan restoran kecil, serta menggajikan 16 orang pelarian Syria yang tinggal di Beirut. $25,000 daripada wang tersebut dihantarkan ke Syria untuk membantu rakan dan sanak saudara di sana.

Anak lelaki Abdul Halim, Abdulellah yang berumur 9 tahun mula kembali bersekolah selepas tergantung 3 tahun pendidikan dan mereka bertiga mampu tinggal di sebuah apartment dua bilik di sebuah bangunan tidak siap di bahagian selatan Beirut.

KRISIS TIMBUL

iluminasi abdul halim al attar jual pen syria4

Pada April 2016, sebuah rakaman video menunjukkan perbualan di antara Abdul Halim dan Carol Malouf di mana Carol didapati melontarkan kata-kata kesat kepada Abdul Halim. Setelah disiasat, didapati yang Abdul Halim menduduh Carol menahan duit lebihan dari jumlah yang diterima.

Menurut Simonarson, terdapat beberapa kali Abdul Halim cuba mengugut Carol dengan kata-kata yang kurang enak sehinggakan beliau terpaksa melawan tuduhan Abdul Halim. Dilaporkan yang Carol Malouf merasakan yang Abdul Halim banyak mensia-siakan wang yang telah diberikan sebanyak $90,000 kerana tidak nampak sebarang hasilnya. Carol memberikan alasan yang terlalu banyak pihak yang cuba mengambil kesempatan atas kesenangan Abdul Halim tetapi beliau juga mengakui yang duit kutipan itu tidak ada padanya.

Akibat krisis yang melanda, Simonarson terpaksa menceritakan perkara sebenar yang berlaku.

Kerana wujudnya syarat yuran pemprosesan, Indiegogo dan Paypal akan mengenakan caj sebanyak $20,000 (RM87,000) dari jumlah yang telah diterima. Ditambah lagi status kewarganegaraan Simonarson sebagai pemilik kepada akaun Indiegogo yang memulakan kempen itu, Abdul Halim berkemungkinan akan kehilangan lebih $50,000 (RM217 ribu) dari jumlah kutipan kerana nilai cukai di Norway adalah pada kadar 45%, jika dilakukan transaksi melalui akaun Simonarson.

Terdapat beberapa masalah yang menimpa proses transaksi duit kerana Paypal tidak membenarkan pengkreditan berlaku terus ke Lebanon dan ini menyukarkan proses perpindahan wang ke Abdul Halim al-Attar.

Setakat ini tidak diketahui apa berlaku pada kepada lebihan $70,000 yang masih lagi dipegang oleh Simonarson dalam akaun Paypalnya.

iluminasi abdul halim al attar jual pen syria6

Walaupun kisah ini belum berakhir secara positif sepenuhnya, tetapi kisah bagaimana pengguna internet bergabung mengubah nasib seorang pelarian perang sehingga akhirnya berjaya memiliki 3 buah jenis perniagaan untuk membantu pelarian lain, patut dijadikan tauladan kita semua.

Sentiasa positif dan berusahalah menjadikan dunia lebih baik. Walaupun kisah ini sudah pun berlaku setahun yang lalu, tetapi kisah ini pasti akan dikongsi bersama, membuktikan kuasa media sosial dalam mengubah dunia ke arah yang lebih baik.Link Indiegogo




Hakcipta iluminasi.com (2017)