Kredit foto: Facebook Aizad Rosli
Ketika ini video pergaduhan antara pelakon Balkisyh Semundur Khan bersama bekas suaminya, Mohamad Aizad Rosly tular di media sosial.
Ia memperlihatkan kejadian pertengkaran yang bermula apabila Aizad hadir bersama perintah mahkamah untuk mengambil anak-anaknya, namun dihalang pelakon drama bersiri Mak Cun itu.
Kredit foto: Instagram Balkisyh
Antara lain, Balkisyh kelihatan naik radang hingga bertindak kasar menendang Aizad, di kawasan awam.
Aizad yang tidak berpuas hati, lantas berkongsi rakaman berkenaan di akaun Facebook berserta paparan skrin perbualan mereka menerusi aplikasi Whatsapp.
Melalui respon balas di laman sembang berkenaan, Balkisyh bersuara lantang menyelar Aizad yang disifatkan sebagai bapa yang tidak bertanggungjawab, sekaligus menjadikan ia alasan mengapa hak lelaki itu dipertikai untuk mendekati anak-anak mereka.
Perbalahan itu seterusnya membangkitkan pelbagai reaksi daripada netizen yang mana rata-ratanya mengutuk tindakan pasangan ini berbalah di hadapan anak-anak, selain menasihatkan agar Aizad tidak membuka aib keluarga untuk tatapan umum.