Kutub Utara dan Kutub Selatan adalah antara 2 kawasan di muka Bumi ini yang belum dieksplorasi sepenuhnya. Begitu banyak misteri yang terdapat di kawasan ini yang belum dapat dirungkaikan oleh para saintis sepenuhnya. Cuaca sejuk yang ekstrim menjadikan keadaan lebih mencabar. 

Pada tahun 1890, Sweden merupakan negara pertama yang bercita-cita untuk mempunyai eksplorasi ke Kutub Utara. Cubaan demi cubaan gagal sehingga menyebabkan seorang jurutera, S.A. Andress ingin mencuba kaedah yang berbeza pula untuk menjayakan projek eksplorasi ke Kutub Utara tersebut.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tentangan daripada pelbagai pihak

ekspedisi kutub utara

S.A. Andree telah mencadangkan penggunaan belon panas sebagai medium pengangkutan bagi tujuan eksplorasi tersebut. Ternyata ideanya yang pelik ini tidak disenangi pelbagai pihak. Walau bagaimanapun, beliau mendapat sokongan daripada pencipta dinamit, Alfred Nobel dan Raja Sweden ketika itu, Oscar II.

Kebiasaannya, eksplorasi ke sesuatu kawasan seperti Kutub Utara perlu menggunakan kapal memandangkan jarak perjalanan yang jauh dan tempoh masa perjalanan yang begitu panjang. 

S.A. Andree walau bagaimanapun mempertahankan ideanya itu dengan alasan bahawa penggunaan belon panas hanya akan melibatkan sedikit sahaja jumlah krew berbanding dengan jumlah krew kapal. Oleh itu, sekiranya kejadian yang tidak diingini terjadi, hanya sedikit jumlah mangsa yang terkorban termasuk dirinya.

Disebabkan penggunaan belon panas terhad kepada beberapa orang penumpang sahaja, maka beliau perlu memastikan krew yang dipilih untuk menyertai eksplorasi bersamanya itu mestilah seorang yang pakar dalam sesuatu bidang.

Pada awalnya, beliau telah memilih salah seorang rakan baiknya, Nils Strindberg seorang Professor Fizik dan Nils Ekholm, seorang ahli metereologi yang berumur 47 tahun. Termasuk dirinya, hanya 3 orang sahaja yang akan terlibat dalam eksplorasi yang dianggap mustahil ini.

Cabaran demi cabaran

ciptaan belon panas

Bukan mudah untuk mencipta belon panas yang perlu bergerak beribu-ribu kilometer jauhnya. Persoalan lebih penting, mampukah belon ini bertahan dengan cabaran suhu dan cuaca sekeliling? Adakah cukup bekalan gas hidrogen yang dibawa untuk terbang dari Denmark ke Kutub Utara dan kembali semula?

Bahagian belon diperbuat daripada kain khas bersama campuran gelatin bagi memastikannya benar-benar tahan lasak dan tidak mudah koyak. Selain itu, pasukan ini juga menghadapi kesukaran mengumpulkan dana bagi meneruskan projek ini memandangkan tidak ramai yang yakin ianya akan berjaya.

Keadaan bertambah teruk apabila salah seorang daripada anggota pasukan ini, Nils Ekholm telah menarik diri memandangkan beliau tidak yakin bahawa ekspedisi ini akan berjaya dan sangat berisiko tinggi. Tempatnya kemudian telah diganti oleh Knut Frankel, seorang jurutera yang hanya berumur 27 tahun.

Pelbagai cabaran demi cabaran telah dihadapi oleh S.A. Andree dan pasukannya sebelum akhirnya ekspedisi ini menjadi realiti. Pada tarikh 11 Julai 1897, mereka akhirnya berlepas bagi memulakan ekspedisi yang dianggap mustahil ini.

Bergantung pada arah dan kekuatan tiupan angin, perjalanan mereka ke Kutub Utara Utara dijangka mengambil masa sekitar 30 hingga 60 jam. Selepas berlepas, tidak kedengaran lagi berita mengenai mereka ini. Walau bagaimanapun, kisah mereka ini tidak hanya tamat disini.

Penemuan mengejutkan selepas 33 tahun

tragedi belon panas

33 tahun kemudian, sekumpulan ahl geologi telah mendarat di sebuah pulau yang kini dikenali sebagai Kvitoya. Mereka menemui sesuatu yang mengejutkan - serpihan tulang-tulang manusia bersama-sama beberapa buah jurnal.

Jurnal ini dijumpai itu dalam keadaan basah dan tulisan di dalamnya tidak begitu jelas. Namun setelah mengeringkannya dan usaha pemuliharaan dilakukan terhadap junal tersebut, barulah mereka sedar ianya adalah milik pasukan daripada Sweden yang dilaporkan hilang semasa melakukan ekspedisi ke Kutub Utara dengan menaiki belon panas.

Jurnal ini merupakan catatan kumpulan ini sewaktu melakukan ekspedisi ini. Dalam tulisan yang ditemui, pasukan ini dikatakan telah selamat mendarat di satu kawasan yang tidak dikenalpasti. Dianggarkan jarak mereka ke Kutub Utara adalahn sejauh 500 kilometer.

Selepas itu, dengan menggunakan "sledges", mereka telah menarik barang-barang yang dibawa. Keadaan ketika itu digambarkan sangat ekstrim dengan suhu yang terlampau sejuk dan kepenatan yang teramat sangat. Mereka meneruskan hidup dengan memakan daging beruang kutub yang diburu.

Nils Strindberg, salah seorang anggota pasukan ekspedisi ini juga telah menulis surat kepada tunangnya yang memberitahu beliau berada dalam keadaan baik dan meminta tunangnya tidak khuatir akan dirinya. Beliau juga turut berjanji akan pulang segera.

Satu minggu kemudian, pengiraan yang dilakukan menunjukkan mereka sebenarnya sudah tersasar jauh daripada kem yang menjadi destinasi tempat berehat mereka. Cuaca juga dikatakan semakin menurun dan makanan makin sukar ditemui. Tulisan dalam jurnal itu kemudiannya bersambung sehingga tarikh 8 Oktober dimana tulisan milik Andree menyatakan cuaca semakin buruk,

Teka-teki mengenai sebab kematian

beruang kutub 703

Knut Frankel and Nils Strindberg (kanan) bersama beruang kutub yang diburu mereka

Tulisan akhir yang tercatat dalam jurnal tersebut ditulis oleh Nils Strindberg pada tarikh 17 Oktober. Beliau hanya menulis “Home 7:05 a.m.”.

Tidak dapat dipastikan apakah sebab utama kematian ketiga-tiga individu ini. Antara teori yang popular menyebabkan kematian mereka ini adalah dehidrasi, serangan beruang, keracunan makanan akibat memakan daging beruang, pengambilan candu berlebihan (biasanya digunakan sebagai penahan sakit pada kaki) dan sebagainya.

Mayat Andree telah ditemui oleh pasukan geologi ini dalam keadaan beku dan masih memakai but. Walau bagaimanapun, kepalanya telah hilang dan daging pada bahagian perut ke atas juga telah hilang dipercayai telah dimakan binatang buas.

Kredit:

  1. The New Yorker
  2. The New York TImes
  3. Wikipedia
  4. NPR



Hakcipta iluminasi.com (2017)