Kredit foto: kualalumpurpost.net
Lama juga kita tak mendengar kisah penyanyi lagu Islamik dan ketuhanan, Hafiz Hamidun sehingga baru-baru ini beliau mengumumkan bakal bernikah dengan seorang wanita bergelar ibu tunggal. Namun ketika berita itu masih belum reda kehangatannya, nampaknya nama penyanyi ini tiba-tiba terpalit dengan satu kontroversi apabila beliau membuat satu tweet yang mengejutkan para pengikutnya. Apa kes?
Menerusi tweet di akaun twitter miliknya itu, Hafiz memuat naik foto kain dari gedung Kamdar yang diberi nama Hafiz Hamidun Kain Baju Melayu Shine 44''. Di captionnya Hafiz menyatakan bakal mengeluarkan saman kepada Kamdar kerana menggunakan namanya untuk produk mereka tanpa kebenaran.
Namun, tindakan penyanyi itu rata-rata mendapat kecaman netizen yang beranggapan nama yang digunakan pada kain tersebut barangkali tidak merujuk kepada namanya sebaliknya mungkin milik orang lain. Siapa tahu kan?
Sumber berita: Oh Bulan