Sebahagian daripada mereka yang dijangkiti dengan COVID-19 akan pulih sepenuhnya.
Walaupun ini adalah satu berita baik, namun ini membawa ketidakpastian baru tentang betapa cepat kita boleh mengharapkan untuk mendapatkan semula kesihatan seperti biasa dan apakah tanggungjawab sosial kita selepas ini.
Bercakap tentang pemulihan mungkin kelihatan terlalu awal bagi Malaysia yang kini sedang memasuk fasa puncak koronavirus, namun itulah yang kita harapkan.
BESARKAN TEKS A- A+
Akan tetapi China yang mana merupakan tempat asal virus baru ini telah melihatkan 0 kes baru pada 20 Mac 2020, yang membuatkan semua pihak mempunyai harapan untuk pulih.
iluminasi.com kongsikan 5 soalan penting tentang pemulihan dari COVID-19.
1. Berapakah kadar pemulihan COVID-19?
Ketika artikel ini ditulis iaitu pada 20 Mac 2020, kadar kematian di antara kes yang disahkan adalah 4%.
Akan tetapi apa yang melegakan adalah angka sebenar mungkin lebih rendah kerana sejumlah besar kes dengan gejala ringan tidak dilaporkan.
Ketua Pegawai Perubatan UK, Chris Whitty telah membantah angka global yang dikeluarkan oleh WHO iaitu 3.4%, dan mengatakan bahawa dia percaya angka kematian sebenar adalah sekitar 1%.
Satu perkara penting yang perlu kita tahu adalah kira-kira sebulan selepas wabak awal di China, dengan pelaksanaan langkah-langkah pengawalan yang ketat, jumlah pemulihan mula mengatasi jumlah kes baru. Ini adalah titik yang mana kita mahu capai sekarang ini.
2. Adakah saya masih berjangkit selepas pulih?
Terdapat kemungkinan sehingga ke tahap-tahap tertentu, namun kajian-kajian untuk kumpulan pertama masih tidak pasti berapa lama ia dapat bertahan.
Penyelidikan sementara dari Jerman mencadangkan bahawa tahap penularan COVID-19 (yang mana berbeza dengan wabak SARS tahun 2003) memuncak lebih awal dan pesakit yang pulih dengan gejala ringan menjadi kurang berisiko sekitar 10 hari selepas mereka mula jatuh sakit.
Tetapi satu lagi kajian iaitu setelah empat profesional perubatan dirawat di hospital Wuhan mendedahkan bahawa jejak virus itu dapat bertahan dalam badan sehingga dua minggu selepas gejala hilang.
Dan kerana pesakit tidak lagi batuk atau bersin, cara pemindahan yang berpotensi telah dikurangkan.
Ssatu kajian yang diterbitkan minggu lalu dalam jurnal perubatan Lancet adalah kurang optimistik, yang mana ia menunjukkan virus itu bertahan dalam satu saluran pernafasan pesakit Cina selama 37 hari.
Tempoh ini adalah jauh melebihi purata 24 hari bagi mereka yang mempunyai status penyakit kritikal.
3. Bolehkah saya dijangkiti COVID-19 untuk kali kedua?
Biasanya, dijangkiti koronavirus membawa maksud individu tersebut imun terhadap virus itu, sekurang-kurangnya untuk seketika sebelum dijangkiti lagi.
etapi keraguan timbul mengenai COVID-19 pada akhir Februari selepas seorang wanita Jepun berusia lewat 40-an yang telah dibenarkan pulang dari hospital di Osaka, Jepun telah diuji positif COVID-19 sekali lagi.
Terdapat juga kes yang sama dengan salah seorang penumpang kapal Diamond Princess dan seorang lagi di Korea Selatan.
Ini adalah kes-kes terpencil, tetapi lebih membimbangkan adalah penyelidikan dari wilayah Guangdong, China melaporkan bahawa 14% daripada pesakit yang pulih juga telah positif apabila diuji semula.
Walau bagaimanapun, masih terlalu awal untuk kita membuat kesimpulan.
Kes-kes ini masih belum disahkan sepenuhnya, dengan banyak penjelasan yang mungkin termasuklah kesilapan atau terlalu sensitif terhadap ujian, atau hakikat bahawa virus menjadi tidak aktif untuk seketika dan kemudian muncul semula.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menekankan bahawa tindak balas imun kita terhadap penyakit ini belum difahami dengan jelas.
Pesakit dengan jangkitan MERS-CoV tidak mungkin akan dijangkiti semula tak lama selepas mereka pulih, tetapi belum diketahui sama ada perlindungan imun yang sama akan berlaku untuk pesakit COVID-19.
4. Berapa lama kekuatan imuniti terhadap COVID-19 akan bertahan?
"Jika anda mendapat jangkitan, sistem imun anda akan menjadi sangat aktif menentang virus tersebut," kata Dr. Keiji Fukuda, pengarah School of Public Health di Universiti Hong Kong.
Menurut beliau, untuk dijangkiti sekali lagi apabila anda berada dalam situasi tersebut adalah sangat luar biasa, melainkan sistem imun anda tidak berfungsi dengan betul.
Jika melihat kepada banyak virus-virus yang terdahulu, imuniti atau ketahanan badan boleh bertahan selama setahun.
Namun persoalan tentang jangkitan semula menunjukkan gambaran yang lebih besar yang menyelubungi COVID-19 kekal kabur.
Satu perkara yang boleh membantu menjelaskan persoalan tentang imuniti adalah dengan membangunkan ujian serologi untuk antibodi terhadap SARS-CoV2.
Ini bukan sahaja memberi lebih banyak maklumat mengenai tindak balas sistem imun individu, tetapi juga membolehkan para penyelidik untuk mengenal pasti jumlah penduduk yang terjejas dengan tepat.
Ini boleh dilakukan dengan mengesan orang yang mungkin pulih namun tidak termasuk dalam data.
Setakat ini, tiada negara yang mengesahkan akses ke atas ujian sedemikian tetapi ramai ahli sains di seluruh dunia sedang mengusahakannya, termasuklah salah seorang di Singapura yang telah mendakwa percubaannya berjaya.
5. Bila saya boleh bekerja semula?
CDC mentakrifkan bahawa pemulihan daripada COVID-19 adalah dengan ketiadaan demam, tanpa penggunaan ubat yang boleh mengurangkan demam, selama tiga hari penuh.
Ia juga melibatkan kemajuan dalam gejala lain iaitu seperti batuk dan sesak nafas untuk tempoh tujuh hari penuh selepas simptom mula muncul.
Jika anda melepasi ujian swab untuk 2 hari berturut-turut, maka anda bebas dari penyakit ini.
Ini bermakna pengasingan diri telah berakhir dan secara teorinya, anda sudah boleh mula melakukan kontak dengan orang lain termasuk di tempat kerja.
Dari segi praktikal, banyak kerjaan dan syarikat masih mengalakkan untuk bekerja dalam jarak yang jauh walaupun dalam kalangan pesakit yang sihat.
Di samping itu, sesiapa yang tinggal bersama individu dijangkiti coronavirus juga dinasihati untuk mengasingkan diri sendiri selama 14 hari selep[as kemunculan gejala-gejala pada pesakit berkenaan.
Rujukan:
1. Apa Berlaku Selepas Pulih Coronavirus
3. Al-Jazeera