Kredit foto asal: Facebook Anwar Ibrahim
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memerintahkan stesen televisyen TV3 membayar ganti rugi RM1.1 juta kepada bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Stesen televisyen tersebut didapati bersalah dan bertanggungjawab kerana menfitnah dengan mengaitkan Datuk Seri Anwar menjadi salah seorang daripada dalang dalam insiden pencerobohan atau serangan di Lahad Datu, Sabah, lima tahun lalu.
Kredit foto: Facebook Anwar Ibrahim
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim membuat keputusan itu setelah membenarkan saman Datuk Seri Anwar ke atas TV3 bagi dakwaan menfitnahnya menerusi laporan berita Buletin Utama berdasarkan artikel yang dikeluarkan oleh Utusan Melayu bertajuk 'Tiga kumpulan menjadi dalang' pada tarikh 2 Mac 2013.
Hakim berkata stesen televisyen itu selaku defendan gagal mengamalkan kewartananan bertanggungjawab dan ada niat jahat dalam laporannya.
Hakim memerintahkan TV3 membayar RM600,000 sebagai ganti rugi am dan masing-masing RM250,000 bagi ganti rugi teruk dan teladan serta kos sebanyak RM40,000 kepada Anwar yang sedang dipenjarakan atas kesalahan meliwat.
Sumber: