Oleh pada 15 Jan 2018 kategori

Artikel kali ini menerangkan logik sains tentang Bumi. Para pembaca dinasihatkan berfikir secara logik apabila membaca artikel ini. 

1. Bulan & Gerhana

bulan gerhana bulan bumi sfera tidak rata

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sumber Foto: rp-online.de

Fenomena gerhana Bulan berlaku disebabkan bayang-bayang Bumi yang menutupi sebahagian daripada permukaan satelit Bumi itu. Fenomena ini berlaku kerana orbit peredaran Bumi secara langsung terletak di antara Matahari dan Bulan. 

Memandangkan Bumi berputar pada orbitnya, bayang-bayang yang berbentuk bujur secara konsisten setiap kali berlakunya fenomena ini membuktikan bahawa Bumi  berbentuk sfera. 

2. Matahari, Kapal & Ufuk Bumi (Horizon)

matahari kapal ufuk bumi horizon bumi sfera bumi rata

Sumber Foto: youtube.com

Kerap kali ketika berada di pantai, kita dapat lihat 2 fenomena yang sangat menarik. Yang pertama adalah fenomena matahari terbenam. Keduanya adalah fenomena kemunculan kapal yang dilihat seolah-olah muncul daripada bawah laut, apabila dilihat daripada jauh.

Kapal tidak tenggelam dan muncul semula seperti dalam Pirates of the Caribbean, sebaliknya kapal berkenaan kelihatan muncul dari dalam laut adalah disebabkan bentuk bumi yang sfera, dan bukannya rata. Konsep yang sama untuk menerangkan fenomena matahari terbenam. 

3. Buruj Yang Sentiasa Berubah

buruj yang sentiasa berubah bumi sfera

Sumber Foto: popsci.com

buruj yang sentiasa berubah bumi rata

Sumber Foto: popsci.com

Pemerhatian ini dibuat oleh Aristotle (saintis dari Greek - 382-322 BC), yang mengisytiharkan bahawa Bumi berbentuk sfera.

Pemerhatian beliau adalah berdasarkan buruj berlainan yang dilihat seseorang apabila ia bergerak keluar semakin jauh daripada garisan Khatulistiwa.  

Selepas pulang dari Mesir, Aristotle perasan bahawa buruj yang dilihat di Mesir dan Cyprus tidak kelihatan di kawasan utara Bumi. Menurut beliau, hal ini berlaku kerana bintang-bintang berkenaan dilihat daripada permukaan yang melengkung.

Tambah beliau, Bumi yang berbentuk sfera ini mempunyai saiz yang tidak terlalu besar. Jika sebaliknya, perubahan lokasi tidak akan mempunyai kesan yang ketara terhadap pemerhatian buruj-buruj ini. 

Sekiranya Bumi adalah rata, pasti kejadian ini tidak akan dilihat. 

4. Kayu & Bayang-Bayang

bayang bayang kayu pada bumi rata bumi sfera

Setiap objek yang dipancarkan cahaya mempunyai bayang-bayang. Sekiranya Bumi adalah rata, 2 kayu yang ditanam tegak di atas tanah di 2 lokasi berbeza sepatutnya menghasilkan bayang-bayang yang sama.

Bayangkan cahaya Matahari (garisan kuning) dipancarkan ke 2 batang kayu dengan sedikit jarak antara keduanya.

Sekiranya Bumi adalah rata, bayang-bayang yang terhasil sudah tentu akan mempunyai panjang yang sama, walau sejauh manapun jarak antara keduanya. Secara logik, kenyataan ini adalah benar. 

Namun, secara realiti, keadaan tersebut tidak berlaku. Apabila diletakkan 2 batang kayu dengan jarak yang ketara antara keduanya di atas permukaan Bumi, bayang-bayang yang terhasil mempunyai panjang yang berbeza. 

Hal ini berlaku kerana Bumi berbentuk sfera dan melengkung, dan bukannya rata. 

5. Melihat Lebih Jauh Pada Kedudukan Tinggi

melihat lebih jauh pada kedudukan tinggi bumi rata

Sumber Foto: popsci.com

melihat lebih jauh pada kedudukan tinggi bumi sfera

Sumber Foto: popsci.com

Pada kedudukan yang tinggi, kita dapat melihat lebih jauh berbanding ketika di bawah. Mungkin ketika di bawah terdapat halangan yang banyak seperti pokok, bangunan, kereta dan lain-lain yang menutupi pemandangan jauh. 

Namun, sekiranya anda berdiri di atas permukaan Bumi tanpa sebarang halangan di hadapan anda, anda masih dapat melihat lebih jauh pada kedudukan yang lebih tinggi. 

Hal ini berlaku kerana bentuk Bumi yang melengkung. Pada ketinggian yang berbeza, sudut pandangan juga berbeza disebabkan kelengkungan ini. Sekiranya Bumi adalah rata, hal ini pasti tidak akan berlaku. 

6. Kewujudan Zon Masa Yang Berlainan

kewujudan zon masa yang berlainan

Sumber Foto: pinterest.com

Pada ketika artikel ini ditulis di Malaysia, jam menunjukkan tepat jam 12 tengahari. Matahari berdiri tegak di langit. Di London, waktu menunjukkan jam 4 pagi, dan kehadiran matahari langsung tidak dapat dilihat.

Di New York, jam menunjukkan 11 malam, dengan perbezaan masa selama 11 jam berbanding Malaysia. Matahari sudah lama terbenam di sana, dan akan muncul semula keesokan harinya, dengan permulaan hari baru. 

Fenomena ini hanya boleh diterangkan kerana Bumi berbentuk sfera, dan berputar pada paksinya sendiri. Pada ketika Matahari menerangkan sebahagian daripada Bumi, sebahagian yang lain berada dalam keadaan gelap, yakni malam dan yang sebaliknya adalah benar. 

Sekiranya Bumi adalah rata, dan Matahari adalah sebuah 'spotlight' yang hanya menerangi sebahagian kawasan Bumi, sudah pasti kita dapat melihat Matahari walaupun cahayanya tidak menerangi kawasan gelap yang kita duduki. 

Bayangkan pentas teater yang diterangi sebuah 'spotlight', dengan penonton duduk di kawasan yang tidak diterangi cahaya. Sebagai penonton, kita masih dapat melihat sinar cahaya spotlight tersebut walaupun kawasan kita tidak diterangi cahaya tersebut. 

Satu-satunya cara untuk wujudnya zon masa yang berbeza-beza, dengan kegelapan secara keseluruhan di suatu kawasan dan pencerahan di suatu kawasan yang lain, hanyalah sekiranya Bumi adalah sfera. 

7. Daya Tarikan Graviti

daya tarikan graviti bumi rata bumi sfera

Sumber Foto: highwaytomars.com

Daya tarikan (graviti) antara 2 objek bergantung kepada jisim dan jarak antara keduanya. Dalam kata mudah, graviti akan menarik ke arah pusat jisim objek berkenaan. 

Bumi Berbentuk Sfera

Pusat jisim objek berbentuk sfera terletak di tengah-tengah objek berkenaan. Ini bermaksud graviti aan menarik apa-apa sahaja objek di atas permukaannya secara terus ke arah pusat jisim.

Kejadian ini berlaku di mana sahaja lokasi objek tersebut di atas permukaan sfera. Inilah sebab mengapa epal tetap jatuh secara lurus ke bawah, dan bukannya ke sisi mahupun ke atas.

Bumi Rata

Pertimbangkan hal ini. Pusat jisim Bumi rata terletak di tengah-tengah Bumi. Daya tarikan graviti akan menarik apa-apa sahaja objek di atas permukaannya ke arah tengah permukaan. 

Ini bermaksud, sekiranya sebatang pokok epal terletak jauh dari pusat jisim, buah epal yang luruh akan jatuh ke sisi (ke arah pusat Bumi), dan bukannya secara lurus ke tanah. 

Kesimpulan

Kepada pendokong-pendokong teori Bumi rata: Sekiranya Bumi adalah rata, terangkan dari segi sains, bagaimana fenomena-fenomena yang dinyatakan di atas boleh berlaku?

Rujukan:

  1. popsci.com



Hakcipta iluminasi.com (2017)