Kredit foto: Instagram Zarina Zainuddin

Pelakon Zarina Zainuddin baru-baru ini telah menerima kecaman hebat gara-gara membuka hijab demi menjayakan watak terbarunya dalam drama rantaian 100 episod, Dendam Aurora - yang kini sedang menjalani penggambaran.

Dalam penjelasan Zarina sebelum ini, beliau mengakui kesilapannya dan meminta peminat faham akan dirinya yang masih dalam proses memperbaiki diri.

Bagaimanapun dalam perkembangan terbaru, ketika dihubungi pelakon tersebut memberitahu telahpun menarik diri daripada drama berkenaan. 

Ujar Zarina, dia mengambil tindakan tersebut setelah berfikir panjang dan menilai semula keputusan yang diambil sebelum ini.

kesal buka tudung zarina zainuddin tarik diri 2

Kredit foto: Instagram Zarina Zainuddin

Kak Ina sudah berbincang dengan penerbit dan alhamdulilah, kakak tak jadi teruskan ambil watak tersebut. Kakak tolak cara baik dan terangkan pada penerbit. Penerbit pun faham situasi yang Kak Ina lalui sekarang ini. Berkenaan dengan babak yang dah shoot tu, mereka akan reshoot semula dan watak akak akan digantikan dengan orang lain.

Sumber: Media Hiburan

Pelakon berusia 46 tahun tersebut yang juga ibu kepada empat orang anak merakamkan ucapan terima kasih kepada penerbit dan pihak produksi 'Dendam Aurora' yang memahami keadaan dirinya.

kesal buka tudung zarina zainuddin tarik diri 3

Kredit foto: Instagram Zarina Zainuddin

Terima kasih kepada semua. Doakan Kak Ina dapat cari rezeki untuk anak-anak. Kami harapkan duit pulut kuning sahaja dan lakonan akak. Semoga Allah permudahkan jalan hidup Akak untuk terus membesarkan anak dan memberi kehidupan yang selesa untuk mereka. Amin.

Sumber: Media Hiburan

Sama-samalah kita doakan agar rezeki Zarina dimurahkan untuk menerima tawaran kerja lain yang lebih bersesuaian.

kesal buka tudung zarina zainuddin tarik diri 4

Kredit foto: Instagram Zarina Zainuddin 




Hakcipta iluminasi.com (2017)