Oleh pada 14 Jun 2018 kategori

Kredit foto: Facebook Buletin TV3

Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin akan meletakkan jawatan masing-masing berkuatkuasa 31 Julai ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan semalam, mereka telah menghantar surat perletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada 7 Jun lalu.

Perletakan jawatan itu telah diperkenankan oleh Yang-di Pertuan Agong pada 8 Jun lalu dan ia dimaklumkan melalui surat Setiausaha Sulit, Bahagian Urusan Diraja, Istana Negara bertarikh 11 Jun lalu.

Tambah kenyataan itu lagi, Tun Raus dan Tan Sri Zulkefli telah berjumpa dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 15 Mei lalu dan menyampaikan hasrat mereka untuk berundur. 

Sumber:

1. Facebook Berita TV9

2. Facebook Buletin TV3

3. Facebook Bernama Radio

Penafian: Semua maklumat berita di atas adalah hak milik sumber yang dinyatakan. Pihak kami hanya berkongsi sebahagian kandungan yang dikemaskini menerusi media sosial sumber berkenaan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)