Hampir semua orang suka mendengar lagu-lagu kegemaran mereka. Setiap orang mempunyai pilihan sendiri dalam jenis muzik yang mereka dengar dan ia biasanya bersifat peribadi dan subjektif. 

Namun, bagaimana jika semua lagu popular itu sebenarnya mempunyai persamaan dan apakah yang membuatkan kita menyukai sesuatu lagu itu berbanding lagu lain?

Untuk memahami mengapa seseorang itu menyukai lagu kegemarannya, kita perlu tahu bagaimana muzik boleh menimbulkan keseronokan kepada pendengar.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Mendengar muzik dan menikmatinya

Mendengar dan mencipta muzik bukanlah sesuatu yang penting untuk survival tetapi manusia telah melakukannya sejak ribuan tahun lagi. Kita mendengar atau mencipta muzik sebagai cara mudah untuk berasa seronok. Namun, bagaimanakah muzik membuatkan kita berasa senang?

Mendengar muzik membuatkan kita seronok kerana ia menyebabkan berlakunya aktiviti di kawasan tertentu di otak seperti caudate dan nucleus accumbens. Bahagian otak ini akan melepaskan dopamin, bahan kimia yang membuatkan kita berasa tenang dan gembira.

mendengar muzik 328

Semua fungsi penting untuk kelangsungan hidup ini dibina supaya memberi tindak balas di otak agar kita mengulangi tindakan tersebut pada masa akan datang.

Namun, muzik adalah berbeza dan ia adalah satu-satunya rangsangan yang tidak berkaitan dengan survival tetapi memberikan kita ganjaran dengan cara ini.

Malah, muzik juga mencetuskan tindak balas ganjaran yang sama di otak seperti seseorang itu mengambil kokain. Ini bermakna, mendengar lagu kegemaran boleh memberikan anda rasa "high" yang hampir sama seperti menggunakan dadah.

Otak sebagai mesin ramalan

Terdapat hipotesis yang mengatakan bahawa sel otak berfungsi seperti mesin ramalan. Otak boleh mengukur kebarangkalian sesuatu yang bakal berlaku berdasarkan pengalaman sebelumnya. 

Biasanya, proses ini berlaku ketika otak sedang melalui pemprosesan visual, bahasa serta pergerakan. Proses ramalan ini juga adalah mekanisma utama yang digunakan otak dalam apa-apa jenis pembelajaran.

Sebagai contoh, proses ramalan ini membantu kita dalam mengecam perkataan. Apabila anda mendengar perkataan "balai po-", kita tahu bahawa kemungkinan seterusnya akan diikuti dengan "-lis".

otak meramal

Namun, jika kita menemui perkataan baru seperti "balai polas" (contoh yang tidak masuk akal), ia akan menimbulkan ralat pada proses ramalan. Otak kemudian akan mengemas kini ramalannya.

Selepas itu, jika anda mendengar perkataan "balai po-", maka otak anda akan meramalkan "-lis" atau "-las". Oleh itu, ramalan penting bagi semua bentuk pembelajaran di otak kita. 

Faktor yang mempengaruhi keseronokan mendengar

Sel-sel otak memantau dan meramalkan nota atau kord yang sampai ke telinga ketika kita mendengar muzik. Apabila otak jarang membuat ramalan yang salah, rasa menyenangkan akan berlaku.

Ini bermaksud, jika hanya terdapat perbezaan kecil antara nota / kord yang diramal berbanding nota / kord sebenar maka dopamin akan dirembeskan di dalam otak dan membuatkan kita tenang dan gembira.

otak meramal muzik

Jika terdapat kesalahan dalam ramalan, otak akan memasukkan pengalaman baru ini ke dalam "buku log" dan mencegah kesahalan ini daripada berulang. Inilah bagaimana muzik menimbulkan keseronokan mendengar.

Kita juga akan belajar ramalan muzik melalui pendedahan berulang. Berdasarkan pengalaman, otak boleh meramal kebarangkalian bahawa sesuatu nota itu akan diikuti dengan nota tertentu. Mereka yang mempunyai pendidikan dalam muzik mempunyai peratusan lebih baik membuat ramalan berbanding orang lain.

Sebaliknya, kesalahan ramalan yang luar biasa akan membuatkan kita mendengar sesuatu nota atau kord itu sebagai "sumbang".

Proses ramalan ini dimanipulasi pemuzik

Kajian turut mendapati bahawa teringin atau ternanti-nanti untuk mendengar sesuatu lagu, nota atau kord juga boleh merembeskan dopamin di dalam otak.

Sebagai tambahan kepada penantian itu, kelewatan, ketegangan dan kejutan juga boleh memberi kesenangan ketika mendengar muzik. Mendengar sesuatu nota atau kord selepas penantian ini boleh memberikan perasaan "lega" kepada pendengar.

orkestra

Faktor ini sering dieskploitasi oleh pemuzik. Sebagai contoh, pemuzik akan melewat-lewatkan untuk kembali dalam nota atau kord yang sedang dinanti-nantikan supaya perasaan "lega" itu lebih hebat.

Pengkaji mendapati sebahagian lagu-lagu "hit" dalam Billboard mempunyai satu persamaan. Lagu-lagu ini tidak begitu menyimpang daripada nota atau kord yang diramalkan otak. Kebanyakan lagu-lagu popular juga mempunyai "kejutan" yang hampir boleh diramalkan.

Secara mudahnya, lagu-lagu popular ini sedap didengari kerana ia merangsang rembesan dopamin di dalam otak pada setiap rangkap lirik, nota dan kord yang dimainkan. Lebih banyak otak dapat membuat ramalan, lebih tenang dan mengasyikkan sesuatu lagu itu.




Hakcipta iluminasi.com (2017)