Kredit foto: Instagram Aliff Syukri
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri meminta agar tiada pihak yang menyebarkan fitnah berkenaan rumah tangganya dengan Datin Seri Nur Shahida.
Ia susulan tindakan seorang pengikut Instagram (IG) yang bertanyakan sama ada dia sudah melafazkan talak terhadap wanita itu.
Baca: Biodata Usahawan Kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri
Baca: Biodata Datin Shahida, Isteri Datuk Aliff Syukri
Kredit foto: Instagram Aliff Syukri
"Saya harap anda tidak menabur fitnah, saya tak pernah berbuat begitu. Dalam soal ini, saya juga akan mengikut peraturan dari pihak berkuasa," kata Aliff.
Penjelasan dalam IG Story itu dibuat susulan pertanyaan seorang netizen yang berbunyi, "Memang betul ke Datuk dah lafaz talak dekat Datin. Moga ada jalan terbaik untuk Datuk dan Datin. Amin".
Bagaimanapun Aliff menafikan kononnya melafazkan talak terhadap wanita berkenaan.
Aliff menambah, dirinya akan menurut peraturan dari pihak berkuasa membabitkan isu tersebut.
Beliau sebelum ini rancak melayan pertanyaan para peminat menerusi ruang soal jawab yang diadakan di laman sosial terbabit.
Ia rentetan surat tuntutan cerai dipercayai miliknya yang tular di alam maya.
Aliff dan Shahida dikatakan sudah tidak sebumbung sejak beberapa bulan lepas.
Pemerhatian di video IG mendapati dirinya kerap berulang alik ke kediamannya yang terletak di Pavilion resident Kuala Lumpur.
Sebelum ini, perkahwinan mereka dilengkapi dengan kehadiran lima orang anak iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem, Yusof Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah.
Sumber berita: Disoal Sudah Lafaz Talak? Ini Jawapan Aliff Syukri