Ketika novel coronavirus atau SARS-COV-2 terus menjangkiti orang di seluruh dunia yang menyebabkan COVID-19, artikel-artikel berita dan muat naik media sosial mengenai wabak itu terus disebarkan secara dalam talian.

Sayangnya, kebanjiran maklumat yang tidak henti-henti ini membuatkan kita sukar untuk memisahkan fakta dengan fiksyen.

Dan semasa wabak virus berlangsung, khabar angin dan maklumat yang salah mungkin boleh mencetuskan bahaya

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dengan itu, iluminasi.com ingin kongsikan 9 mitos yang paling meluas tentang coronavirus novel SARS-CoV-2 dan COVID-19, serta menjelaskan mengapa khabar angin ini mengelirukan atau 100% salah. 

Mitos 1 : Topeng muka boleh melindungi anda daripada novel koronavirus

pakai topeng muka pembedahan biasa tidak boleh halang jangkitan novel coronavirus

Topeng muka pembedahan standard yang biasa kita lihat dipakai oleh orang ramai di mana-mana tidak dapat melindungi anda daripada SARS-CoV-2 atau Coronavirus, kerana ia tidak direka untuk menghalang zarah virus dan tidak rata pada muka.

Walaupun begitu, topeng pembedahan ini boleh membantu mencegah orang yang dijangkiti daripada menyebarkan virus dengan lebih jauh dengan menghalang sebarang titisan pernafasan yang boleh dikeluarkan dari mulut mereka.

Di dalam fasiliti penjagaan kesihatan, alat pernafasan khas yang dipanggil "N95" telah menunjukkan kebolehan untuk mengurangkan penyebaran virus dalam  kalangan kakitangan perubatan.

Orang ramai memerlukan latihan untuk memakai alat pernafasan N95 di sekitar hidung, pipi dan dagu untuk memastikan tiada udara boleh menyelinap masuk di sekitar tepi topeng.

Pemakai juga mesti belajar untuk memeriksa alat ini setiap kali selepas digunakan jika terdapat kerosakan.

Mitos 2: Anda lebih terdedah kepada COVID-19 berbanding influenza 

novel coronavirus vs influenza

Tak semestinya. 

Untuk menganggarkan betapa mudahnya virus ini tersebar, saintis mengira "nombor pembiakan asas" atau R0.

R0 meramalkan bilangan orang yang boleh dijangkiti dari seorang tunggal yang telah dijangkiti.

Ketika ini, R0 untuk SARS-CoV-2 dianggarkan kira-kira 2.2. Ini bermakna, secara purata seorang yang dijangkiti akan menjangkiti kira-kira 2.2 orang yang lain.

Sebagai perbandingan, selesema mempunyai R0 1.3.

Apa yang paling penting adalah walaupun tiada vaksin wujud untuk mencegah COVID-19, namun vaksin selesema bermusim dapat mencegah selesema dengan baik, walaupun formulasinya tidak sesuai dengan jenis virus yang beredar.

Mitos 3: Virus ini merupakan mutasi selesema biasa

mitos covid 19 adalah mutasi selemesa biasa 199

Tidak.

Coronavirus adalah keluarga besar virus yang merangkumi pelbagai penyakit. SARS-CoV-2 berkongsi persamaan dengan coronavirus lain, yang mana 4 daripadanya boleh menyebabkan selesema biasa.

Semua lima virus ini mempunyai unjuran berduri pada permukaannya dan menggunakan "duri protein" untuk menjangkiti sel-sel perumah.

Walau bagaimanapun, empat selesema koronavirus iaitu 229E, NL63, OC43 dan HKU1, semuanya menggunakan manusia sebagai perumah utama.

SARS-CoV-2 berkongsi kira-kira 90% daripada bahan genetiknya dengan coronavirus yang menjangkiti kelawar, yang mana mencadangkan bahawa virus itu berasal dari kelawar dan kemudian melompat ke manusia.

Bukti menunjukkan bahawa virus itu melalui haiwan perantaraan sebelum menjangkiti manusia.

Begitu juga, virus SARS melonjak dari kelawar ke luak dalam perjalanan menjangkiti manusia, manakala MERS menjangkiti unta sebelum tersebar kepada manusia.

Mitos 4: Virus ini mungkin dihasilkan di dalam makmal

mitos novel coronavirus dihasilkan dalam makmal

Tiada bukti menunjukkan virus ini adalah buatan manusia.

SARS-CoV-2 menyerupai dua coronavirus lain yang telah mencetuskan wabak dalam beberapa dekad kebelakangan ini, iaitu SARS-CoV dan MERS-CoV.

Ketiga-tiga virus itu seolah-olah berasal dari kelawar.

Pendek kata, ciri-ciri SARS-CoV-2 adalah serupa dengan apa yang kita tahu tentang coronavirus lain yang berlaku secara semula jadi di mana ia tersebar daripada haiwan kepada manusia

Mitos 5: Jangkitan COVID-19 pasti akan membunuh anda

bahaya coronavirus 671

Ini tidak benar.

Menurut satu kajian yang disiarkan pada 18 Februari oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China, kira-kira 81% orang yang dijangkiti coronavirus mengalami kes COVID-19 yang ringan. 

Kira-kira 13.8% melaporkan penyakit yang teruk, bermakna mereka mengalami sesak nafas atau memerlukan oksigen tambahan dan kira-kira 4.7% adalah kritikal yang bermakna mereka mengalami kegagalan pernafasan, kegagalan pelbagai organ atau kejutan septik.

Dengan itu, maklumat ini mencadangkan bahawa hanya sekitar 2.3% sahaja daripada mereka yang dijangkiti COVID-19 akan meninggal dunia.

Orang yang lebih berusia atau mempunyai masalah kesihatan yang lain seolah-olah paling berisiko untuk berhadapan dengan komplikasi teruk.

Walaupun kita tidak perlu panik, namun orang ramai harus mengambil langkah untuk mempersiapkan dan melindungi diri mereka dan orang lain dari coronavirus baru ini.

Mitos 6: Haiwan peliharaan boleh menyebarkan virus ini

haiwan peliharaan tidak boleh sebarkan coronavirus

Jawapannya adalah mungkin tidak kepada manusia.

Seekor anjing di China telah dijangkiti dengan jangkitan tahap rendah dari tuannya, yang mana telah disahkan sebagai satu kes COVID-19.

Ini bermakna anjing atau haiwan peliharaan mungkin terdedah untuk dijangkiti virus ini daripada manusia. 

Anjing Pomeranian yang dijangkiti itu tidak jatuh sakit atau menunjukkan apa-apa gejala COVID-19, dan tiada bukti yang mencadangkan bahawa haiwan tersebut boleh menjangkiti manusia.

Seorang pakar kesihatan haiawan iaitu Vanessa Barrs dari City University memberitahu bahawa beberapa anjing dan kucing telah diuji positif untuk virus yang sama iaitu SARS-CoV semasa wabak pada tahun 2003.

Namun, tidak ada bukti pemindahan virus dari anjing atau kucing peliharaan kepada manusia. Walaupun begitu, CDC mencadangkan bahawa mereka yang dijangkiti supaya mengambil alih haiwan peliharaan ketika mereka sakit.

Mitos 7: Kanak-kanak kebal dari SARS-CoV-2

kanak kanak boleh dijangkiti coronavirus 2

Walaupun laporan awal mencadangkan lebih sedikit kes dalam kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa, namun kanak-kanak sememangnya boleh dijangkiti COVID-19.

Sebagai contoh, satu kajian China dari wilayah Hubei yang dikeluarkan pada Februari 2020 mendapati bahawa daripada 44,000 kes COVID-19, 2.2% daripadanya adalah melibatkan kanak-kanak dan remaja bawah 19 tahun.

Walau bagaimanapun, kajian yang lebih baru menunjukkan bahawa kebarangkalian untuk kanak-kanak dijangkiti adalah sama seperti orang dewasa.

Dalam satu kajian yang dilaporkan pada 5 Mac, penyelidik menganalisis data lebih daripada 1,500 orang di Shenzhen dan mendapati bahawa kanak-kanak berpotensi terdedah kepada virus itu sama seperti orang dewasa.

Tanpa mengira usia, kira-kira 7% hingga 8% daripada kontak kes COVID-19 kemudian diuji positif untuk virus itu.

Namun, apabila kanak-kanak dijangkiti virus ini, mereka kurang berkemungkinan untuk mengalami penyakit yang teruk.

Mitos 8: Jika anda dijangkiti coronavirus, anda "akan tahu"

jangkitan novel koronavirus 404

Jawapannya adalah tidak, akan tidak akan tahu.

Covid-19 menyebabkan gejala yang pelbagai, yang mana kebanyakannya kelihatan seperti penyakit pernafasan yang lain seperti influenza dan selesema biasa.

Gejala-gejala umum COVID-19 termasuk demam, batuk dan kesukaran bernafas, manakala gejala-gejala yang lebih jarang muncul termasuklah pening, mual, muntah dan hidung berair.

Dalam kes-kes yang teruk, penyakit itu boleh berkembang menjadi penyakit seperti radang paru-paru.

Tetapi pada awalnya, orang yang dijangkiti mungkin tidak menunjukkan gejala sama sekali.

Mitos 9: Tidak selamat untuk menerima pakej yang dihantar dari China

mitos pakej dari china boleh sebarkan novel coronavirus

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia, adalah selamat untuk orang ramai menerima surat atau barang dari China. 

Kajian terdahulu mendapati bahawa semua jenis koronavirus tidak dapat bertahan lama di atas objek seperti surat dan pakej.

Berdasarkan apa yang kita tahu tentang koronavirus yang sama seperti MERS-CoV dan SAR-CoV, para pakar berfikir bahawa coronavirus baru ini mungkin sukar untuk bertahan di atas permukaan. 

Satu kajian terdahulu yang diterbitkan pad 6 Februari dalam Jurnal Infleksi Hospital mendapati bahawa coronavirus yang berkaitan ini boleh kekal di permukaan seperti logam, kaca atau plastik.

Akan tetapi, permukaan yang biasanya digunakan dalam pembungkusan adalah tidak sesuai untuk virus itu bertahan. 

Untuk sesuatu virus itu kekal aktif, ia memerlukan gabungan keadaan persekitaran khusus seperti suhu, kurang pendedahan UV dan kelembapan .

Dan kombinasi-kombinasi ini tidak ada pada penghantaran pakej, menurut Dr. Amesh A. Adalja dari Johns Hopkins Center for Health Security.

Rujukan:

1. Mitos Tentang Coronavirus Yang Dinafikan Oleh Sains

2. Nasihat Penyakit Coronavirus (COVID-19) Kepada Orang Awam - Pertubuhan Kesihatan Dunia

3. Bolehkah Anda Dijangkiti Novel Coronvirus Jika Menerima Barang Yang Dihantar Dari China?




Hakcipta iluminasi.com (2017)