Anda mungkin tidak pernah mendengar nama Ah Long San, tetapi dia adalah salah seorang penjenayah paling terkenal di Singapura suatu masa dahulu. Ah Long San baru sahaja meninggal dunia pada penghujung bulan Ogos baru-baru ini.

Menurut laporan The Straits Times, lelaki itu dijumpai mati bersendirian dalam sebuah kereta dipercayai akibat daripada serangan jantung. Pihak polis telah mengesahkan lelaki berusia 62 tahun itu tidak bernyawa ketika ditemui di persimpangan Lorong 31 Geylang dan Sims Avenue pada Isnin 27hb Ogos dan disahkan meninggal dunia sebaik sahaja dihantar ke hospital.

BESARKAN TEKS     A-  A+

orang ramai hadir memberi penghormatan kepada ah long san

Orang ramai hadir memberi penghormatan terakhir kepada Ah Long San

Berikut adalah beberapa perkara menarik mengenai lelaki yang nama sebenarnya ialah Chua Tiong Tiong dan dikenali sebagai salah seorang penjenayah popular di negara jiran kita ini.

1. Dia menjalankan salah satu sindiket pinjaman wang haram terbesar di Singapura

gangguan oleh pengutip hutang

Ah Long San terkenal kerana menjalankan perniagaan pinjaman wang haram bernilai jutaan dolar Singapura pada tahun 1990-an. Dia juga dibantu oleh abangnya, Chua Tiong Chye dan lebih kurang 40 pekerjanya yang lain.

Dengan keuntungan lebih daripada SGD 500,000 sebulan pada waktu itu, Ah Long San juga menjalankan beberapa perniagaan lain seperti membuka pusat karaoke. 

2. Dia sering merasuah pihak berkuasa

ah long san 3

Selama lebih daripada sedekat lamanya Ah Long San berjaya mengelak daripada ditangkap oleh pihak polis dan Badan Pencegah Rasuah kerana sering merasuah beberapa orang di antara mereka.

Ah Long San dilaporkan sering membawa pihak berkuasa untuk berlibur di kelab malam dan memberi mereka hadiah seperti percutian mewah sebagai pertukaran maklumat mengenai serbuan atau pemantauan terhadap aktiviti haramnya.

Selain itu, dia juga memberikan sejumlah wang SGD 5,000 hingga 10,000 untuk pihak berkuasa yang berjaya memberikannya maklumat awal sebelum operasi penyebuan dilakukan, suatu jumlah yang agak besar pada tahun 90-an.

3. Dia membiaya seseorang belajar jurusan undang-undang untuk menyertai Polis

majlis diadakan di rumah mendiang ah long san

Majlis diadakan di kediaman mendiang Ah Long San

Pada tahun 1994, Ah Long San didakwa telah membiaya seorang lelaki untuk belajar jurusan undang-undang di United Kingdom dan telah memberi galakan agar lelaki itu untuk menyertai Pasukan Polis Singapura.

Lelaki yang dibiayai oleh Ah Long San itu menyertai Pasukan Polis Singapura dan naik sehingga ke pangkat Timbalan Superintendent pada usia hanya 29 tahun. Pada tahun 2000, pegawai polis itu telah ditangkap dan dipenjara selama 18 bulan kerana membantu Ah Long San dalam aktiviti haramnya itu.

4. Pemandu peribadinya sendiri yang membuatkan Ah Long San ditangkap

ah long san 2

Akhirnya, ia hanya memerlukan seorang individu sahaja untuk menjatuhkan empayar Ah Long San. Pada awalnya, pemandu peribadi Ah Long San iaitu Ah Gee telah mengangkat sumpah untuk merahsiakan segala aktiviti jenayah majikannya itu.

Namun, usaha berterusan daripada Badan Pencegah Rasuah untuk mendapatkan kepercayaan Ah Gee berbaloi apabila pemandu peribadi yang suatu masa dahulu telah membocorkan rahsia dan memberikan maklumat yang diperlukan untuk melakukan penangkapan ke atas penjenayah terkenal itu.

5. Dia melarikan diri daripada menerima hukuman

ah long san bersama peguamnya

Ah Long San bersama peguamnya

Ah Long San telah disiasat oleh pihak berkuasa kerana menjalankan aktiviti pinjaman wang haram sejak dari tahun 1995 lagi. Namun, pada tahun 1999 barulah dia dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan atas kesalahan yang dilakukannya itu.

Dia dikenakan ikat jamin sebanyak SGD 550,000 dan membayarnya tetapi melarikan diri dan menjadi buruan polis ketika masih dalam ikat jaminnya. Setelah dua tahun bersembunyi, Ah Long San akhirnya menyerah diri pada tahun 2001.

6. Dia dipenjarakan bersama-sama dengan pegawai polis yang dirasuahnya

penjara di singapura

Ah Long San dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun kerana merasuah penguat kuasa dari tahun 1997 hingga 1998. Selain dia, 10 anggota polis yang terlibat juga dikenakan hukuman penjara atas kesalahan rasuah.

Antara 10 orang penguat kuasa yang dijatuhkan hukuman penjara itu, seorang daripada mereka adalah berpangkat Timbalan Superintendent manakala tiga orang lagi berpangkat Inspektor. Kesemua anggota polis yang menerima rasuah itu ditempatkan di penjara yang sama dengan Ah Long San.

Rujukan:

1. Business Insider

2. Must Share News

3. The New Paper SG




Hakcipta iluminasi.com (2017)