Leonardo da Vinci (1452-1519) adalah seorang genius yang lahir jauh 'melangkaui' manusia sezamannya. Dia dapat melihat banyak persamaan dalam bidang sains sekali gus membolehkannya mencipta pelbagai rekaan yang menakjubkan.

Kebanyakan idea bernasnya dicatatkan satu persatu di dalam buku notanya. Terdapat lebih 13,000 muka surat lagi bahagian buku nota tersebut yang masih belum dikaji. Akan tetapi, beberapa idea daripada imaginasinya telahpun menjadi kenyataan:

BESARKAN TEKS     A-  A+

9. Viola Organista

viola organista

Idea ciptaan Leonardo yang diberi nama Viola Organista ini merupakan instrumen yang mempunyai reka bentuk yang unik gabungan konsep violin dan organ. Jika satu kekunci ditekan ia akan menyebabkan penghubung mengetuk dan menghasilkan getaran bunyi atau nota muzik.

Leonardo sebenarnya tidak sempat mencipta alat ini dan dunia telah menunggu seabad lamanya untuk ia benar-benar menjadi kenyataan. Seorang pencipta instrumen muzik dari Jerman iaitu Hans Haiden telah menjadikan alat muzik ini satu kenyataan.

8. Tangga boleh laras

tangga

Apabila anda melihat kereta bomba di jalan raya, ingatlah Leonardo da Vinci. Ini disebabkan tangga yang digunakan oleh pasukan bomba untuk misi menyelamatkan nyawa datang daripada idea beliau.

Visinya itu dicipta bagi membolehkan serbuan pantas ke atas musuh pada zaman dahulu yang biasanya menjadikan tembok besar sebagai kubu mereka berlindung. Alat ini mempunyai ketinggian yang boleh dilaras dan mudah digerakkan. Seperti mana kebanyakan idea da Vinci yang lain, tangga ini hanya berjaya dibina selepas kematiannya.

7. Helikopter

helikopter

Pernahkah anda terfikir bahawa helikopter yang dibina dengan peralatan moden kini sebenarnya salah satu idea Leonardo da Vinci ratusan tahun yang lalu. Dia mendapat ilham ini daripada mainan dari China dan memasang payung berbentuk spiral yang diilhamkan daripada daun yang gugur dari pokok.

Ideanya ini telah digunakan oleh pencipta helikopter yang pertama, seorang rakyat Perancis yang bernama Gustave de Ponton d’Amecourt. Gustave ketika itu menggunakan kuasa wap sama seperti kereta api lama. Igor Sikorsky pula selepas itu mengembangkan idea yang juga diambil daripada Leonardo untuk menjadikan helikopter lebih canggih dan maju.

6. Kereta kebal

kereta kebal 400

Da Vinci tahu kepintarannya dalam taktik peperangan akan menjadikan rekaannya sebagai satu risiko. Jadi beliau sering menulis nota blueprint senjatanya dalam keadaan terbalik seandainya ia dicuri. Ini bagi mengelakkan ia disalahgunakan jika jatuh ke tangan pihak yang salah.

Antaranya ialah rekaan kereta kebal yang bertujuan untuk memecahkan barisan pertahanan musuh. Empat orang yang berada di dalam perisai yang berbentuk cangkerang kura-kura ini akan menggunakan pemutar untuk menggerakkan kereta perisai dan dengan mudah boleh mematahkan pertahanan musuh dengan selamat.

5. Glider

glider

Dengan minat dan keinginannya untuk terbang, tidak hairanlah jika Leonardo da Vinci merupakan orang yang pertama melahirkan idea bagaimana manusia boleh terbang. Beliau telah mencipta glider dan menjadikannya satu kenyataan. Manusia sebenarnya mungkin mencatat sejarah lebih awal daripada kejayaan Wright bersaudara ketika mencipta Kitty Hawk jika berpandukan idea da Vinci ini.

Sejarah juga mungkin akan menjadi lebih berbeza jika 'terbang' adalah sesuatu yang tidak mustahil dalam peperangan zaman dahulu. Seperti kebanyakan ciptaannya yang lain, beliau berjaya mengubah beberapa aspek agar tidak ada seorangpun manusia lain sezamannya yang cukup bijak untuk meniru idea ini. 

4. Kenderaan kuasa spring (komputer mekanikal pertama)

kenderaan kuasa spring

Leonardo da Vinci telah mencetuskan idea mencipta kenderaan ini. Bermakna, beliau jugalah sebenarnya yang mencipta komputer mekanikal yang pertama di dunia bagi membolehkan kenderaan itu bergerak. Kenderaan ini telah direka untuk berfungsi sama seperti kereta mainan zaman sekarang yang perlu ditarik ke belakang terlebih dahulu untuk memusingkan spring agar ia boleh memacu ke hadapan apabila kuasa tarikan springnya cukup banyak. Leonardo membayangkan ciptaannya itu dengan begitu teliti di dalam lakaran dan catatannya sehingga sebuah prototaip berjaya dibina seperti apa yang dibayangkannya pada kurun ke-14.

3. Payung terjun

payung terjun

Lama sebelum Franz Reichelt jatuh dan mati dengan ngeri pada tahun 1912 akibat percubaan payung terjun pertama di dunia, Leonardo da Vinci telahpun mencipta payung terjun pertama di atas kertas. Reka bentuk payung terjun da Vinci telah diuji pada tahun 2000 dan didapati rekaannya itu lebih efektif berbanding payung terjun moden yang mempunyai lubang di tengah. Tidak dinafikan kebolehan rekaan melalui teorinya yang dimana ianya digunapakai sehingga kini. Akan tetapi pada Leonardo da Vinci payung terjunnya itu direka untuk manusia boleh terbang berbanding memperlahankan seseorang yang sedang jatuh.

2. Machine Gun

machine gun 661

Hiram Maxim telah mencipta machine gun pada tahun 1914. Sebelum itu, pada tahun 1862, Mr. Gatling telah mencipta senjata yang boleh ditembak berulang kali yang dinamakan Gatling gun. Sementara kedua orang lelaki ini menempa nama hasil ciptaan mereka, machine gun yang pertama sekali sebenarnya direka oleh Leonardo da Vinci 400 tahun sebelum itu lagi.

Ciptaannya itu sangat mudah namun unik pada zaman itu. Da Vinci membuat 3 tingkatan dengan 11 laras senapang di setiap barisan. Pada zaman itu, anda perlu menunggu sebelum mengisi semula peluru sementara laras senapang menjadi sejuk dan boleh digunakan semula.

Idea da Vinci ketika itu adalah mengisi kesemua laras senapang dan menembaknya satu tingkat sekali, apabila menembak tingkatan ke-2 anda boleh mengisi tingkatan yang pertama dan menembak tingkatan ke-3 dan mengisi peluru pada tingkat ke-2. Begitulah seterusnya. Jadi anda akan sentiasa bersedia untuk menembak ke arah musuh tanpa memerlukan masa isian peluru yang lama.

1. Robot

robot 267

Pada tahun 1495, Leonardo da Vinci telah mencipta manusia robot yang pertama. Robot ini telah diberi nama Codex Huygens pada 1950. Ciptaan yang mengagumkan ini boleh berdiri, duduk, berjalan, membuka dan menutup mulut, menggerakkan kepala ke kiri dan kanan dan juga mengangkat tangan.

Leonardo membinanya menggunakan baju perisai Jerman dan Itali pada masa itu. Apa yang membuatkan rekaan robot ini sangat menarik ialah bagaimana penerangan secara terperinci mengenai pergelangan tangannya di dalam nota da Vinci.

Pasukan robotik NASA juga menemui jalan buntu apabila mencipta robot untuk dihantar ke stesen di Marikh namun tanpa pergelangan tangan yang sempurna ia didapati agak sukar untuk menjalankan tugas manusia di sana. Akhirnya apabila mereka mengkaji nota da Vinci, barulah mereka berjaya membuat penambahbaikan terhadap robot yang dihantar ke angkasa lepas itu.

Rujukan:

1. Leonardo da Vinci's Inventions

2. IBTimes.co.uk

3. BBC




Hakcipta iluminasi.com (2017)