Kredit: Wikipedia @Yasin_Sulaiman & Facebook @yusmadiformalaysia
Baru-baru ini, penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman berdepan hukuman gantung kerana dituduh mengedar dan menanam ganja yang dipercayai untuk merawat penyakit bipolar tahap kronik yang dihidapinya.
Menurut laporan rancangan hiburan Melodi, peguamnya, Yusmadi Yusoff menegaskan, Yassin tidak terlibat dalam mengedarkan barang terlarang itu kerana ia digunakan untuk tujuan perubatan dan yakin undang-undang akan memihak kepada pihak yang benar.
Kredit: Facebook Yasin Sulaiman
"Terdapat bantahan oleh saya akan isu pengedaran ganja yang tidak timbul melainkan untuk keperluan diri. Keadaan Yasin juga memerlukannya diberikan rawatan segera kerana ditakuti mengalami kegilaan seperti sebelum ini.
"Pada pandangan saya, kes sebegini agak istimewa. Yasin dituduh di bawah Seksyen 39B kerana peruntukan itu mengatakan, jika berat ganja melebihi 200 gram, ia diandaikan digunakan untuk tujuan pengedaran.
"Bagaimanapun, perkara ini perlu dihujahkan lagi. Akta Dadah Berbahaya menghukum penjenayah, bukan pesakit," katanya.
Kredit: Facebook Yasin Sulaiman
Dalam hal sama, Yasin juga sempat menitipkan pesanan kepada Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman supaya tanaman kanabis dibenarkan untuk pesakit sepertinya memandangkan beliau pernah membawa isu tersebut di Parlimen.
"Sampaikan salam kepada YB Syed Saddiq, minta segera luluskan kanabis untuk perubatan," ujarnya ringkas.
Video Penuh:
Komen Pilihan
"Masyarakat di Thailand dan negara-negara maju tidak memandang ganja sebagai kesalahan.
"Majoriti masyarakat kita juga sependapat dengan mereka," tulis seorang pengguna YouTube.
Sumber:
1. YouTube TV9MALAYSIA Official
3. amirulsyzwan