Kredit foto: Mstar
Agak lama tidak mendengar kisah ahli kumpulan Shiro iaitu Shahrol yang seakan tenggelam dan menghilangkan diri daripada industri hiburan - ketika baru sahaja menamatkan khidmatnya sebagai juruhebah radio beberapa minggu lalu.
Rakan kumpulannya, Ajak dilihat masih aktif, malah baru sahaja muncul dalam filem bertajuk Rempit Sampai Langit yang ditayangkan bulan lalu.
Ketika spekulasi kehilangannya menjadi tanda tanya, ruangan Cik Pang di portal Harian Metro mendakwa pelawak itu rupanya sedang sibuk menceburi bidang politik.
"Kata teman Cik Pang, Shahrol semakin sibuk bergaul dengan ahli politik di negerinya. Malah pernah dilihat turun naik Dewan Rakyat dan Dewan Negara bertemu dengan ahli politik tertentu.
"Cik Pang bukan mahu ambil tahu parti apa dia perjuangkan atau wakili.
"Ye lah! Itukan hak individu dan sesiapa saja boleh berpolitik asalkan niat baik untuk membantu rakyat," tulis Cik Pang.
Sementara itu, Cik Pang dalam laporannya menyokong usaha pelawak itu seandainya pengaruh beliau dalam dunia hiburan mampu membawa kebaikan kepada pembangunan negara.
"Andai kata Shahrol mahu terjun ke dunia politik dan bertanding sekali pun, rasanya tidak salah.
"Manalah tahu dengan menggunakan pengaruh dalam dunia hiburan dan kini politik, dia dapat memberi impak lebih positif kepada pembangunan sosial ekonomi negara, kan?" kata Cik Pang.
Sejauh mana dakwaan ini tidak pula diketahui. Namun Cik Pang turut memberikan sokongan kepada Shahrol asalkan apa yang diperjuangkannya adalah sesuatu yang bermanfaat.
"Kepada Shahrol, teruskan usaha untuk beri yang terbaik kepada agama, bangsa dan negara. Kami akan sentiasa menyokong perkara yang baik," tulis Cik Pang lagi.
Sumber berita: Harian Metro