Oleh pada 03 May 2017 kategori

Fattah menandatangani buku novel beliau, satu per satu, tangannya nampak mula letih. "Abang boleh jelaskan dekat saya tak apa salah saya? Ada saya salah cakap ke?" tanya Fattah.

"Aku pun tak tau Fat," jawab aku.

Pengunjung di Pesta Buku makin panjang beratur. Dah hampir 3 jam dia duduk menandatangan buku beliau untuk peminat. "Saya tak faham bang kenapa orang benci sangat dengan saya? Saya ada buat kontroversi ke?" Fattah bertanya lagi. "Saya rasa paling kontroversi pun sebab hal-hal Neelofa tu je."

BESARKAN TEKS     A-  A+

"Kau ni pun. Orang kita ni, macam tu la. Asal popular, ada rupa, berjaya pulak tu jual produk, kecaman tu kena sedia la terima, tak tau kenapa lumrah orang kita macam tu," jawab aku. "Kau pun hati tisu benar apa hal ni Fat?"

"Macam mana kita nak tahan telinga dengan mata dengar kritikan orang ni bang? Ada rahsia dia ke?" tanya Fattah.

"Rahsia? Mana ada rahsia apa-apa pun," kata aku. "Kau sabar aje lah."

"Saya hari-hari bangun tidur, bukak internet tengok orang maki saya! Bukan maki drama, produk, buku saya, novel saya. Maki saya! Saya tertanya juga la apa dosa saya dengan diorang," Fattah menukar pen lain. Pen hitamnya sudah kering dakwatnya.

"Dosa apa bendanya? Dah orang kita memang ramai yang jenis tak boleh tengok orang lain lebih sikit dari dia," jawab aku, malas nak layan.

iluminasi fattah amin wanita terakhir qalifmoden2

Aku bangun nak beredar. "Dah la Fattah, malas aku layan kau. Jumpa aje asyik nak luah perasaan."

"Bila nak reviu buku saya bang?" tanya Fattah.

"Buku kau yang pertama tu macam haram, tak mau aku reviu. Setakat quote tengah berak fikir kemudian print jadi buku pun kau published, memang la kena kritik," kata aku. Fattah diam saja mendengar komen aku.

"Dari segi kualiti buku tu memang out la, tapi aku tak faham kenapa orang serang peribadi bila diorang nak kritik buku tu," jelas aku nak meredakan ketengangan. "Tapi buku kau tu jauh lagi baik daripada buku sajak indie tulisan orang kita yang aku baca la. Tah hapa-hapa sajak dengan puisi bangang pun diorang published."

"Cuma diorang tak femes dan tak kacak, sebab tu orang tak peduli," kata aku.

"Novel ni pulak?" tanya Fattah."Baru lancar dah kena kutuk ni bang."

"Kau buat tak peduli aje Fat," kata aku.

Terdiam Fattah.

"Sekarang ni semua orang senang sangat nak claim diri dia penulis, Fattah," jawab aku. "Kenapa kau tak boleh pulak claim benda sama pulak?"

"Bang, bang, bangun bang, subuh," kata Fattah tiba-tiba. Aku celikkan mata lalu kembali ke dunia nyata.




Hakcipta iluminasi.com (2017)