Lahir pada 17 Julai 1975, Terence Tao adalah seorang lelaki berbangsa Cina berasal dari Australia yang kini menetap di Amerika Syarikat.
Latar belakang Terence memang cukup menakjubkan. Bapanya, Billy Tao adalah seorang doktor kanak-kanak yang lahir di Shanghai dan menamatkan pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Hong Kong pada tahun 1969.
Ibu Terence, seorang wanita bernama Grace Leung Wai Lan berasal dari Hong Kong. Seorang pelajar dalam jurusan fizik dan matematik yang cemerlang dalam pendidikannya. Billy dan Grace bertemu di Universiti of Hong Kong semasa belajar, mendirikan rumah tangga sebelum berhijrah ke Australia.
BESARKAN TEKS A- A+
Terence mempunyai 3 orang adik beradik termasuk beliau. Nigel Tao adalah sebahagian daripada pakar di Google Australia dan Trevor Tao pula adalah pemain catur bertaraf International Masters. Mempunyai dua ijazah dalam bidang matematik dan muzik serta diiktiraf sebagai seorang yang mempunyai sindrom 'autistic savant.'
Latar belakang keluarga genius
Dengan latar belakang keluarga sedemikian, jelas benarlah betapa berat pendidikan dititik beratkan dalam keluarga Terence. Jadi tidak menghairankan yang kesemua anak Billy Tao dan Grace cukup cemerlang dalam bidang yang memerlukan kemahiran berfikir.
Terence memulakan sekolah tinggi (sekolah menengah pada kita) pada usia 7 tahun dan melangkah ke universiti pada usia 9 tahun. Pada usia 9 tahun, Terence menduduki peperiksaan SAT dan mendapat markah 760 dalam bidang matematik, satu pencapaian yang membanggakan bagi kanak-kanak.
Terence bertanding dalam sebagai peserta paling muda dalam pertandingan Olimpiad Matematik Antarabangsa ketika berusia 10 tahun. Berjaya memenangi pingat gangsa pada percubaan pertama dan perak pada kali kedua, Terence akhirnya berjaya memenangi pingat emas pada percubaan ketiganya sewaktu berusia 13 tahun, yang menjadikan dia peserta paling muda memenangi kesemua pingat dalam Olimpiad tersebut.
Mula belajar peringkat universiti pada usia 14 tahun
Terence memasuki Research Science Institute pada usia 14 dan menerbitkan tulisan pertamanya sebagai pembantu penyelidik setahun kemudian. Dia menamatkan pengajian dalam peringkat Sarjana dari Flinders University pada usia 16 tahun, kemudian ditawarkan biasiswa berprestij Fulbright untuk melanjutkan pengajian dalam peringkat Doktor Falsafah di Princeton University.
Di bawah bimbingan Dr.Elias M.Stein, pakar matematik terkenal Belgium yang berkemahiran tinggi dalam bidang analisa harmonik. Berkat bimbingan Dr.Stein, Terence bergelar Doktor Falsafah pada usia 21 tahun dan kemudian berkhidmat sebagai Professor Kanan di University of California, Los Angeles atau UCLA. Dengan perlantikan tersebut, Terence diiktiraf oleh UCLA sebagai Professor termuda sehingga sekarang yang berkhidmat di situ.
Sentiasa di depan
Sejarah Terence semasa kecil cukup menarik untuk dibaca.
Di ruang pejabatnya, tertampal potongan sebuah artikel surat khabar bertahuk "TINY TERENCE,7,IS HIGH SCHOOL WHIZ" - artikel itu diterbitkan selepas Terence masuk ke sekolah tinggi pada usia 7 tahun. Oleh kerana belajar dengan pelajar lain yang lebih tua berbanding dia, dia terpaksa melutut di atas kerusi bagi membolehkan dia menggunakan meja, yang dia kongsi dengan seorang pelajar berusia 2 kali ganda beliau.
Cikgu Terence sendiri mengakui dia langsung tidak perlu mengajar Terence apa-apa, kerana Terence selalunya sudah pun 2 bab di depan kelasnya. Terence juga mengajar dirinya sendiri membaca pada usia 2 tahun. Setakat ini, pencapaian beliau paling besar adalah memenangi anugerah Fields Medal yang setaraf dengan anugerah Nobel dan juga menjadi calon MacArthur genius grant rebutan ramai cendekiawan dunia, yang membolehkan dia mendapat bantuan kewangan mencukupi bagi penyelidikan.
Terence bukanlah seorang yang dramatik. Salah seorang pelajarnya berkata, jika Hollywood ingin membuat filem tentang kisah hidup Terence, sudah pastilah filem itu hambar. Terence menjalani hidup yang normal. Kehidupannya dari kecil hingga besar merupakan kehidupan yang cukup bahagia pengalamannya. Terence tidak pernah menimbulkan masalah atau kontroversi di tempat kerja.
Mempunyai julat IQ tertinggi dalam dunia
Kini, Terence masih lagi mengajar di UCLA sebagai salah seorang Professor Mathematics Department. Dia juga terlibat dengan penerbitan jurnal matematik sebagai editor. Terence kini telahpun mempunyai keluarga sendiri selepas berkahwin dengan seorang wanita bernama Laura. Mereka mendapat dua cahaya mata, seorang anak lelaki bernama William dan seorang anak perempuan bernama Maddy.
Di masa lapangnya ketika ini, tumpuannya lebih terarah kepada penulisan. Terence gemar menulis penulisan berbentuk fantasi. Selain itu, dia juga mula belajar lakonan improv yang memerlukan dia memberikan reaksi dengan spontan. Terence juga mengakui, dirinya seorang die hard fan permainan video Minecraft.
Sebelum mengakhiri artikel ini, setakat yang diketahui, apabila diukur niilai IQ Terence, julatnya berada dalam lingkungan 225 ke 230. Walaupun perkara ini tidak rasmi kerana kesahihan ujian itu boleh diragui, jika benar; ini menjadikan Terence Tao memiliki kemampuan IQ pada julat paling tinggi dalam dunia.
RujukanUCLA