Seorang jurusolek boleh menjadi sangat kreatif dalam mengtransformasi wajah seseorang. Daripada menjadikan individu itu berwajah glamor sehinggalah mempunyai iras seorang selebriti, jurusolek yang hebat biasanya tidak pernah gagal membuatkan mata yang melihat berasa kagum.
Namun, bagi seorang jurusolek dari Korea Selatan, transformasi solekannya telah dibawa ke satu tahap yang baru dan berbeza.
BESARKAN TEKS A- A+
Jurusolek tersebut, Dain Yoon, yang berusia 24 tahun tidak mengenakan solekan untuk menjadi seperti personaliti terkenal atau karakter filem. Sebaliknya dia menggunakan wajahnya untuk mencipta seni ilusi optik.
Bakat seni Dain sudah mula kelihatan semasa dia masih kecil lagi. Kemudian dia melanjutkan pelajaran di sekolah dan institusi pengajian seni yang berprestij di Korea Selatan iaitu Yewon Arts Secondary, Seoul Arts High School dan Korean National University of Arts.
Melalui pendidikan yang telah dipelajari di sekolah seni, Dain sedar yang bakatnya terletak pada lukisan realistik. Berbekalkan minat melakukan sesuatu yang tidak pernah dibuat orang lain, dia mula menggunakan tubuh badannya sendiri sebagai kanvas dan memuat naik gambar-gambar wajah seni ilusinya di Instagram sejak tiga tahun yang lalu.
Walaupun dengan bakat tinggi yang dimiliki, Dain mengakui bahawa melukis dan mewarna wajah dan tubuh badan sendiri adalah satu perkara yang mencabar. Adakalanya matanya sendiri rasa berpinar akibat melihat ilusi optik yang dihasilkan selepas berjam-jam lamanya.
Ramai orang berasa sangat kagum dengan hasil seni ilusi Dain sehingga dia mempunyai ribuan followers di media sosial dan pernah muncul di The Ellen Show.Ada yang tidak percaya dan mempertikaikan gambar yang dimuat naik itu adalah kesan suntingan gambar, namun Dain menyatakan kesemua imej tidak melibatkan sebarang pengeditan. Lihat sendiri video ini:
Anda boleh lihat sendiri lain-lain karya ilusi yang dihasilkan oleh Dain Yoon di Instagramnya.