Oleh pada 17 Feb 2017 kategori

Suatu hari seorang lelaki bernama Zainal bertemu dengan seorang kaunselor. Tujuan utama pertemuan tersebut adalah untuk menceritakan masalah yang dihadapinya. Menurut Zainal sejak kebelakangan ini, isterinya Halimah kurang melayaninya. Halimah seperti sudah tawar hati dengannya.

Menurut Zainal lagi selama ini isterinya tidak bekerja. Hanya dirinya sahaja yang berkerja. Zainal sedikit kecewa dengan sikap Halimah kerana merasakan Halimah tidak pernah menghargai dirinya yang selama ini penat bekerja. Beliau merasakan yang Halimah punya banyak masa untuk berehat dan tidak mempunyai sebarang tekanan seperti dirinya yang lebih sarat dengan beban kerja.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dia hanya suri rumah 'sahaja'

Kaunselor: Apakah pekerjaan Encik Zainal?

Encik Zainal: Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor: Halimah pula?

Encik Zainal: Dia tidak bekerja. Hanya surirumah sahaja.

Kaunselor: Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?

Encik Zainal: Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Bangun awal pagi sebelum orang lain bangun

Kaunselor: Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan?

Encik Zainal: Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor: Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana?

Encik Zainal: Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor: Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?

Encik Zainal: Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Suami pulang ke rumah terus berehat sebab 'penat' sangat

Kaunselor: Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?

Encik Zainal: Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor: Apa Halimah buat?

Encik Zainal: Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Sumber: IslamItuIndah

Jadi... siapa yang tak ada kerja sekarang? Akauntan atau suri rumah?

housewife suri rumah takde kerja

Nota kaki: Sebelum Halimah ada idea nak lari rumah untuk menjadi surihati Mr. Pilot, ada baiknya jika Mr. Akauntan ambil tindakan sewajarnya dan mula menghargai profesion suri rumah. "Isteri gembira, keluarga bahagia."




Hakcipta iluminasi.com (2017)