Kredit foto: Instagram Nur Sajat & Media Hiburan
Sememangnya nama usahawan kosmetik Nur Sajat adalah antara yang menjadi sebutan ramai di ketika ini kerana status jantinanya yang masih menjadi tanda tanya.
Isu tersebut bertambah hangat apabila tersebarnya beberapa keping gambar yang menampakkan nama sebenar Sajat iaitu Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.
Kredit foto: Media Hiburan
Bagaimanapun menerusi sebuah wawancara terbaru, Sajat menafikan akan kebenaran spekulasi tersebut. Menurut Sajat, penularan itu adalah tindakan tidak bertanggungjawab daripada pihak tertentu yang kurang senang melihat kejayaannya.
Kredit foto: Instagram Nur Sajat
Saya anggap semua ini sebagai resam apabila kita sudah mencapai sesuatu. Saya tahu ada yang tidak senang dengan pencapaian saya. Apabila saya sudah berjaya, baru semua ini timbul, kenapa tidak ketika saya bukan siapa-siapa dan tidak ada apa-apa dulu? Bagi saya, setiap yang positif saya ambil untuk memotivasikan diri dan terus menjadi lebih baik, manakala yang negatif saya jadikan teladan untuk berhati-hati. Ini adalah cabaran yang perlu saya hadapi sebagai usahawan. Apapun, semua ini tidak sedikit pun melemahkan saya, sebaliknya memberikan saya semangat untuk terus berjaya.
Sumber: BH Online
Bersabarlah Sajat kerana sudah menjadi lumrah apabila kita berada di atas, pasti ramai yang akan cemburukan kejayaan kita. Asalkan Sajat yakin berada di pihak yang benar, tiada apa yang perlu dibimbangkan.