Oleh pada 26 Jun 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Zarina Zainuddin 

Gara-gara memuat naik video amukan anaknya, aktres Zarina Zainuddin menjadi mangsa komen melampau daripada netizen.

Video yang dikongsi menerusi laman Instagram tersebut memaparkan anak lelakinya yang mempunyai Autisme, Muhammad Raizal Azrai atau lebih mesra disapa Azal, 21, mengamuk kerana Zarina terlupa membawa bekalan ubat.

Azal risaukan keadaan ibunya yang kurang sihat pada hari itu kerana ketiadaan ubat akan memudaratkan lagi keadaannya.

Bagaimanapun video tersebut menerima beberapa komen biadab daripada sesetengah netizen. Zarina tidak berdiam diri, lantas membuka mulut untuk menyuarakan isi hatinya.

anak naik hantu mengamuk zarina zainuddin jawab tohmahan 2

Kredit foto: Instagram Zarina Zainuddin 

Terima kasih atas nasihat yang berguna untuk saya. Azal dah tidur kepenatan. Untuk komen yang membina terima kasih saya ucapkan. Untuk komen yang melampau, anda tidak berada di tempat saya. Perkara ni hari-hari berlaku, dua-dua anak autisme saya hari-hari mengamuk. Cuma saya tak pos video tu. Ada yang boleh saya kongsi, saya kongsi untuk panduan orang-orang yang senasib dengan saya. Bukan nak memancing kemarahan anak saya. Bercakap memang senang. Sesiapa yang beri komen melampau saya terpaksa sekat anda. Tabahlah, kuatlah, sabar, sabar, sabar. Allah sentiasa ada untuk kita. Malam ni saya tetap jual pulut kuning rendang ayam, rendang daging, juga rendang kerang di Istana Budaya. Hari terakhir saya berniaga hari ni, esok saya nak beli baju raya anak-anak pula.  

Sesetengah pengikutnya yang memahami keadaan Zarina meminta beliau agar bersabar melayan kerenah Azal. Malah mereka juga mahu Zarina mengabaikan komen-komen negatif daripada netizen yang tidak prihatin akan nasib beliau.  




Hakcipta iluminasi.com (2017)