Oleh pada 08 Jun 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Dira Abu Zahar

Aktres dan Exco Puteri Umno, Dira Abu Zahar menggesa netizen supaya tidak membabitkan nama individu lain sekiranya tidak senang dengan perbuatannya.

Ia susulan tindakan segelintir netizen yang 'tag' nama beberapa pihak yang rapat dengannya dalam komen negatif yang dilemparkan di laman sosial beliau.

Status Insta Story Dira beberapa hari lalu menyeru agar ruangan komen di Instagram miliknya tidak dijadikan medan perbalahan orang ramai.

jangan babitkan orang lain dira abu zahar 2

Kredit foto: Instagram Dira Abu Zahar

“Tolong jangan gaduh-gaduh sesama sendiri di Instagram saya. Tolong. Nak marah saya, marah saya sahaja. Yang lain-lain, buat tak tahu saja. Nak raya ni.. jom tenang-tenang,” tulisnya.

Terdahulu beliau menerusi temubual bersama Sinar Harian turut mengutarakan isu sama sebelum sekali lagi mengingatkan netizen di kiriman terbaharu itu.

Ia dipercayai berikutan kenyataannya di laman Twitter sebelum ini yang 'mengusik' YB Syed Saddiq lalu mengundang beberapa komen jelik netizen yang telah ‘tag’ nama sahabat Dira iaitu seorang selebriti supaya menegur perangai beliau.

Dalam perkembangan lain, Dira kini menumpukan sepenuh fokus kepada bidang perniagaan dan dunia politik sebagai meneruskan legasi ditinggalkan arwah bapanya, Datuk Seri Abu Zahar Ithnin yang juga bekas Ketua Menteri Melaka, sekaligus meninggalkan aktiviti seni dalam dunia hiburan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)