Kredit foto: Instagram Zarina Zainuddin
Bersempena sambutan Hari Ibu, anak kepada aktres popular Zarina Zainuddin iaitu Azal telah membuat sebuah ucapan istimewa khas buat ibunya.
Ucapan Azal dirakamkan Zarina dalam sebuah video pendek yang dimuat naik ke akaun Instagramnya.
Kredit foto: Instagram Zarina Zainuddin
"Lain kali saya tidak marah dan tidak pukul ibu lagi. Saya betul-betul sayangkan ibu," ucap Azal dalam video tersebut.
Kiriman video itu meraih perhatian netizen yang rata-ratanya tersentuh mendengar ucapan penuh bermakna Azal.
"Assalamualaikun Zarina, Saya ikuti akak sebab saya suka tengok anak-anak akak. Suka tengok celoteh mereka yang seperti baby ni. Suka tengok ketabahan seorang ibu dalam menjaga anak-anak istimewa. Kagum dengan akak Zarina. Biar apapun orang kata, yang penting kita tahu seberapa dekatnya kita dengan Allah SWT," ucap salah seorang pengikut Instagram Zarina.
Untuk rekod, Azal merupakan seorang anak istimewa yang menghidapi Autisme. Zarina mendapat perhatian media dan masyarakat kerana ketabahan beliau dalam membesarkan anak-anak istimewanya.