Tidak menjadi masalah bagi kita untuk memandu ke negara jiran, seperti Thailand atau Singapura kerana kita memandu di sebelah kiri jalan, sama seperti kedua-dua negara ini.

Tetapi, bagi Hong Kong dan China yang berjiran antara satu sama lain, ia sedikit berbeza. China memandu di sebelah kanan, manakala Hong Kong pula memandu di sebelah kiri jalan. Jadi, bagaimana jika orang yang tinggal di Hong Kong ingin ke China dengan memandu, kerana kedua-duanya adalah berbeza? 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bagi menyelesaikan kekeliruan yang timbul di sempadan kedua-dua negara berjiran ini, dan juga untuk mengelakkan daripada pertembungan kenderaan antara penduduk Hong Kong dan China, satu idea yang sangat ringkas, namun pintar telah dihasilkan.

flipper bridge 2

Arkitek dari Belanda, NL Architects mencadangkan pembinaan jambatan yang diberi nama Jambatan Flipper. Nama jambatan ini diberikan mengikut fungsi praktikalnya, di mana kedua-dua arah pemanduan telah ditukar antara satu sama lain.

flipper brige tukar laluan 493

Kaedah digunakan adalah sangat bijak, di mana kedua-dua bahagian trafik dipisahkan menggunakan bentuk nombor 8. Satu lalu dibina dengan merentasi satu lagi laluan melalui bawah. Dengan ini, laluan yang sebelumnya berada di bahagian kanan, apabila melalui bentuk nombor 8 ini, akan berubah ke bahagian kiri, dan sebaliknya.

Dengan adanya lingkaran ini, ia dapat mengelakkan kenderaan dari kedua-dua arah bertentangan itu bertembung antara satu sama lain. Selain itu, ia amat memudahkan proses perjalanan dan menjimatkan banyak masa.

pertukaran laluan 246

Sebagai contoh, jika anda datang dari China dan ingin ke Hong Kong melalui jambatan ini, anda memandu di sebelah kanan. Di separuh jalan, anda akan melalui lingkaran ini di mana laluan anda akan melereng ke bawah dan melepasi laluan bertentangan secara bersilang. 

Setelah jalan itu kembali bergabung dengan laluan bertentangan, anda sudah berada di sebelah kiri.

Penulis bagi 5 bintang!




Hakcipta iluminasi.com (2017)