Berikut merupakan 10 fakta menarik mengenai Fattah Amin, yang menjadi bualan hangat di kalangan netizen selepas berita perceraiannya dengan pelakon Fazura pada 7 Oktober 2024, baru-baru ini.
1. Nama penuhnya, Abdul Fattah bin Mohd Amin, kini berumur 34 tahun (2024) dan berasal dari Setiawangsa, Kuala Lumpur.
2. Kehidupan awalnya di Setiawangsa. Dia dikatakan tinggal selama kira-kira 15 hingga 20 tahun di sana.
3. Fattah mendapat pendidikan di sekolah-sekolah berhampiran tempat tinggalnya (Setiawangsa), bermula di Sekolah Kebangsaan (SK) Wangsa Maju dan kemudian ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Tun Hussein Onn. Selepas tamat persekolahan, dia melanjutkan pengajian ke Multimedia College (MMC) mengambil jurusan pengurusan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).
4. Dia membesar dalam suasana rumah pangsa yang sederhana, di bawah asuhan tegas ayahnya yang merupakan seorang anggota polis. Ibunya pula, seorang suri rumah sepenuh masa, mempunyai sifat keibuan yang menjadi penyeimbang kepada ketegasan bapanya.
5. Semasa di sekolah, Fattah lebih cenderung ke arah aktiviti sukan berbanding pelajaran.
Dia aktif dalam pelbagai jenis sukan, termasuk bola sepak dan turut menceburi seni mempertahankan diri iaitu silat.
Baginya, lapangan sukan adalah ruang untuk bersinar, ketika prestasi akademiknya kurang memberangsangkan.
6. Di sebalik minat terhadap sukan, Fattah pernah memasang impian untuk menjadi seorang anggota polis atau ustaz. Selain itu, minat terhadap permainan video membuatkannya tertarik dengan dunia kejuruteraan komputer, satu bidang yang pernah dianggapnya sebagai salah satu cita-cita masa depan.
Keluarga Fattah Amin
7. Fattah sememangnya seorang yang bersederhana dalam selera. Hidangan kegemarannya tidak lain tidak bukan ialah nasi putih yang dihidangkan bersama lauk sambal udang.
Ibu Fattah Amin
8. Saiz kasut Fattah ialah 9.5.
9. Peminat mungkin sudah terbiasa menyaksikan Fattah mempamerkan bakatnya di layar perak dan kaca televisyen, baik menerusi drama mahupun filem. Namun, dia sebenarnya pernah muncul dalam beberapa video muzik. Pada tahun 2015, dia menghiasi dua buah lagu iaitu "Sorry-Sorry Sayangku" nyanyian Nomad dan "Aku Sayang Kamu" oleh Harrisa Adlynn Halim. Kemudian pada 2017, dia turut tampil dalam video muzik Fazura berjudul "Bisa Apa" yang menyaksikan pasangan yang sering menjadi sorotan media ini.
Ibu bapa Fattah Amin
10. Terkini, pada 10 Oktober 2024, Fattah dan Fazura sekali lagi mencuri tumpuan dengan pelancaran lagu duet mereka yang terbaru berjudul 'Bertahan Demi Cinta' (OST drama Hero Seorang Cinderella 2) di semua platform penstriman muzik.
Lagu ini seakan menjadi lambang kepada cinta mereka yang suatu ketika dahulu begitu teguh — bukan hanya di skrin, malah juga di hati peminat yang telah lama mengikuti kisah mereka.
Baca: 10 Fakta Biodata Pelakon Fazura, Bekas Isteri Fattah Amin — Foto Dulu & Sekarang
Kredit foto: Facebook Fattah Amin , Instagram (IG) @fattzuralovelife , Instagram Fattah Amin Fans Club , Instagram Majalah Remaja , Facebook Wan Aslam Zakaria , TikTok @edynoorreduan
Latar Belakang Fattah Amin
1. Anak sulung daripada lima orang adik beradik.
2. Berketinggian 183 sentimeter (cm).
3. Bekas pemenang Hero Remaja 2011 / 2012 dan Bintang Paling Popular ABPBH 30 (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017).
4. Kerjayanya sebagai pelakon, penyanyi, model, duta, usahawan dan pengacara.
5. Antara drama lakonannya ialah Playboy Itu Suami Aku, Plan Cinta Tak Jadi, Bodyguard dan Suri Hati Mr. Pilot, termasuk filem seperti Wanita Terindah, Trinil: Kembalikan Tubuhku dan Pendekar Awang: Darah Indera Gajah.
6. Sebagai penyanyi, senarai lagu rakamannya antaranya adalah Wanita Terakhir, Wanita Terindah dan 1234U.
7. Pernah digosipkan dengan aktres Neelofa dan Sherry Ibrahim.
8. Fattah berkahwin dengan Fazura atau nama sebenar, Nur Fazura binti Sharifuddin pada 27 November 2017 sebelum bercerai pada 7 Oktober 2024. Pasangan ini dikurniakan anak perempuan bernama Nur Fatima Aisya.
9. Dia merupakan sepupu kepada pengarah Syamsul Yusof dan Syafiq Yusof.
10. Pernah menulis buku '99 Kata Kata #Qalifmoden Fattah Amin' yang dipasarkan pada 2017.
Kredit video: KISAH FATTAH AMIN PATAH RIUKKAN KAWAN BAIK SENDIRI | BORAK DULU BARU KAMU S2
Sumber:
1. KISAH FATTAH AMIN PATAH RIUKKAN KAWAN BAIK SENDIRI | BORAK DULU BARU KAMU S2
2. Kenal Ke? bersama Fazura dan Fatah Amin #Fattzura
3. 5 Soalan Bersama... Fattah Amin