Kredit foto: Instagram @agungsaputrabm
Filem 'ANWAR: The Untold Story' yang mengisahkan perjalanan perjuangan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam medan politik negara, akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 18 Mei 2023. Filem ini dihasilkan oleh pengarah Indonesia, Viva Westi, dan ia merupakan potret sebenar kehidupan Anwar semasa beliau menjadi Menteri Kewangan dari tahun 1991 hingga dipecat pada tahun 1998. Produksi filem ini dilakukan oleh Bianglala Entertainment dengan penggambaran di Malaysia dan Indonesia. Ia menampilkan pelakon-pelakon terkenal seperti Farid Kamil, Hasnul Rahmat, Acha Septriasa, Piet Pagau dan Dewi Irawan.
Kredit foto: Instagram @anwartheuntoldstory
Sinopsis
Filem ini menceritakan perjalanan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam dunia politik dari tahun 1993 hingga September 1998, semasa beliau menjawat Menteri Kewangan sebelum dipecat. Berdasarkan kisah benar, ia menggariskan episod jatuh bangun Anwar, terutamanya dalam usahanya memerangi rasuah. Anwar menunjukkan ketegasan dan konsistensi dalam pendiriannya sebagai Menteri Kewangan dengan menolak pelbagai jenis suapan dan wang tunai daripada pihak-pihak tertentu. Filem ini menggambarkan keengganan Anwar untuk menggunakan dana rakyat semata-mata untuk menyelamatkan syarikat yang dimiliki oleh anak pemimpin tertentu yang mengalami kerugian berbilion ringgit.
Akibatnya, beliau yang dahulu seorang Menteri Kewangan yang berwibawa dalam menyelamatkan Malaysia daripada beban hutang, tiba-tiba menjadi sasaran fitnah dalam satu konspirasi besar. Beliau dipecat, dipenjara dan menderita perlakuan kejam tanpa menerima rawatan perubatan selama beberapa hari.
Kredit foto: Instagram @anwartheuntoldstory
Pelakon / Cast
Filem 'Anwar: The Untold Story' adalah hasil gabungan antara Malaysia dan Indonesia, dengan pelbagai watak yang dikendalikan oleh pelakon-pelakon hebat dari kedua-dua negara tersebut. Farid Kamil Zahari berperanan sebagai Anwar, manakala Hasnul Rahmat menerajui watak Tun Dr Mahathir Mohamad. Bintang-bintang Indonesia seperti Acha Septriasa (sebagai Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail), Piet Pagau, Dewi Irawan, Saskia Chadwick, Felice Lovely Hidayat, Azzahra Annasera dan Gisellma Firmansyah, turut menyertai kerjasama antara negara serumpun ini.
Watak Pelakon
Farid Kamil sebagai Datuk Seri Anwar Ibrahim
Acha Septriasa sebagai Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Hasnul Rahmat sebagai Tun Dr Mahathir Mohamad
Saskia Chadwick sebagai Nurul Izzah Anwar
Piet Pagau sebagai Ibrahim (bapa Anwar)
Dewi Irawan sebagai Che Yan (ibu Anwar)
Felice Lovely Hidayat sebagai Nurul Iman Anwar
Azzahra Annasera sebagai Nurul Hana Anwar
Gisellma Firmansyah sebagai Nurul Nuha Anwar
Kredit foto: Instagram TGV Cinemas
Pengarah Dan Syarikat Produksi
"Anwar: The Untold Story" merupakan hasil karya pengarah dan penulis skrip, Viva Westi, dengan diusahakan oleh produksi Bianglala Entertainment.
Lagu Tema (OST)
Kredit video: Menjaga Cintamu (Original Soundtrack From Anwar, The Untold Story)
Tajuk: Menjaga Cintamu
Penyanyi: Datuk Seri Siti Nurhaliza
Komposer: Andi Rianto
Penulis lirik: Sekar Ayu Asmara
Kredit foto: Instagram DMY Creation
Tarikh Tayangan
Penonton filem di seluruh negara akan dapat menikmati Anwar: The Untold Story yang akan ditayangkan di pawagam mulai 18 Mei 2023.
Trivia
1. Filem ini mempunyai durasi tayangan selama 108 minit (1 jam 48 minit).
2. Usaha untuk menghasilkannya telah dimulakan sejak Ogos 2011.
3. Selain di Malaysia, penggambaran filem juga dilakukan di beberapa lokasi di Indonesia.
4. Keseluruhan bajet yang diperuntukkan mencapai RM10 juta.
Kutipan
Jadual Jumlah Kutipan Pawagam:-
1 hari tayangan - RM1 juta
Kredit video: Anwar The Untold Story - Official Movie Trailer