Status Singapura sebagai negara maju yang mempunyai tahap ekonomi yang mampan, tidak boleh kita nafikan - walaupun mungkin timbul rasa iri hati kita sebagai rakyat Malaysia yang berjiran dengannya.

Faktor gaji yang menarik turut sama mendorong rakyat kita bersusah payah setiap hari meredah kesesakan jalan, demi mendapatkan pendapatan yang lebih baik.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Mereka yang tergolong dalam kumpulan ini walaupun berdepan kesukaran- masih layak dikatakan beruntung, kerana kesusahan mereka hanyalah pada faktor masa dan tenaga.

Bagi kumpulan-kumpulan pembantu rumah warga asing yang hadir ke Singapura mencari sesuap nasi, layanan yang mereka terima sangat jauh berbeza - sehinggakan mereka pernah dibuat bukan lagi seperti manusia, tetapi ibarat barang yang sedang diniaga.

Pendedahan al-Jazeera pada tahun 2014

agensi pembantu rumah singapore

Pada bulan Jun tahun 2014, badan penyiaran Al-Jazeera melaporkan tentang kewujudan agensi-agensi pekerja pembantu rumah yang beroperasi di Bukit Timah Shopping Centre - menawarkan jualan pembantu rumah secara terbuka.

Apa yang membezakan agensi ini dengan agensi lain adalah kaedah operasi mereka.

Kedai-kedai yang disewa oleh agensi-agensi pekerjaan ini tidak segan-segan menjaja wanita-wanita asing daripada negara Filipina, Indonesia dan Myanmar ibarat barang dagangan yang akan dipilih dan dinilai oleh bakal majikan.

iklan pembantu rumah singapura

Kesemua agensi yang berniaga mempunyai modus operandi yang sama; mengarahkan wanita-wanita pekerja asing itu duduk menunggu pelanggan sepanjang hari tanpa melakukan apa-apa.

Bakal majikan yang hadir boleh memilih mana-mana yang mereka berkenan untuk dibawa pulang pada hari itu, sebagai pembantu rumah dengan kontrak dua tahun.

Sekiranya layanan yang mereka terima dipaparkan seperti produk tanpa mengambil peduli maruah mereka sudah patut dianggap buruk, kaedah pemasaran yang diamalkan agensi-agensi ini jauh lebih memalukan.

Nyawa ibarat barang dagangan

pembantu rumah dipamer seperti barangan

Apa perasaan anda jika anda diniagakan dan anda diletakkan dalam kumpulan yang diberikan diskaun tinggi? Pasti amat memalukan rasanya.

Itulah taktik pemasaran yang diguna pengelola agensi di kompleks beli belah ini, tidak malu untuk memberikan jaminan 'barang dagangan' mereka boleh ditukar pada bila-bila masa sekiranya majikan tidak berpuas hati.

Selain itu, ada juga agensi yang memberikan jaminan bahawa 'produk-produk' jualan mereka mempunyai kadar pulangan paling rendah berbanding pesaing.

Dengan hanya membayar SGD1, majikan boleh menukar pembantu rumah pilihan mereka kepada individu lain. Ini bagiadalah taktik agensi bagi meyakinkan majikan wujud tempoh jaminan yang melindungi pelaburan mereka.

Wanita-wanita malang itu juga akan dikategori dan diseterotaipkan mengikut negara asal mereka.  Pembantu rumah Filipina dikatakan lebih cerdik berbanding kumpulan lain.

Pembantu Myanmar dikatakan mempunyai sifat lemah lembut dan  perinmudah menuruttah sementara Indonesia pula malangnya dilabelkan sebagai 'kurang cerdik.'

Tidak peduli harga diri manusia

iklan pembantu rumahm

Selepas laporan Al-Jazeera itu dikeluarkan, Kementerian Sumber Manusia Singapura pantas mengeluarkan arahan agar mana-mana bentuk etika pengiklanan yang menjatuhkan imej pekerja asing diturunkan.

Amaran itu nasib baiklah dituruti agensi-agensi yang tidak bertanggungjawab. Tindakan pantas kerajaan itu turut mendapat reaksi positif daripada agensi lain yang perniagaan mereka mula terjejas, selepas taktik pemasaran kotor itu mula menyebabkan ramai majikan tertarik dengan tawaran murah yang dibuka.

Bagaimanapun, agensi-agensi tidak bertanggungjawab  di Singapura terus mencuba kaedah lain dalam 'memasarkan' produk mereka.

live training pembantu rumah singapura

Ruang tamu rekaan mula dibina dalam premis kedai dijadikan tempat di mana pembantu rumah boleh menunjukkan aksi mereka membersih.

Ada agensi menyediakan tempat letak tidur bayi, memaksa pembantu rumah yang ada memegang anak patung bayi dan berusaha menidurkannya di depan orang ramai yang lalu lalang.

Ada pembantu rumah diminta menolak kerusi roda sepanjang hari dalam premis, bagi membuktikan mereka berkemampuan menjaga warga tua.

Taktik licik jualan pembantu rumah atas talian

iklan 0embantu rumah singapura carousell

Hasil kawalan kerajaan Singapura ke atas agensi yang terlibat berjaya mengawal taktik pemasaran jijik yang diamalkan, namun ada yang masih tidak berhenti berusaha dengan kaedah baru.

Yang paling baru adalah melalui pengiklanan laman web.

Sebuah agensi pekerja asing telah disaman pada awal tahun 2019, selepas didapati memuatnaik iklan dalam laman web Carousell pada penghujung tahun 2018.

Iklan itu memaparkan wajah malang pembantu ibarat produk, siap dengan keterangan ringkas sikap positif pembantu itu serta harga yang dikenakan.

Selepas pesanan berjaya dibuat dan wang transaksi sudah dibayar - pembantu rumah yang sudah ditempah akan dilabelkan sebagai "sudah dijual" atau 'Sold' oleh agensi terbabit.

Bagi yang sudah ditempah, mereka akan dikategorikan sebagai 'sudah ditempah.' Yang baru hadir? Diletakkan di bawah kategori 'New' atau baru, sama seperti barangan biasa.

Pekerja syarikat agensi SRC Recruitment bernama Erleena Mohd. Ali mengaku salah atas semua tuduhan memuatnaik iklan tersebut dengan kebenaran majikannya pada pertengahan tahun 2019. Hasil tindakannya, Erleena didenda RM61,2000 dan majikannya pula didenda RM238,000 atas 45 kesalahan.

Agensi tersebut telah pun ditarik balik lesen perniagaan mereka. Tidak diketahui apa nasib Erleena serta pekerja-pekerja asing yang telah berjaya dijual melalui urusniaga dalam talian.




Hakcipta iluminasi.com (2017)