Oleh pada 25 Sep 2017 kategori

Sumber foto: Facebook.com/penangkini

Seorang daripada peserta program realiti Clever Girl Malaysia musim kedua, Kiera nekad untuk menarik diri daripada pertandingan tersebut pada episod Jumaat lepas.

Pemilik nama sebenar Noor Syakirah Mohd Azam (27 tahun) yang berasal dari Pulau Pinang itu memberitahu tentang keputusannya itu menerusi Instagramnya pada hari sama.

Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Permintaan Kiera untuk tidak lagi meneruskan dan membabitkan diri dalam rancangan Clever Girl Malaysia musim kedua dipermudahkan dengan pembebasan Kiera daripada sebarang kontrak yang mewajibkan Kiera untuk membabitkan diri dengan program tersebut.


Kepada penyokong Kiera, Kiera minta maaf tetapi Kiera dah fikir masak-masak dan dah sampaikan keputusan Kiera dan sebab-sebab Kiera ingin menarik diri kepada penerbit dan Kiera yakin ini jalan terbaik buat diri Kiera.

Namun, Kiera yang juga memiliki ijazah dalam jurusan Sains Kejuruteraan dari Universiti Oxford, England itu enggan mengulas lanjut akan tindakannya itu.

Maaf, saya tidak dapat memberi apa-apa komen dan penjelasan kerana sudah berjanji dengan pihak produksi.


Namun keputusan yang saya ambil ini adalah satu keputusan yang rasional untuk diri saya setelah berfikir masak-masak.

Sumber berita: Utusan Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)