Zoo adalah antara salah satu tempat menarik untuk dikunjungi, terutamanya bagi kanak-kanak. Biasanya apabila anda ke zoo, anda akan dapat melihat pelbagai haiwan melakukan aktiviti harian.
Jika anda bernasib baik, anda dapat melihat haiwan-haiwan seperti harimau dan singa diberi makan.
Kadang-kala, kakitangan zoo diserang malah dibunuh oleh haiwan liar, namun ia adalah lumrah sebagai pekerja zoo.
BESARKAN TEKS A- A+
Lebih mengejutkan, terdapat beberapa kes di mana para pengunjung juga tidak terlepas daripada bahaya ini.
iluminasi.com kongsikan 6 kes lawatan ke zoo yang berakhir dengan tragedi.
1. Maqsood
Seorang lelaki berusia 20 tahun yang tinggal di Delhi, India dan hanya dikenali dengan nama Maqsood, sangat obses dengan harimau sejak dia mengunjungi Zoo Delhi pada Jun 2014.
Selepas Maqsood kehilangan pekerjaannya sebagai penghantar barang, dia akan melawat zoo itu pada sebelah petang, memberitahu ibunya dan isterinya hamil bahawa dia sedang mencari kerja.
Pada 24 September 2014, Maqsood melawat salah satu pameran kegemarannya di Zoo Delhi iaitu pameran harimau putih.
Maqsood dilihat bersandar di dinding tembok dan diperingatkan oleh pengawal untuk tidak berbuat demikian.
Apabila pengawal menoleh ke arah lain, Maqsood tiba-tiba jatuh ke dalam kandang harimau dan mendarat 15 kaki di dalam parit kandang.
Beberapa minit kemudian, Vijay, seekor harimau putih betina berusia 7 tahun berukuran 6 kaki dan berat melebihi 200 kilogram mendekati Maqsood.
Sebaik sahaja Maqsood duduk bertinggung, tidak dapat dipastikan sama ada merayu atau berdoa, harimau betina tersebut mengigit leher dan menyeretnya ke hujung kandang.
15 minit selepas menyeret Maqsood, pegawai zoo dapat mengumpan Vijay ke kawasan lain dalam kandang dengan menggunakan daging.
Malangnya, ia sudah terlambat untuk Maqsood di mana dia mati akibat cedera parah. Selepas kematiannya, kehadiran pengunjung zoo tersebut meningkat dan pameran harimau menjadi sangat popular.
Vijay masih di zoo yang sama dan kakitangan mengatakan ia bukanlah pemangsa manusia, tetapi masih diawasi dengan ketat.
2. Jayaprakash Bezbaruah
Pada 19 Disember 2007, Jayaprakash Bezbaruah yang berusia 50 tahun mengunjungi Zoo Assam State di Guwahati, India, bersama isteri dan dua orang anaknya.
Untuk mengambil gambar 2 ekor harimau Bengal, Jayaprakash tidak mengendahkan amaran dari para pengawal dan memanjat halangan yang ada.
Sebaik sahaja dia mendekati kandang, Jayaprakash memasukkan tangannya di antara tiang besi untuk mengambil gambar.
Tiba-tiba, 2 ekor harimau mencapai lalu mengoyakkan lengannya di hadapan keluarganya serta para pengunjung lain.
Jayaprakash berjaya dilepaskan dengan bantuan dan kemudiannya digegaskan ke hospital namun meninggal dunia akibat kehilangan banyak darah.
3. Carlos Eduardo
Kejadian ini berlaku sebaik selepas Zoo San Francisco tutup pada Hari Krismas tahun 2007.
Carlos Eduardo yang berusia 17 tahun bersama rakan-rakannya yang merupakan adik beradik iaitu Paul dan Kulbir Daliwal, menghabiskan petang mereka di zoo tersebut.
Ketika mereka sedang berjalan untuk keluar daripada zoo, mereka melepasi sebuah kandang harimau. Dipercayai bahawa 3 remaja ini melakukan provokasi terhadap harimau Siberia berusia 4 tahun yang diberi nama Tatiana.
Harimau seberat 200 kilogram tersebut kemudiannya melompat keluar dari kandanganya melepasi tembok 12 setengah kaki.
Sebaik sahaja berjaya keluar, Tatiana menyerang Paul. Carlos dan Kulbir cuba untuk menarik perhatian haiwan itu untuk melepaskan Paul.
Dan apabila mereka berbuat demikian, Tatiana menerkam Carlos. Adik-beradik Dhaliwal kemudiannya berlari mendapatkan bantuan di sebuah kafe berhampiran.
Selepas membunuh Carlos, Tatiana mengikut kesan darah yang ditinggalkan oleh Paul. Ia mengesan sejauh hampir 300 meter dan apabila ia menemui mereka, kini giliran Kulbir pula untuk diterkam.
Pihak polis sampai ke tempat kejadian beberapa minit kemudian dan terpaksa membunuh Tatiana. Paul dan Kulbir Dhaliwal terselamat daripada insiden itu.
4. David Wasson
Pada 3 September 1977, David Wasson berusia 6 tahun dibawa bapanya melawat ke Miami Serpentarium.
David dan ayahnya berhenti di sebuah kandang buaya di mana kanak-kanak itu diletakkan di atas tembok kandang, supaya dia dan ayahnya dapat melontarkan anggur kepada buaya.
Ketika ayah David berpusing ke belakang untuk mendapatkan lebih banyak anggur, David tiba-tiba jatuh ke dalam kandang tersebut.
Seorang pengawal yang menyaksikan kemalangan itu mengatakan bahawa Cookie, buaya Afrika 3.65 meter, bertindak balas dengan serta-merta.
Dari jarak 3 meter, buaya tersebut menyerang David dan mencapai rahangnya ke dada David.
Cookie mula menggoncangkan dan menghantukkan kepala David ke dinding. Seorang lelaki kemudiannya melompat ke dalam lubang untuk menyelamatkan kanak-kanak malang itu.
Lelaki itu berjaya berpaut pada David, tetapi Cookie masih memegang David dengan rahangnya yang kuat.
Tidak berdaya melawan, lelaki itu diseret ke arah air yang dipenuhi buaya ketika Cookie mengheret David ke dalam air, jadi dia terpaksa melepaskan kanak-kanak itu.
Sebaik sahaja memasuki air, buaya tersebut menenggelamkan David selama hampir 6 minit dan hanya melepaskan badan David selepas matanya dicucuk.
Dalam perjalanan ke hospital, David disahkan meninggal dunia. Pemilik taman buaya tersebut sangat terkejut dengan kejadian tersebut di mana dia terpaksa menembak Cookie sebanyak tujuh kali, membunuh reptilia itu sejam kemudian.
5. Juan Perez
Pada 19 Mei 1987, Juan Perez yang berusia 11 tahun dan dua rakannya melawat Zoo Prospect Park di Brooklyn, New York selepas zoo itu sudah ditutup untuk hari tersebut.
Kira-kira jam 7.00 petang, ketiga-tiga mereka mula mencabar antara satu sama lain untuk berenang di beberapa kandang haiwan yang ada.
Sebagai permulaan, mereka berenang di parit air pameran anjing laut, namun itu tidak cukup berani membuatkan mereka memutuskan berenang di dalam kandang beruang kutub.
Ketiga-tiga mereka membuka pakaian namun dua lagi memutuskan untuk tidak terjun. Bagi memaksa rakan-rakannya untuk masuk ke dalam kandang , Juan mencampakkan baju mereka ke dalam parit air dalam kandang beruang tersebut.
Bunyi bising membuatkan dua ekor beruang kutub terjaga, yang mana kedua-duanya berketinggian 2.4 meter dengan berat mencecah 400 kilogram.
Ketika Juan menyelinap masuk ke dalam air, beruang-beruang tersebut menghampirinya. Juan yang "berani" itu tidak memanjat keluar tetapi melakukan provokasi terhadap beruang itu.
Ini menyebabkan seekor lagi beruang menggigitnya di bahu dan menyeret Juan. Apabila Juan diseret, dia menjerit kepada kawan-kawannya, "Pergi dapatkan bantuan! Beruang ini gigi saya dengan sangat kuat!".
Dua sahabat Juan kemudiannya menjerit meminta bantuan dan kemudian bersembunyi. Polis tiba beberapa minit kemudian, tetapi mengambil masa 20 minit untuk mendapatkan kunci zoo itu.
Apabila mereka tiba di kandang beruang kutub, mereka melihat 2 beruang itu sedang berebutkan cebisan badan Juan.
Polis diberitahu bahawa terdapat beberapa lagi kanak-kanak di kandang beruang itu dan mereka dapat melihat pakaian kanak-kanak itu terapung di parit.
Polis berasakan bahawa mereka tidak mempunyai pilihan selain melepaskan 20 das tembakan, membunuh kedua-dua beruang itu.
Sejurus selepas 2 beruang tersebut mati, pihak polis mendapati bahawa 2 lagi kanak-kanak tersebut terselamat kerana tidak masuk ke kandang beruang.
6. Maddox Derkosh
Pada 4 November 2012, Maddox Derkosh yang berusia 2 tahun dibawa ibu bapanya melawat pameran anjing di Zoo Pittsburgh.
Maddox diletakkan di atas pagar oleh ibunya dan dia secara tidak sengaja terjatuh. Maddox terjatuh di atas jaring keselamatan yang dipasangkan, namun tetapi saksi berkata bahawa Maddox melantun 2 kali dan kemudiannya jatuh ke dalam kandang.
11 ekor anjing-anjing tersebut yang sangat pantang kawasan diceroboh, dengan pantas menerkam kanak-kanak lelaki itu. Walaupun penjaga zoo berada di kawasan sekitar, tiada apa yang boleh mereka lakukan.
Dan sebaik sahaja mereka dapat bertindak, Maddox dikatakan telah mati. Salah seekor anjing tersebut terpaksa ditembak kerana tidak melepaskan mayat Maddox.
Selepas tragedi itu, pihak zoo memberikan anjing-anjing tersebut kepada pihak lain. Ibu bapa Maddox mengambil tindakan undang-undang terhadap Zoo Pittsburgh dan peguam zoo tersebut berkata Maddox mati disebabkan kesalahan ibunya.
Kes di antara keluarga Derkosh dan Zoo Pittsburgh selesai pada bulan Jun 2014.
Rujukan:
1. USA Today
2. Google News
3. NY Times