Apakah yang akan berlaku, jika selatan adalah utara, dan utara adalah selatan, seperti yang berlaku 780,000 tahun dulu? Ketika berlaku pertukaran tersebut, bumi tidak pun musnah.
Namun, apa yang bakal berlaku kepada kehidupan kita yang sangat bergantung kepada teknologi canggih zaman kini?
Adakah gangguan elektromagnetik ini akan membunuh kita? Adakah radiasi solar menjadikan bumi mustahil untuk didiami?
BESARKAN TEKS A- A+
Ini yang akan berlaku jika kutub magnet bumi tiba-tiba bertukar tempat.
Tapi, bukankah ia sudah pernah berlaku?
Daya geomagnetik bumi berubah
Medan magnet bumi sudah wujud sekurang-kurangnya 4.2 bilion tahun dan berfungsi sebagai pelindung kepada radiasi kosmik yang mampu membakar dan meletupkan bumi. Medan kutub utara dan selatan biasanya bertukar-tukar kedudukan setiap 200,000 hingga 300,000 tahun.
Namun kedua-dua kutub ketika ini kekal di tempat yang sama untuk tempoh 780,000 tahun. Dan jika ia tiba-tiba bertukar, perlukah kita bersedia menghadapi akibatnya? Tapi jangan risau, kita takkan lenyap dari bumi, tetapi bumi akan berubah daripada yang kita alami sekarang.
Pertukaran di antara kutub-kutub ini tak akan membuatkan medan geomagnetik lenyap, namun 10% daripada daya geomagnetik yang ada ketika ini akan hilang. Ini akan menyebabkan segalanya yang wujud di atas muka bumi terdedah kepada radiasi.
Zarah panas dari cahaya matahari tembusi lapisan ozon bumi
Tapi bukankah kewujudan atmosfera masih mampu melindungi kita? Ya benar tetapi dengan medan magnet yang lemah membuatkan zarah-zarah yang tersangat panas daripada matahari menusuk dan menembusi lapisan ozon bumi.
Ia menyebabkan radiasi ultraungu yang berlebihan memasuki bumi lalu merosakkan tisu-tisu badan kita dan menyebabkan berlakunya mutasi. Apabila ini terjadi, kanser kulit akan menjadi sesuatu yang sangat biasa.
Adakah teknologi yang ada akan terancam? Zarah-zarah solar akan menghancurkan komponen elektronik sensitif yang ada pada satelit. Ini akan menyebabkan segala sistem komunikasi gagal berfungsi.
Bekalan elektrik terputus
Ia juga menyebabkan aliran elektrik terhenti kerana pencawang elektrik bergantung kepada sistem masa satelit, di mana jika satu pencawang rosak, semua gagal berfungsi.
Secara tak langsung, bumi akan mengalami kegelapan yang mampu bertahan untuk berpuluh-puluh tahun. Dengan ini anda tak mampu untuk mengecaj telefon pintar atau menggunakan komputer, membuatkan anda hidup seperti di zaman batu.
Bukan itu sahaja, malah najis yang dibuang dalam tandas anda juga tidak dapat dilenyapkan dan akan naik semula walaupun di "flush" kerana kebanyakan sistem pembentungan bergantung kepada sumber elektrik untuk menguruskan sisa buangan.
Sesetengah haiwan terjejas
Selain itu, beberapa kawasan di bumi menjadi mustahil untuk didiami akibat terdedah kepada sinar ultraungu yang tinggi.
Bagaimana pula dengan haiwan, adakah akan terjejas juga? Sesetengah daripada spesis haiwan akan terjejas, seperti burung-burung yang berhijrah, penyu, ikan paus, lebah dan salmon.
Ini kerana haiwan-haiwan ini menggunakan magnetoreception untuk menavigasi, dan jika utara berubah menjadi selatan, mereka akan menjadi keliru.
Menurut kajian, daya medan geomagnetik bumi menjadi semakin lemah dalam tempoh 160 tahun yang lalu dan para saintis pertukaran kedua-dua kutub ini akan berlaku dalam masa kurang 1,000 tahun lagi.
Walaupun ia takkan berlaku secara serta-merta namun ketika keduanya bergerak, medan magnetik bumi akan terjejas untuk berabad lamanya.
Rujukan :
1. Live Science
2. Science ABC
3. What if